Pejuang Nafi Ada Kaitan Bunuh Bhutto

Sumber diperolehi dari Laman Al-Jazeera :

Komander satu Pro Taliban di Pakistan telah memberitahu kepada satu agensi berita menerusi telefon bahawa (Baitullah Mehsud) tiada kaitan dengan kes pembunuhan bekas Perdana Menteri Pakistan itu (Benazir Bhutto)

Maulana Omar berkata :

Dia (Mehsud) tiada lansung kaitan dalam serangan tersebut, ini adalah satu konspirasi kerajaan, tentera dan ajen-ajen risikan.

Dalam pada itu seorang pegawai Pakistan menyatakan pada hari Jumaat bahawa Mehsud bertanggungjawab bagi kematian itu. Manakala seorang jurucakap kementerian dalaman (Javed Cheema) berkata bahawa mereka dapat mempastikan yang pemimpin al-Qaeda itu berada di belakang pembunuhan itu. Berikutan dengan peristiwa tersebut, banyak perkara yang telah berlaku antaranya ialah penyelewengan fakta yang telah dibuat oleh Cheema (jurucakap kementerian dalaman Pakistan) yang menyatakan bahawa kematian Benazir Bhutto bukan disebabkan oleh tembakan peluru tapi adalah kerana kepalanya terhentak bumbung keretanya sewaktu hendak mengelak dari letupan. Namun pada masa yang sama, pada hari Sabtunya, seorang pembantu rapat Bhutto aa memberitahu bahawa sewaktu dia memandikan mayatnya, beliau ada melihat ada satu kesan tembakan di kepala. Atas penyelewengan fakta itu, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dibuat oleh jurucakap kementerian dalam Pakistan (Javed Cheema) itu sebagai satu tindakan yang karut.

Farooq Naik, seorang pegawai senior Bhutto’s Pakistan People’s Party (PPP) berkata :

Dua butir peluru memukulnya, satu di perut dan satu di kepala. Ia adalah satu kehilangan yang tidak dapat dipulihkan dan mereka sedang mengubah ia ke dalam satu jenaka dengan tuntutan-tuntutan seumpama. Negara adalah menghala perang saudara

Farhatullah Babar, seorang jurucakap Bhutto’s Pakistan People’s Party (PPP) , berkata pada hari Sabtu :

Cerita yang al-Qaida atau Baitullah Mehsud terlibat dalam peristiwa tersebut kelihatan seperti satu cerita yang dibuat-buat, sebuah cerita yang tidak betul, kerana mereka ingin mengalihkan perhatian

Bhutto pernah menyebutkan bahawa selain al-Qaeda, kerajaan juga adalah mereka-mereka yang boleh membawa ancaman kepadanya tetapi tidak pernah disiasat. Kamal Hyder seorang wartawan alJazira di Pakistan berkata bahawa ramai orang Pakistan percaya bahawa adanya konspirasi disebalik pembunuhan Bhutto.

Life Of Aku

0 Responses to “Pejuang Nafi Ada Kaitan Bunuh Bhutto”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: