Di Sebalik Makanan Itu


Hidangan lengkap Nasi Ayam Panggang dengan setengah ekor potongan daging ayam panggang bersama sepinggan nasi berharga 12.50 ‘junaih’ (12 ringgit setengah). Hidangan tambahan : sallatoh (sayur campur), ‘tohinah’ (sejenis kuah) dan ‘eish’ (roti)

Bila sebut soal makanan, bagi saya makanan Malaysia memang tiada tandingan. Maksud saya kepelbagainnya dari jenis nasi-nasinya, sehinggalah lauk pauknya. Sebenarnya kepelbagaian makanan di Malaysia takkan dapat dirasai bila kita berada di Malaysia, namun bila kita berada di tenpat orang, baru kita akan terasa, apatah lagi jika berada di timur tengah khususnya di Mesir ini. Pengalaman sepanjang berada di bumi Mesir ini, bagi saya kepelbagaian jenis makanan atau masakan di sini tidaklah banyak jika dibandingkan dengan Malaysia. Walaubagaimanapun, ia tetap mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Beberapa hari yang lepas, selera saya bertukar arah. Biasanya saya makan di rumah. Hari itu saya beralih citarasa makan di dikedai. Nasi ayam panggang. Menu yang saya pesan di sebuah kedai makan. Ayam panggan dan daging kisar panggang (koufta) memang popular di sini. Sepanjang saya berada di sini, saya tak pernah jumpa lagi menu lain yangberasaskan daging ini melainkan hanya sedikit. Berbeza di Malaysia dengan ayam masak lemaknya, ayam masak sambal, ayam madu dan sebagainya. Dengan harga yang berpatutan, saya rasa menu nasi ayam panggang ini sesuai dijadikan santapan bagi golongan yang sederhana. Walaubagaimanapun, jika diamati di sini, kadang-kadang bila melihat kehidupan sesetengah masyarakat di sini ada yang menyentuh hati. Taraf hidup masyarakat di sini boleh dikatakan kebanyakannya bukan dikalangan orang yang berada. Jurang diantara golongan kaya, sederhana dan miskin jelas terserlah. Namun ini bukan bermakna jika saya katakan adanya jurang, maka ianya boleh ditafsirkan bahawa orang yang kaya tidak lansung mengambil peduli golongan miskin. Saya rasa di mana-mana tempat sama sahaja. Jika di Mesir ini, mungkin salah satu puncanya berlaku keadaan sebegini adalah disebabkan taburan penduduknya yang begitu ramai berbanding negara Malaysia. Inilah masalah yang biasa dihadapi oleh negara berpenduduk ramai .

Berbalik cerita makanan tadi, nasi di sini boleh dikatakan makanan asasi, namun yang lebih popular ialah roti (‘eish). Ia lebih murah berbanding dengan beras. Oleh sebab itulah, soal makanan di sini tidaklah susah sangat, jika tidak berduit. Dengan bermodalkan 1 ‘junaih’ (seringgit) ia mampu digantikan dengan beberapa keping roti dan sedikit ‘fuul’ (kacang). Namun, selera orang melayu ni berbeza, kalau boleh nak makan nasi juga. Bagi saya, makanan arab ni kira makanan kedua saya dan saya tak bermasalah bila berhadapan dengan hidangan makanan arab. Orang kata, ” asalkan halal dan bersih, bedal jelah “

Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar hanya kepadaNya kamu menyembah ( Surah al-Baqarah : 172 )

Begitulah kecantikan yang Allah tetapkan. Setiap tempat ada cara hidup dan kelebihan yang tersendiri. Dari situlah saya dapat mempelajari sedikit demi sedikit tentang kehidupan masyarakat di sini. Berbalik kepada cerita asal, di kedai makan yang saya singgah itu juga saya sempat berkenalan dengan pekerjanya. Abu Muhammad nama diberi. Bila dah ada kesempatan macam tu, saya rasa saya perlu ambil peluang untuk bertanya. Dan pada mulanya, Abu Muhammad yang mencetuskan bibit untuk terus berbual bersama. Sifat peramah masyarakat di sini memang telah sedia maklum tak kurang juga dengan sifat mereka yang suka menyakat🙂 . Abu Muhammad seorang yang telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Berumur 39 tahun dan telah bekerja di kedai makan tersebut selama tiga tahun. Sebenarnya tak banyak yang kami bualkan. Namun, bila dia bertanyakan tentang saya, ada satu persoalan yang ingin saya utarakan kepadanya iaitu berkenaan rumah sewa di sini. Sebelum itu, dia ada bertanya saya, di mana saya tinggal dan berapa sewa rumah saya. Bila ditanya tentang sewa rumah, dia memberi tahu bahawa rumah yang disewanya sekeluarga hanya perlu dibayar dengan harga 150 junaih (150 ringgit) sebulan berbanding dengan saya yang perlu membayar dengan harga 500 junaih (500 ringgit) sebulan. Sebenarnya, soalan ini dah biasa diutarakan oleh masyarakat arab di sini khususnya kepada orang asing seperti kami. Cuma saya berminat untuk mengetahui pendapatnya dan sedikit maklumat darinya sendiri. Saya juga sempat bertanya apakah pandangan beliau terhadap fenomena ini, kerana beliau sendiri mengatakan bahawa sewa yang kami bayar amatlah mahal. Beliau menjawab, perbuatan menyewakan rumah dengan harga yang mahal ni memang ‘tak baik’. Dan itulah tujuan utama pertanya saya. Saya sendiri lebih awal sudah beranggapan bahawa amalan mengenakan sewa yang mahal oleh tuan rumah di sini memang tak lebih nak mengambil kesempatan ke atas kami. Cuma saya hendak melihat bagaimana reaksi atau respon yang akan diberikan oleh mereka terutamanya dikalangan orang arab. Kalau ditanya kepada penyewa rumah, yang akan mereka jawab ini adalah ‘qanun’ (ketetapan). Inilah senario yang berlaku.

Sifat mementingkan diri sendiri dan mengambil kesempatan atas kelebihan serta kebaikan orang lain juga biasa kita dengar dikalangan masyarakat kita di Malaysia. Bila cerita mengenai hal-hal begini, memang tak dapat dinafikan lagi dan ada kaitan dengan masalah yang sedang melanda di negara kita. Pengajaran dan segala susur jalur kehidupan sebenarnya telah dipersembahkan kepada kita sejak dahulu kala lagi, cuma atas sebab kerakusan manusia mengikut hawa nafsu dan hasutan syaitan, maka berlaku gejala-gejala seperti kezaliman, penindasan dan bermacam lagi. Sedikit pengajaran yang boleh kita ambil, dan saya tertarik bagaimana dalam satu kitab sirah ada menceritakan bagaimana kisah hidup nabi yang diantaranya ialah Nabi Muhammad s.a.w juga suka mengembara, yang mana dinyatakan tujuan kembaranya adalah bukan sia-sia di mana di setiap tempat yang baginda singgah baginda akan mempelajari cara hidup serta mengambil pengajaran cara hidup masayarakat di situ. Maka begitu jugalah kita, sebenarnya hikmah dan pengajaran kita boleh perolehi walaupun kita berada di tempat sendiri. Pokok pangkalnya, terletak pada diri kita. Sesungguhnya setiap saat dan setiap detik sungguh bermakna.

Katakanlah : Berjalanlah di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu (Surah al-‘An’aam : 11)

Moral : Makanlah makanan yang halal lagi bersih zahir dan batin. Kebiasaannya kita merasakan sudah cukup jika ia bukan babi, arak atau dan yang seumpama dengannya bahawa ia haram, tapi adakalanya kita terlupa walau makanan yang kita akan makan itu adalah ayam, nasi atau yang seumpama dengannya, namun dari mana datangnya makanan itu kita terlupa untuk menelitinya. Belajarlah bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Hari ini manusia bila hatinya terikat dengan dunia, maka mereka akan menggapnya bahawa kemewahan adalah segalanya, walhal bila diingat soal duniawi, ingatlah orang yang di bawah kita, dan dalam soal ukhrawi ingat lah orang di atas kita. Seterusnya, janganlah kita melakukan kezaliman terhadap orang lain kerana itu tanggungjawab kita untuk menjaga hak-haknya.

3 Responses to “Di Sebalik Makanan Itu”


  1. 1 khairulnizambakeri Disember 15, 2007 at 6:17 am

    Nampak sungguh menyelerakan.
    Nyam nyam.

  2. 2 landy Disember 15, 2007 at 9:59 am

    Aduh makanannya mengundang selera , saya jadi berminat

  3. 3 nuriman Disember 15, 2007 at 2:11 pm

    salam alaik….nampaknya anak akak suka makan roti dengan daging kambing…kalau boleh kurangkan minyak dalam setiap masakan….misal kata dalam tiga menu tu biarlah panggang, kukus dan cuma satu aje yg masak guna minyak..baik utk kesihatan…tp gi mana nih kalau masak sikit2 nak tumis itu dan ini..kukus Hafiz tolak terus…tp kalau panggang okeylah…salam aidil adha….maaf zahir dan batin……….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: