Bila Bala Datang Menjelma

Bagaimana persediaan kita dan apa pula tindakan kita ? Apakah pula bala itu akan dikatakan bala bila sesuatu tempat itu digoncang dan dimusnahkan menjadi serpiahan-serpihan debu seperti bala yang pernah diturunkan terhadap kaum Nabi yang terdahulu atau kita menantikan kiamat itu datang dengan tiba-tiba? apa pun persepsi kita dalam mentafsirkan maksud bala, seharusnya kita tahu bahawa turunnya bala itu tentu ada sebabnya dan sebab paling utama adalah datangnya dari perbuatan manusia itu sendiri. Saya terfikir juga, bila suatu masa dahulu sewaktu bencana Tsunami melanda, ada sesetengah pihak yang masih tidak boleh menerima peristiwa tersebut sebagai satu bala atau peringatan daripada Allah s.w.t. Mengapa boleh begitu ?

Usai ini, kita dapat lihat apa yang sedang melanda, dari segenap pelusuk dunia terutamanya bencana yang melanda di negara-negara umat Islam khususnya. Jika di sebelah Asia barat dengan kekejaman Israelnya, di Asia Selatan dengan huru-haranya, begitu juga dengan Asia Tenggara dengan banjirnya. Jika dibandingkan antara kawasan kita, dengan kawasan di sebelah baratnya seperti Palestin, seterusnya di Pakistan, iya ! memang ada perbezaannya, namun pada hakikatnya ia sama saja. Mungkin disebabkan perbezaan inilah yang menjadikan kita (umat Islam di Malaysia) tidur. Hanya menganggap fenomena banjir atau yang seumpama dengannya hanya sebuah fenomena alam yang biasa berlaku. Cantiknya Allah mentadbir bumi ini. Setiap tahun, di bulan dan di tempat yang sama jugalah banjir akan berlaku kebiasaannya. Sebenarnya, tidak lain tidak bukan ianya adalah sebuah peringatan.

Apa yang menjadi tanya dan bermain di fikiran saya, sampai bila ? jika saya akhiri tulisan saya ini dengan meninggalkan pertanyaan ‘itu’ mungkin ada yang tertanya-tanya, sampai bila apa ? Mudah bicara, biarlah saya perjelaskannya. Iya ! sampai bila :

1- sampai bila kita nak hidup dalam keadaan yang sentiasa cintakan dunia ? masih menganggap dunia adalah segalanya.

2- sampai bila kita nak hidup dalam keadaan yang sentiasa berdosa dengan Allah, jika kita masih meninggalkan suruhannya dan melakukan larangannya ?

3- jika kita sudah mentaati Allah dan meninggalkan larangannya, sampai bila pula kita nak hidup dalam keadaan senang lenang melihat orang lain di dalam keadaan melakukan maksiat dan kemungkaran ?

4- sampai bila kita nak hidup dalam keadaan yang sentiasa menganggap sesuatu bencana itu berlaku, iya hanyalah sekadar perkara biasa ?

5- sampai bila kita nak hidup dalam keadaan Allah memurkai kita, lantas dengan murkaNya itu kita akan dihumbankan ke dalam neraka Allah s.w.t ?

Kita imbas kembali kisah di zaman Rasulullah s.a.w, bagaimana pada suatu hari Rasulullah s.a.w membawa para sahabat melihat sebuah lubang yang ada di dalamnya bangkai, sampah, berbau busuk dan jijik, lalu Rasulullah pun menjelaskan kepada sahabat bahawa itulah dunia. Begitulah perumpamaan dunia. Dunia ini hanyalah jambatan untuk kita menuju hari akhirat.

Ada sebuah kisah lagi yang begitu mengesankan dan begitu memberikan harapan kepada saya bahawa ruang untuk kita kembali ke jalanNya sebenarnya masih terbentang luas. Kisah ini ada disebutkan di dalam hadis di mana mengisahkan seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang lalu si pembunuh itu bertanya kepada seorang rahib, ada lagi tak pintu taubat bagi dirinya, maka si rahib itu pun menjawab bahawa tiada lagi tempat untuknya bertaubat. Lalu si pembunuh itu pun membunuh si rahib. Kemudian dia datang bertanya kepada seorang yang ‘alim, lalu si ‘alim itu pun menjawa, jangankan 100 orang, bahkan 1000 orang pun Allah akan menerima taubatnya. Sesunggahnya pengampunan Allah amatlah luas. Terfikir juga mengapa kebiasaannya bila kita sedar yang diri kita ini telah melakukan dosa, tetapi tidak mahu bertaubat.

Putus Asa

Iya! mungkin itu adalah jawapannya. Allah s.w.t berfirman :

Wahai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az Zumar: 53)

Disebabkan telah banyak dosa yang pernah kita lakukan, kita pun tidak bersemangat dan tidak yakin dengan diri kita bahawa tiada lagi ruang untuk kita kembali ke pangkal jalan. Oleh sebab itu, perlulah adanya rasa harap dalam diri kita, dan yakin bahawa permohonan serta permintaan kita diampunkan serta di terima oleh Allah s.w.t. Elemen harap merupakan satu elemen yang mesti di pasakkan dalam diri kita. Kita semestinya tahu, bahawa tiada tuhan lain, atau makhluk lain lagi yang boleh kita serahkan harapan kita melainkan hanya kepada Allah s.w.t dan hal ini telah dijelaskan sendiri di dalam al-quran dalam Surah al-Fatihah ayat ke-5. Tidak cukup setakat itu, bahkan kita juga perlu takut.

Takut

Allah s.w.t berfirman :

 

(Yaitu) orang-orang yang takut akan (azab) Tuhan mereka, sedang mereka tidak melihat-Nya, dan mereka merasa takut akan (tibanya) hari kiamat.” (Al Anbiya: 49)

Dengan rasa takut inilah yang akan mencegah diri kita daripada hidup di dalam keadaan yang melakukan kemaksiatan dan kemungkaran. Apa yang berlaku hari ini, jelas memperlihatkan kepada kita bahawa sudah tiada takut lagi dalam diri manusia untuk melakukan maksiat. Banyak perkara atau peristiwa yang boleh dijadikan pengajaran. Dunia telah membuktikan bahawa umat Islam hari ini bakal terjerumus ke lembah kebinasaan jika maksiat dan kemungkaran masih lagi diteruskan. Inilah yang menjadi tanggungjawab pada setiap umat Islam yang sedar atas kebobrokan yang berlaku. Maka, bila manusia tiada takut lagi, jangan di salahkan Tuhan yang Maha Pencipta.

Moral : Jangan berlengah dalam melakukan kebaikan dan jangan tunggu bala datang baru nak kembali ke pangkal jalan. Bersamalah kita muhasabah.

Wallahu A’lam

Life Of Aku

4 Responses to “Bila Bala Datang Menjelma”


  1. 1 Kang Kolis Januari 4, 2008 at 3:40 am

    MAKNA BALA DAN FITNAH YANG SEBENAR
    Sebahagian besar masyarakat Melayu baik di Malaysia mahupun di Indonesia telah keliru dalam memahami makna beberapa kata serapan yang berasal daripada bahasa Arab, khususnya kata fitnah dan bala, sehingga mengakibatkan kesilapan dalam memahami pesan ajaran agamanya, kerana Al-Quran sebagai sumber ajaran agama Islam diwahyukan dengan menggunakan bahasa Arab.
    Fitnah dan Bala dalam budaya Melayu
    Kata fitnah dalam budaya Melayu diertikan sebagai
    umpatan, gunjing, gujirak, celaan, hujat, dan tuduhan jahat yang diada-adakan/dibuat-buat.
    Jadi, fitnah dalam budaya Melayu bermakna perbuatan menjelekkan orang lain baik dengan cara mencela, menghasut, atau menggunjing supaya orang lain itu hilang harga dirinya. Sila perhatikan contoh ayat: “Jangan memfitnah! kerana fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan”
    Sementara, Fitnah dalam Bahasa Arab
    ertinya perbezaan-perbezaan pendapat manusia dan kegoncangan pemikiran mereka (Kamus Al-Muhith dan Mu’jam Al-Wasith).
    Manakala salah seorang ulama ahli tafsir Al-Quran, Syaikh Muhammad As-Syinqity menjelaskan: “Penelitian Al-Quran menunjukkan bahawa kata fitnah dalam Al-Quran jika disebut secara mutlak memiliki makna cubaan dan ujian serta hasil yang jelek daripada cubaan. (Lihat Adhwa’ul Bayan 6: 254-255).
    Dengan demikian, secara istilah fitnah dalam bahasa Arab dapat diertikan sebagai perpecahan yang timbul antara sesama sendiri, sehingga ketenangan fikiran sudah tidak wujud, oleh sebab antara satu dan lainnya saling tuduh-menuduh, cemburu-mencemburui dan salah-menyalahkan, sehingga timbul kehancuran.
    Kesilapan masyarakat Melayu dalam memahami makna fitnah menimbulkan dampak khususnya dalam kehidupan moral beragama, kerana fitnah disamakan dengan perbuatan menghasut, menghibah, dan mencemarkan nama baik seseorang. Bahkan, menurut sebahagian ahli kanun perbuatan menghasut, menghibah, dan mencemarkan nama baik itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan. Ini sama sekali tidak benar sebab dalil yang digunakan iaitu al-fitnatu asyaddu min al-qatl (fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan) tidak mengandung pesan atau larangan melakukan hasutan atau tuduhan yang tidak berdasar. Cuba bayangkan, kalau dalam Islam hukuman tertinggi bagi penjenayah dalam kes pembunuhan dengan sengaja adalah dibunuh (qishash) maka hukuman apa yang sesuai diberikan kepada pemfitnah? Sedangkan fitnah itu kata orang Melayu lebih kejam daripada pembunuhan. Tentu setiap jenayah itu ada hukumannya, namun hukuman memfitnah dalam budaya melayu tidaklah seberat itu.
    Ayat Al-Quran tentang fitnah (alfitnatu) sebagaimana disebutkan di atas, sebenarnya berkaiterat dengan kes peperangan (alqotl) yang harus segera diselesaikan sebab kalau tidak nescaya ia akan menimbulkan malapetaka bagi masyarakat ramai. Malapetaka dahsyat yang menjejaskan seluruh lapisan masyarakat itulah sebenarnya yang dimaksud fitnah menurut bahasa agama sebagaimana dikatakan oleh ayat Al-Quran yang lain: “Dan peliharalah dirimu daripada fitnah yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja antara kamu” (Al-Anfal: 25).(Lihat Tafsir Ibn Katsir, 1988: 558-560. Bandingkan dengan Hamka 1999: 2724-2726). Malapetaka itu boleh diakibatkan sama ada oleh peperangan seperti fitnah al-kubra (kekacauan besar), fitnah ‘Ali (huru-hara pada masa Ali), fitnah Muawiyah (Huru-hara pada masa Muawiyah) dan lain-lain mahupun oleh sebab lain. Bencana alam tsunami pada Disember 2004 yang mengharubirukan bumi Aceh (Indonesia), Kuala Muda (Kedah), Phuket (Thailand), Galle (Sri Lanka), Chennai (India), telah mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah, kanak-kanak, orang dewasa, lelaki, perempuan, penjenayah, tuan guru, tentera dan banyak lagi yang lain, juga termasuk fitnah yang diakibatkan oleh bencana alam.
    Kata fitnah dalam bahasa al-Quran sebenarnya mirip dengan musibah, tetapi berbeza dengan bala. Penjelasan tentang masalah ini boleh ditulis pada kertas yang lain.

    Bala dalam budaya Melayu
    Kata bala berasal daripada bahasa Arab bala’, secara bahasa dalam Kamus Bahasa Melayu diertikan sebagai:
    gerombolan, pasukan (tentera), kemalangan, kegeruhan, kecelakaan, musibah, bencana,dll.
    Dengan demikian, orang melayu mengartikan bala sebagai kejadian buruk yang berlaku ke atas seseorang atau sesuatu tempat berupa kemalangan, bencana alam, dan lain-lain. Oleh sebab itu, manusia mesti lari daripada bala itu dengan cara apapun. Antaranya, muncul pelbagai kegiatan ritual amalan tolak bala yang dilakukan baik secara persendirian atau secara bersama-sama dalam satu kelompok dan masa tertentu. Para petani melakukan upacara tolak bala ketika datang musim tanam padi dan atau menjelang panen raya.
    Dalam bahasa Arab dan al-Quran bala bermaksud ujian baik dan ujian buruk yang dihadapi seseorang. Bala (cubaan) pula boleh merupakan dalam perkara baik dan perkara tidak baik, menurut kamus tersebut. Jadi yang dimaksud bala dalam agama itu bukan hanya bencana sahaja, tetapi kemewahan hidup pun juga termasuk bala.
    Allah berfirman: “Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai bala (cubaan), dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan” – (al-Anbia’: 35).
    Semua bala, sama ada seperti yang dimaksudkan dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Arab dan al-Quran adalah datang daripada Allah yang diturunkan kepada umat manusia sebagai ujian kenaikan darjah. Mereka yang lulus ujian akan dinaikkan darjah kehidupannya ke darjah yang lebih tinggi (liyabluwakum ayyukum ahsanu amala). Sedangkan bagi yang tidak lulus akan tetap diuji hingga lulus.
    Dengan demikian, tindakan represif menolak datangnya bala tidak perlu dilakukan, tidak perlu lagi upacara-upacara dan doa tolak bala, tetapi bagaimanapun manusia memang perlu tindakan prefentif agar bala tidak menggoyahkan imannya. Di sini manusia perlu pertolongan Tuhannya agar kuat, tabah, dan sabar dalam menghadapi ujian-Nya yang akan selalu ada selama hayat masih di kandung badan.
    Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah al-Qulub, ”Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, sehingga rela dan bersabar.”
    Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Setiap ujian pasti akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza. Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., “Siapakah orang yang paling berat cubaan-bala-nya?” Jawab baginda, “Antara orang-orang yang paling berat cubaan-bala-nya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar ilmu agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar ilmu agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya”. (Riwayat Tirmizi)
    Akhirnya, dapat disimpulkan bahawa kesilapan dalam memahami symbol bahasa agama boleh menjejaskan praktik keberagamaan seseorang, sehingga perlu ada maklumat tentang hal ini bagi meluruskan pola kehidupan moral agama mereka.
    Jangan putus asa, jangan lari daripada kenyataan, kita perlu menghadapi segala kejadian dengan shaja’ah keberanian dan futuwwah, kesatria. Wallahu a’lam.
    demikian pendapat Kang Kolis

  2. 2 Life Of AKU The Episode Januari 4, 2008 at 11:59 am

    salam…kang polis, teruja bangat dengan ulasan kang polis yg sungguh mantep itu… terima kasih atas perkongsian ilmu yg amat berharga ini, jika diizinkan, saya ingin memaparkan artikel ni, insyaAllah

  3. 3 efah Ogos 29, 2009 at 11:23 pm

    salam..maaf sy nk tanya pasal post 04 jan 08.ada sumber rujukan tak???sebab sy nk masuk dalam assigment sy…

  4. 4 gamis syar'i online Februari 27, 2015 at 1:42 pm

    What’s up, just wanted to say, I loved this article.
    It was practical. Keep on posting!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: