Maasalamah Ya Misr (Entri Terakhir)

4.20 am / 12 Januari 2008/ 4Muharam

Terakhir? Mungkin ada benarnya. 14 September 2004 aku menjejakkan kaki ke bumi anbiya’ ini, terasa bagai tak percaya. Namun, segalanya mungkin. Hari ini tiba masanya pula untuk ku melangkah pergi. Teman ada bertanya, “enta balik kerja apa?” . Aku tak kisah dengan soalan itu, tapi jawapan yang akan ku berikan membuatkan aku kelu. “Ana sebenarnya tak nak balik”. Apa yang tersimpan tak dapat dipendam lagi. Ku luah biar ia menjadi bukti cinta ku. Mak abah semua tahu kisah ku. Tapi aku tak sanggup lagi membuatkan mereka menanti dan terus ternanti-nanti. Niat dan janji mesti dilakui. Maasalamah Ya Misr

Sealam aku solat Jumaat di Masji Al-Azhar. Dalam perjalanan ketika di dalam sebuah teksi, aku sempat bersembang dengan ‘pak cik driver teksi’. “Di sini mungkin susah, tak macam Saudi, tapi keadaan di sini lebih disenangi”. Lebih kurang begitu yang boleh aku terjemahkan. Aku pernah marah kerana sikap segelintir masyarakat di sini, namun siapa tahu hadirnya ulama’ dan barokah ‘ardhil Misr’ ini bisa membuatkan aku lupa segalanya lantas terbit ketenangan yang sering didambakan. Di masjidnya pula, selepas solat Jumaat, berdiri beberapa kumpulan atau kelompok insan berhati juang, membantah dan melahirkan rasa benci terhadap musuh Islam iaitu Bush… Laungan takbir dan kalimah jihad …Allahu Akbar …  bergema menggegar hati. Maasalamah Ya Misr

Tinggal lagi beberapa jam peluang yang ada untuk ku menghirup udara bumi ‘Misr’. Ku harap tiga tahun yang telah ku lalui, memperoleh redha ilahi. Kini ku terpaksa menyerahkan jasad ku menjejaki bumi kelahiranku. Aku pasrah dan ku redha segala ketentuanNya. Namun aku juga takut, gentar gelisah dan gundah akan nasibku.

………….. massalamah ya Misr………………

7 Responses to “Maasalamah Ya Misr (Entri Terakhir)”


  1. 1 bosz Januari 12, 2008 at 9:38 pm

    dia telah pergi meninggal kan bumi mesir pagi tadi tepat jam 12 tgh hari..selamat berjuang dan terus berjuang buat sahabatku di maLaysia nanti…kami mendoakan LIfe of Aku… ok

  2. 2 [cintabadi] Januari 14, 2008 at 1:29 am

    Assalamualaikum,

    Selamat kembali ke tanahair ..:)
    Kalau ada rezeki,mungkin akhi ke sana lagi..insyaAllah
    Moga lembaran tahun baru ini, beroleh keberkatan hidup dariNya selalu..🙂
    Usah berhenti berkarya ya😉
    Jg dr hiasi peribadi..

    Wslm..

  3. 3 jeff Januari 15, 2008 at 4:12 am

    selamat kembali ke tanah air mu, saudara.

  4. 4 nuriman Januari 16, 2008 at 4:36 am

    salam alaik…selamat pulang ke tanah air ustaz…..

  5. 5 anakkawi Januari 17, 2008 at 11:39 am

    owh, sudah pulang kah… bersyukur lah, sekurang2nya penah ke sana, mcm aku ni.. dengo cerita je la..

  6. 6 Life Of AKU The Episode Januari 18, 2008 at 9:26 am

    Salam alaikum buat bosz, Jeff, nuriman, anak kawi dan cinta abadi :

    terima kasih atas kunjungan kalian dan sokongan kalian …

    alf syukran …..

  7. 7 naz Januari 25, 2008 at 2:24 pm

    mal…terima kasih ek.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: