I.S.A ( Ikut Suka Akulah )

 

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, maka api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah, kemudian kamu tidak akan mendapat pertolongan (Surah Huud : 113)

Akta keselamatan dalam negeri atau dikenali dengan I.S.A adalah undang-undang yang pada asalnya dirangka oleh R.H. Hickling pada tahun 1960. Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad.

ISA digunakan secara konsiten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai “keganasan putih” (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam. Hasilnya pada hari ini, akta tinggalan penjajah ini masih lagi diguna pakai walaupun sudah setengah abad tanah air kita merdeka  . Inilah bukti kekalahan kita terhadap penjajah *

Bernard Wales (orientalis)  ada berkata, Islam telah mengalami dua pukulan :

1 – kekalahan dengan tentera Tatar

2- kekalahan dengan penjajah barat

Pukulan kedua itulah realiti yang sedang melanda di kebanyakan negara-negara yang pernah dijajah khususnya negara umat Islam seperti Malaysia di mana mereka bukan sahaja telah menjajah negara, bahkan lebih dari itu. Antara perkara yang mereka telah jajah ialah melalui politik, pemikiran, gaya hidup mereka yang dibawa masuk ke tanah air, memperkenalkan manhaj pelajaran cara mereka, menghantar anak tempatan ke Eropah yang akan dididik dengan cara didikan mereka, mengasaskan sekolah-sekolah inggeris seperti Sekolah St. Convent dan yang seumpama dengannya, seterusnya mewujudkan institusi barat yang menerapkan ideologi mereka dan yang terakhir sekali ialah, mereka menggunakan pendekatan media massa dengan memaparkan benda-benda yang negatif dan boleh merosakkan minda masyarakat contohnya hiburan melampau.

Semua perkara yang telah disebutkan benar-benar berlaku dan kita dapat lihat bagaimana rosaknya institusi penting dalam negara ini terutamanya institusi kepimpinan kerajaan  yang merupakan salah satu faktor  kepada berlakunya kepincangan dalam negara baik dari aspek sosialn masyarakatnya, ekonominya dan sebagainya. Orang kata ‘nak seribu daya, tak nak seribu dalih’. Namun apakan daya, kuasa rakyat telah dimanipulasikan oleh pihak yang berkepentingan. 

Ketahuilah sesungguhnya I.S.A adalah zalim. Membenarkan  sesiapa sahaja ditahan tanpa perbicaraan yang mana kuasanya diberi kepada Menteri Hal Ehwal Negeri secara mutlak. Inilah bukti yang menunjukkan bahawa ia adalah satu akta yang bercanggah dengan tuntutan Islam. Nampaknya kita benar-benar tertipu dan terpedaya dengan penjajah. Namun, itulah I.S.A ( Ikut Suka Akulah ) modal Pak Lah untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara.

* sumber diperolehi dari laman http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Keselamatan_Dalam_Negeri_1960

0 Responses to “I.S.A ( Ikut Suka Akulah )”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: