Hutang Yang Belum Selesai

 

6 Januari 2008

” ustaz Kxxxx ni kat mana-mana ada ja”

ujar teman saya sewaktu terserempak dengannya petang tadi.

Hari ini saya teruskan episod kehidupan di bumi anbiya’ ini dengan menziarahi rumah teman-teman. ‘Melepak’ di rumah kawan-kawan telah menjadi rutin bagi insan yang bergelar perantau seperti kami di sini (Mesir). Jika sebelum ini saya singgah ke rumah teman-teman kerana ingin bersenang lenang dan merehatkan fikiran, tetapi hari ini sedikit berbeza.

1- Hutang perlu dibayar
2- setiap dari kita ialah pemimpin, dan setiap dari kita dipertanggungjawabkan atas apa yang kita pikul

Dua ungkapan itu lah yang menggerakkan hati dan jasad ini untuk berjalan kaki sejauh 5 hingga 10 kilometer dalam sehari. Orang kata, “biar penat, asalkan hati senang”. Hutang dan amanah ! Berbeza kata sebutannya, namun ianya mempunyai maksud yang hampir sama. Keduan-duanya mesti ditunaikan. Bila kita berlengah-lengah dalam menyelesaikan hutang dan amanah, selagi itulah hati kita takkan tenang. Hanya tinggal tak sampai seminggu lagi saya akan meninggalkan bumi Mesir ini. Semakin dekat , semakin tertekan dengan beberapa tugas yang belum saya selesaikan. Selama tiga tahun berturut-turut tidak pernah pulang ke tanah air, bila sampai saat dan masa yang ditunggu-tunggu, saya ibarat perempuan mengidam. Dilema seorang perantau yang anda semua harus tahu. Nak ditelan mati anak, diluah mati bapak. Mungkin itulah pepatah yang sesuai untuk insan seperti saya. Waktu ini semua saya nak buat. Beli barang untuk orang Malaysia, nak jalan-jalan tangkap gambar dan menimba ilmu.

Oleh sebab itu, semenjak beberapa minggu yang telah berlalu ini, saya banyak berjalan ke sana-sini. Sebenarnya ia dah menjadi satu rutin harian saya di sini. Berjalan kaki dalam satu masa sejauh 5 hingga 6 kilometer sehari sudah menjadi perkara biasa. Orang kata kalau nak kurus duduklah Mesir. Itu saya yang kata. Bagi saya ada betulnya. Bayangkan jika kita berjalan kaki setiap minit, 10% kalori terbakar, cuba bayangkan jika setengah jam kita berjalan kaki ? Itulah diantara kelebihan yang saya perolehi sepanjang berada di bumi Mesir. Sebab tu orang kata saya kurus.🙂

Secara kasarnya, saya bukan saja menerima tarbiyah ketika di dalam kelas pengajian, bahkan diluar kelas juga saya ditarbiyah. Waktu itu, kita baru terasa benar-benar teruji dan diuji. Keasingan saya menjadi salah seorang daripada berjuta-juta masyarakat di sini, memberikan saya satu gambaran bahawa manusia ni memang banyak ragam dan kerenahnya. Keunikan budaya dan cara hidup masyarakat di sini jelas berbeza jika dibandingkan dengan masyarakat melayu. Saya pernah membaca satu keratan artikel yang menceritakan tentang keunikan masyarakat Mesir yang menyatakan bahawa masyarakat di sini terlampau kuat berhibur. Waktu itu saya belum lagi menjejakkan kaki ke sini, dan bila saya sampai di sini, baru saya tahu di mana uniknya. Namun begitu saya terfikir, beginikah ? satu contoh yang boleh saya gambarkan, dalam majlis perkahwinan yang dijalankan oleh masyarakat di sini, mesti ada nyayian dan ‘lolokan’ wanita, tak kurang juga ada persembahan tarian gelek. Selain itu, salah satu kepelikan yang saya dapat lihat ialah amalan bergambar di kedai gambar bagi mereka yang berkahwin. Walaubagaimanapun, tidak semua yang mengamalkan budaya seperti ini. Sewaktu di kelas, ada seorang guru di tempat kuliah saya pernah bercerita, ‘orag arab ni ada yang ok, ada yang tak ok’. Pendek ceritanya, macam di Malaysia juga. Itulah yang menjadi kepelikan dan apa yang mampu saya katakan bahawa ia tidak lebih hanyalah mengambarkan ianya sebagai satu amalan atau budaya yang tidak membawa apa-apa melainkan hanya satu bentuk hiburan yang sia-sia dan tak kurang juga satu budaya yang membawa dosa.

Mungkin itulah yang dimaksudkan dengan artikel yang saya pernah baca suatu masa dahulu tentang masyarakat arab di sini yang kuat berhibur. Saya hentikan cerita tentang berhibur di sini. Baru sebentar tadi saya mendengar cerita dari teman-teman tentang berhutang. Iya! hutang takkan jadi jika tiada penghutang dan pemberi hutang. Dalam keadaan begini kedua-keduanya memainkan peranan penting dalam memenuhi kehendak ‘hutang’.Dan yang menjadi masalahnya bila si penghutang tidak membayar hutang tanpa sebarang alasan (bukan terlupa’. Menjadi masalah juga bila kita banyak berhutang di sini sana. Pengalaman berhutang, banyak memberikan pengajaran pada diri saya. Apapun tanggapan orang tentang amalan berhutang, tanggunjawab melangsaikan hutang adalah satu tuntutan yang wajib diselesaikan atau kita langsaikan saja di padang mahsyar nanti. Dan hari ini, saya berjalan ke rumah teman-teman dengan tujuan untuk menunaikan amanah mengutip wang derma bagi persatuan di sini dan menjelaskan sedikit hutang yang masih tertangguh. Amanah yang patut saya selesaikan sewaktu saya dipertanggungjawabkan sebagai ahli jawatankuasa persatuan pelajar di sini tahun lepas. Bila diimbas soal amanah dan diri saya, hati saya tak pernah tenang bila memikirkannya. Ia adalah satu tanggungjawab yang begitu berat. Walaubagaimanapun, dengan amanah juga ia mengajar saya erti cabaran dan ujian. Saya pernah tewas dengan cabaran dan saya pernah berjaya dengan cabaran. Ketika tewas, saya banyak mendiamkan diri dan ketika berjaya, saya ceria dan senang sentiasa. Ramai yang bersetuju dengan persatuan, ramai juga yang tidak bersetuju dengan persatuan. Hasilnya, ada yang ‘commited’ dan ada juga yang menjauhkan diri darinya. Bagi saya, pengalaman aktif dengan persatuan banyak memberikan kelebihan kepada saya. Dan yang paling berharga bagi saya ialah, kita tidak pernah keseorangan dan dengan persatuan jugalah banyak mengingatkan saya bila saya dalam keadaan lalai. Ukhuwah menjadi salah satu tonggak yang diterap dalam objektif penubuhan persatuan pelajar di sini. Saya bersyukur kerana diberikan pengalaman sebegini. Namun saya juga kecewa kerana pengalaman yang saya lalui itu tidaklah seindah yang diharapkan. Benarlah, amanah itu adalah suatu yang berat untuk dipikul. Teman-teman sentiasa mengingatkan saya ” jawatan yang kita terima ini tidak lebih hanyalah satu taklifan (tanggungjawab) bukan suatu kemuliaan”

Dengan jawatan kita boleh menjadi orang yang mulia di sisi Allah, dan dengan jawatan juga kita boleh menjadi orang yang paling dimurkai Allah. Ya Allah, permudahkanlah urusanku dunia dan akhirat dan ampunkanlah dosa hamba Mu ini yang lalai dalam menunaikan tanggungjawab, Ameen Ya Rabbal ‘Aalamin.

Moral : Hutang wajib dilangsaikan dan amanah mesti ditunaikan

Saya cuba hiasi perjalanan saya hari ini dengan menjengak seketika di kedai makan. Saya memesan sepinggan hidangan ‘masyakkal’ (campuran organ-organ dalam lembu dan sedikit koufta) ….alhamdulillah

11 Responses to “Hutang Yang Belum Selesai”


  1. 1 mohdaliman Januari 8, 2008 at 12:57 pm

    slm…bile balik…,ko dah kawin belum

  2. 2 mohdaliman Januari 8, 2008 at 12:58 pm

    slm. ko bile blik,heee..klu kawin jgn lupa jemput aku
    takbir!!!!

  3. 3 nuriman Januari 9, 2008 at 1:07 am

    Salam maal hijrah 1429, bgaiamanakah kalau kita benar2 tidak mampu utk membayar hutang?sedangkan kita terpaksa berhutang jugak kerana terlalu terdesak, selepas puas berikhtiar ke sana ke mari maka tiada jln lain melainkan berhutang, hutang bank dan sebagainya..ttp sampai ke satu saat kita tak mampu nak bayar kerana sebb yg x dpt di elakkan. Bank ni satu hal kalau misal kata pinjam rm 10.000 dia nak suruh kita bayar dua kali ganda..apakah itu riba namanya?untung apa itu ustaz?sedangkan kita sudah habis membayarnya tetapi semakin banyak pulak yang datang….itu aje ustaz….ini contoh aje ya……..

  4. 4 MataKail Januari 9, 2008 at 7:46 am

    Balik nanti tolong belikan aku tape/vcd doa sheikh jibril khatam quran (yang terbaru -ramadhan 1428).. boleh tak..?

  5. 5 khairulnizambakeri Januari 9, 2008 at 7:52 am

    Aku nak duit dalam gambar itu. Keskes.

  6. 6 Life Of AKU The Episode Januari 9, 2008 at 1:31 pm

    salam, aliman … biarlah rahsia

    Nuriman : salam maal hijrah buat akak, skarang ni rasanya dah ada pinjaman @ loan yang boleh dibuat tanpa ada unsur riba’.dan memang ramai lagi di kalangan masyarakat kita ni masih ambil acuh tidak acuh atau tidak perasan dengan masalah ini, hutang ? bukan tak boleh, sebab itu dalam doa kita pohon supaya dilindungi dari cengkaman hutang …. wallah a’lam

    Mata kail ? siape ya? profil tidak diketahui dengan jelas,tak pasti…tapi kalau terjumpa boleh beli kot…saya balik hari sabtu ni insyaAllah

    Knzmbakeri : Duit ?ambillah, halal

    • 7 MR Januari 16, 2013 at 2:14 pm

      mintak maaf kalau post saya ramai tidak setuju.tetapi saya dah begitu bosan dengan artikel-artikel membayar hutang tetapi jawapannya tetap terlalu baik.maksudnya halalkan saja duit kita bagi pinjam,niat sedekah,jangan bagi pinjam lagi. Pada pandangan saya orang-orang yang liat membayar hutang wajib diajar sepenuhnya sehingga kalau boleh satu hari nanti peminjam tu sendiri yang bercakap dengan kita “betul aku pinjam wang dari kau dulu dan aku belum membayar lagi,tapi sampai macam ni kau boleh buat aku”.Bagi peminjam-peminjam wang yang liat bayar, tak terpfikir ke kalian dimana “BILA ORANG DAH SAKIT HATI,TAHUKAH KALIAN APAKAH KEMAMPUAN MEREKA YANG MEMBERI PINJAM MAMPU LAKUKAN SEKIRANYA WANG MEREKA TIDAK DIBAYAR”.maksud saya contohnya, sekiranya si G meminjam wang dari Y dan tidak membayarnya sesen pon selepas bertahun-tahun. Jangan marah dan terima sahaja bila satu hari nanti badan kereta si G yang baru ni rosak teruk disimbah asid bateri.Padahal dia meminjam dari Y hanya RM100 tapi wang yang harus dikeluarkan beribu-ribu.Si G tidak tahu yang melakukan itu adalah si Y. ringkasannya walaupon kita tidak dapat wang kita kembali,berusaha untuk menghancurkan apa saja harta peminjam dengan nilai jauh melebihi nilai wang yang dipinjam.Sekian terima kasih

  7. 8 MataKail Januari 9, 2008 at 6:19 pm

    Mekasih.. ko tlg beli pakai duit ko dulu yerk.. nanti bila ko dah sampai mesia aku bayar balik..🙂

  8. 9 bosz Januari 10, 2008 at 8:11 am

    saya dah bayar haa..hutang semua saya bayar…tu mintak kat bollah tu… dia bayar ke belum… us khair…haaa jgn ngelat..bayaq!!!huhu
    mintak maaf manyak kat us kamal , us mior n us khair.. pemimpin lagenda yg banyak berjasa pada bumi shoubra dan mesir nie…
    balik teruskan perjuangan di malaysia.. kita jumpa nanti di malaysia… insyaAllah

  9. 10 azhad Januari 10, 2008 at 1:04 pm

    Salam… Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1429

  10. 11 mommyTuah Januari 12, 2008 at 6:00 am

    salam.. tumpang lalu yer.. suke baca…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: