Gaji Pertama : RM 6

Mal ! nyah 6 ringgit, duit upah kamu cabut ubi ” terang ibu saya sambil menghulurkan duit ke tangan saya

Itulah gaji pertama yang saya perolehi bekerja sebagai pencabut ubi kayu. Sebenarnya mencabut ubi bukanlah kerja tetap saya, ianya sekadar membantu ibu saya di kebun. Tak sangka pula, dapat juga upah. Alhamdulillah.

Berbudi pada tanah

Mungkin itulah gelaran yang sesuai untuk ibu saya. Betul ke? terkadang malu juga dibuatnya. Seorang wanita yang terkenal dengan sifat lemah lembut tapi kegigihannya mengalahkan kejantanan lelaki. Satu contoh yang boleh dijadikan ikutan. Pagi-pagi lagi dah menyapu halaman rumah. Kalau duduk di bandar kira oklah, tapi di kampung yang dikelilingi dengan pelbagai pokok.

Kebun ?

kebun dengan ibu saya ibarat melodi dan irama. Pelik tapi benar. Agaknya kalau boleh , dia nak duduk di kebun tu setiap hari. Kadang-kadang terketawa dibuatnya, tapi terharu juga pun ada.

Apa-pun sepanjang hampir 3 minggu yang telah berlalu, kiranya saya masih berada di zon selesa. Tapi alhamdulillah, malam tadi saya rasa kerja saya telah bermula. Tak sangka, semalam saya diberikan tawaran untuk mengajar di sekolah agama, dan di ajak menghadiri ke satu program . Dah berminggu-minggu saya cari, alhamdulillah akhirnya jumpa juga. Program apa tu ? insyaAllah …. nantikan di entri yang akan datang.

Entri hari ini mungkin nampak lebih santai kerana ‘mood’ saya sedikit terganggu. Biasalah ! melayari internet di cybercafe tak semuanya memberikan pengalaman yang indah. Hari ini, saya bercadang untuk muatkan gambar-gambar dalam entri ini, namun ada masalah teknikal yang menghalang untuk saya men’upload’ gambar-gambar ke pc.

Hari-hari yang semakin mencabar

Sewaktu di Mesir, saya dan rakan-rakan hanya bercerita dan membincangkan serta mendengar khabar-khabar melalaui internet saja. Hari ini saya berada di medan sebenar dan setelah beberapa minggu, saya semakin faham sedikit demi sedikit dengan senario dan realiti yang sedang berlaku. Apapun saya yakin anda semua mengetahuinya.

On Call

Baru semalam mengikuti program, hari ini saya dapat panggilan untuk bertugas …. maafkan saya kerana tak dapat meneruskan entri ini selengkapnya. Orang kata, berjuang ni tak kira masa, kalau dipanggil pukul 3pagi, maka terpaksalah pergi.  ???? Maaf jika tajuk Gaji Pertama : RM 6 ini tidak sesuai dengan entri yang saya paparkan ini. Mudah-mudahan hidup kita diselubungi dengan cara hidup Islam. Takbirr !!!

2 Responses to “Gaji Pertama : RM 6”


  1. 1 zdeen Januari 30, 2008 at 8:45 am

    assalam..mabruk ya akhi,bila nak dtg kuantan?

  2. 2 nuriman Januari 31, 2008 at 12:41 am

    Erm.. bab cabut ubi kayu ni kat rumah akak banyak hihihi..memang hobi tanam ubi kayu dan suka cabut ubi kayu sebab suka tengok isinya yang banyak..lepas tu mulalah terfikir nak buat apa ni,mulalah dibahagi2 kepada jiran2..di sini takde jiran melayu kalau adapun biasalah duk bandar buat hal masing2..berlainan dgn jiran cina dia suka menegur..jagi utk tidak membazir kasi kpd merek utk di bahagi2kan kpd jiran2 lainnya…mmg akak duk bandar tp tak ubah seperti org kg..mmg suka berkebun…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: