Wahai Pemimpin ! Tontonlah Jejak Rasul

Selepas baginda Rasulullah s.a.w, antara manusia yang patut kita jadikan contoh ialah Saidina Abu Bakar. Saya tertarik dengan satu babak yang menceritakan bagaimana reaksi yang diberikan oleh Saidina Abu Bakar apabila beliau dilantik menjadi Khalifah pertama selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. Untuk cerita sepenuhnya, saya mencadangkang kita semua agar menonton rancangan Jejak Rasul ke 13 sebagai satu sumber ilmiah yang boleh dijadikan pengajaran dan contoh ikutan. Bila berbicara soal kempimpinan, sebenarnya bukan pemimpin negara saja, bahkan semua pemimpin termasuklah diri kita walau hanya rakyat biasa seharusnya mencontohi sikap yang ditampilkan olehnya. Paling tidak, kita harus sedar sekurang-kurangnya kita adalah pemimpin bagi diri sendiri.

Dalam sirah menceritakan bahawa, selepas sahaja Umar memberikan baiah kepada Saidina Abu Bakar sebagai tanda pengiktirafan perlantikan khalifah pertama yang kemudiannya diikuti dengan sahabat-sahabat yang lain, beliau ada menyampaikan ucap tamanya yang masyhur iaitu

kamu mengangkat saya menjadi ketua, sedangkan saya bukanlah yang terbaik dikalangan kamu semua, sekiranya saya membuat kebaikan dan melaksanakan kebaikan, maka bantu dan sokonglah saya, kalau saya buat kesilapan, tegur dan perbetulkanlah saya

Begitulah antara ucapannya yang masyhur. Ini membuktikan kepada kita bahawa Saidina Abu Bakar ini bukan sahaja terkenal dengan gelaran as-siddiq iaitu seorang yang sentiasa membenarkan Rasulullah s.a.w sehingga dalam perkara yang diluar jangkauan seperti syurga dan neraka, bahkan beliau juga seorang yang tawaddhu’ serta berlapang dada. Selain itu beliau juga berikrar menjadi pembela bagi golongan yang lemah, serta menegaskan umat Islam wajib meneruskan jihad pada jalan Allah dan mengingatkan bahayanya zina terhadap umat Islam. Bukti ikrar beliau dizahirkan bilamana munculnya golongan riddah. Beliau memeranginya habis-habisan sehingga dalam satu riwayat ada menceritakan ada seorang yang datang ke rumahnya lalu berkata

Tutuplah pintu dan sembahlah tuhan sehingga kamu yakin

mendengar saja kata-kata orang itu, beliau pun berkata sambil memegang pedangnya

aku tidak rela Islam jadi serpih sehingga hilang

Dalam pada itu, selepas berjumpa dengan sahabat dan meminta kesanggupan supaya membantu menentang golongan riddah, walaupun ada sahabat yang tidak sanggup, namun dengan keberanian dan kelantangannya beliau lantas menurunkan bala tenteranya lalu memerangi golongan riddah sehinggalah golongan tersebut musnah dan kembali ceria.

Pengajaran yang dapat kita ambil jika melihat pada senario yang berlaku pada hari ini, persoalan yang timbul, berapa ramaikah pemimpin negara Islam yang berani bersua menyatakan bantahannya terhadap kekejaman yang dilakukan terhadap sesetengah negara Islam lain oleh musuh-musuh Islam khususnya Amerika dan Israel ? mugkin itulah ujian yang diberikan oleh Allah terhadap orang-orang yang dikurniakan kuasa keatasnya. Hanya ingin mendapatkan kuasa dan jawatan demi kepentingan diri sendiri.

Di Malaysia, dalam isu perhimpunan yang dianjurkan oleh rakyat bagi menuntut keadilan dilaksanakan, kita dapat lihat bagaimana reaksi pemimpin negara yang mengadakan bermacam-macam alasan untuk menafikan tuntutan rakyat. Pelik tengok orang macam ni. Hal ini jelas menunjukkan bahawa mereka ada kepentingan dan agenda yang tersendiri. Sebagai pemimpin yang baik perlulah berlapang dada, bukan melenting dan melontarkan kata-kata yang tidak baik sehingga mencemarkan imej negara. Dalam ucapan Saidina Abu Bakar juga, apa yang boleh kita ambil bahawa, perlunya ada ‘check and balance’ atau ‘give and take’ diantara pemimpinan dan rakya. Ini patut menjadi muhasabah bagi diri kita. Dalam wujudnya golongan yang ingin tegakkan kebenaran, masih ada juga golongan yang berlepas tangan apabila melihat pemimpin melakukan perkara kemungkaran. Dalam erti kata yang lain, jangan sokong pemimpin yang zalim dan yang melakukan kemungkaran.

Akhir sekali, dalam ucap tama Saidina Abu Bakar, beliau juga ada melafazkan ucapan yang menjadi lambang yang membuktikan prinsip kepimpinan Islam dalam dirinya dengan berkata

Taatilah saya selagi saya mentaati Allah, tiada lagi ketaatan bila saya menderhakai Allah

Begitulah contoh kepimpinan yang ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar as-siddiq, semoga Allah merahmatinya. Sebagai seorang pemimpin bukan hanya berkata “jangan bekerja untuk saya, tapi mari bekerja bersama saya” atau “saya akan pastikan negeri ini menjadi sebuah negeri sifar setinggan “ namun dalam masa yang sama rakyat yang lemah ditindas dan dizalimi. Dan mengimbau kembali perjalanan orang terdahulu adalah salah satu caranya untuk meletakkan kita sentiasa berada di jalan yang benar lantas melaksanakan dan mengamalkan sunnah-sunnah mereka.

Life Of Aku

1 Response to “Wahai Pemimpin ! Tontonlah Jejak Rasul”


  1. 1 Rhaffel Julai 9, 2009 at 7:35 am

    Semoga Allah selalu merahmatinya


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: