Entri #1 Salam Ya Malizia

18 Janurai 2008/5:22pm

Ni nak masuk duit pakai borang ape ye ? tanya saya kepada seorang pegawai bank di sini

Eh, tak payah ! masuk ikut mesin je.

Sambil meneruskan langkah, saya tersenyum sendiri. 3 tahun lebih meninggalkan bumi Malaysia, ada sedikit perubahan. Namun, bagi saya tak banyak bezanya. Cuma manusianya saja yang sudah berubah. Rata-rata orang kampung yang saya temui berkata begitu. Iya ! ada benarnya. Apa yang pasti, hidup perlu diteruskan walau di mana kita berada. Cabaran dan ujian memang tak dapat dinafikan. Mungkin tahun hijrah yang baru bermula begitu bermakna bagi diri saya. Beberapa hari selepas 1 Muharam, saya berhijrah dari bumi anbiya’ ke bumi asal tempat saya dilahirkan.

Walaubagaimanapun keadaannya, saya yakin dan saya pasti kepulangan saya bukan sekadar membawa segulung ijazah, akan tetapi memikul tanggungjawab yang amat besar. Saya pulang dengan hati yang berdebar-debar. Namun ada perkara yang membuatkan saya termenung panjang. Soal kerja. Soalan yang biasa ditanya. Saya bukan tak suka, tapi tak tahu menjawab. Mudah-mudahan, segala urusan dan kehidupan saya di sini dipermudahkan.

Inilah entri pertama saya dan inilah kali pertama saya menerokai blog Life Of Aku ini semenjak saya sampai di sini. Hajat di hati ingin men’update’ blog ini setiap hari, tapi apakan daya, di rumah komputer tak ada, ‘line’ internet lagilah. Namun, saya mengharapkan suatu hari nanti saya memiliki semua kemudahan itu. Bagi saya, blog dan internet nilah teman saya.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang dikenali mahupun yang tidak dikenali, dan tak lupa buat pengunjung yang meninggalkan pesanan, teguran dan kata-kata semangat amat saya hargai.

Ingatlah, walau di mana kita berada, kita mempunyai tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Apatah lagi melihat realiti yang sedang berlaku ditanah air kita. Setiap kita mestilah mempunyai rasa prihatan terhadap apa yang berlaku pada keluarga kita, masyarakat, bangsa dan agama. Cukuplah kita mulakan dan tunaikan tanggungjawab kita terhadap keluarga kita terlebih dahulu. Saya juga terkejut bila melihat anak-anak muda Islam masa kini. Pakaian mereka tidak menepati syarat yang dikehendaki oleh Islam. Saya tahu, ia juga merupakan satu tamparan yang hebat buat saya kerana orang yang terdekat pun dalam keadaan yang demikian. Apa-pun, pemulihan dan perubahan haruslah dilakukan dari semua sudut dan kita haruslah bersikap adil. Jika kita berusaha mencegah sesuatu perkara yang tidak baik yang ada pada diri orang lain, maka dalam masa yang sama kita juga perlu melihat pada diri sendiri atau dalam erti kata yang lain ianya mestilah berjalan seiring.

Saya rasa setakat ini saja tulisan yang tak seberapa ini. Moga kita berjumpa lagi. Selamat berjuang buat semua teman …….

6 Responses to “Entri #1 Salam Ya Malizia”


  1. 1 Azraie Januari 20, 2008 at 5:12 am

    berjuanglah..walau dalam keadaan payah dan berat…

  2. 2 nuriman Januari 22, 2008 at 2:56 am

    alhamdulillah ustaz selamat pulang ke tanah air..orang kl ke? kat mana tu?saja tanya aje…..

  3. 4 Life Of AKU The Episode Januari 30, 2008 at 2:41 am

    Salam buat akhi azraie, sis nuriman dan bro afyan :

    semoga kalian diberkati Allah, terima kasih atas nasihat dan kata-kata semangat …. sis nuriman, saya orang selangor…

  4. 5 ibnuahmadalkurauwi Januari 31, 2008 at 12:00 am

    Ahlan wa sahlan. Jiktaka sahla wa nazaltaka sahla. DBP ada jawatan kosong. Jemputlah ke DBP. Borang boleh muat turun di laman sesawang dbp.gov.my

    al-kurauwi

  5. 6 carglassgoog Mei 7, 2008 at 5:17 am

    little Forest. work attempt. well become is still Behind Now, planted


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: