Sepi Ku Tanpa Berita

Sepi tanpa berita

Bukan mudah hendak menulis, hanya itulah ungkapan yang mampu saya lontarkan sepanjang beberapa hari yang saya tinggalkan tanpa secuit kata di dalam blog ini. Banyak juga berita-berita terkini yang saya tidak ketahui, saya seolah mati kutu untuk semua ini. Masa yang ada banyak dihabiskan dengan kerja-kerja luar (banyak berjalan ke sana sini) . Mungkinkah kerana masa untuk saya menikmati keindahan bumi anbiya’ ini hampir tiada lagi atau ? Kalau dicongak-congak, tinggal 36 hari saja yang saya ada sebelum kaki ini meninggalkan jejaknya. Waktu inilah pula datang bermacam-macam perancangan yang berbondong-bondong walhal kalau ikut logiknya mana mungkin saya boleh selesaikan kesemuanya.

Beberapa hari yang lalu

Saya menghadiri satu majlis ‘bentang dan bincang’ dengan beberapa orang teman. Antara topik yang dibentangkan ialah berkisar tentang sirah Rasulullah s.a.w yang bertajuk ‘Baiatul Aqobah’.  Perbincangan kami berjalan dengan ceria dan bertenaga walau pada awalnya sedikit hambar. Satu aktiviti yang dah lama saya tinggalkan. Waktu itulah kita dapat kembangkan dan berkongsi ilmu yang kita ada. Saya rasa cara berbincang dalam kumpulan ini adalah satu cara yang praktikal untuk kita belajar bercakap di hadapan orang ramai selain menambahkan lagi ilmu kita. Apa pun, pendekatan ini dah pun kita ketahui cuma dengan adanya bermacam-macam istilah contohnya usrah, study group, halaqah muzakarah dan yang seumpama dengannya. Cuma nama yang saya berikan (bentang dan bincang) itu sekadar penyedap kata saja manakala matlamatnya tetap sama. Walaupun ramai yang telah berjinak dengan majlis seumpama ini, namun tidak kurangnya juga masih ada dikalangan kita yang mengambil enteng tentang perkara ini. Tak ramai yang berminat untuk menghadiri program-program seperti ini walaupun telah dipromosikan oleh pihak-pihak tertentu. Saya lebih suka fokus kepada realiti yang berlaku di sekitar saya (mahasiswa). Adakalanya persatuan pelajar bersusah payah mengedar iklan ke rumah-rumah ahli untuk mempromosikan program-program anjurannya, dalam masa yang sama sambutan yang diberikan amatlah mengecewakan. Sedikit bangat yang dapat memberikan komitmen. Apakah yang menjadi penghalangnya ? Sama-samalah kita fikirkan .

Tidak lama selepas itu

Saya teruskan langkah saya menuju ke rumah. Dalam perjalanan saya dikejutkan dengan satu bunyi. Dentuman sebungkus plastik berisi sampah yang ‘jatuh dari langit’ ke atas bumbung lori sampah. Sedikit serpihan sampah mengenai saya. Nampaknya tahap kesabaran saya diuji. Namun, marah yang membara itu membuatkan saya tersentak dengan kisah lalu. Kalau tadi, orang sesuka hati campak sampah dari atas, saya marah, bagaimana sampah yang pernah saya campak dari tingkap rumah saya suatu masa dahulu ? saya terpaksa akur dan akhirnya tiada apa-apa tindakan susulan melainkan marah yang semakin reda. Amalan (membuang sampah sesuka hati) itu adalah amalah yang tidak bermoral.

Malamnya

Saya panjangkan langkah saya ke pasar telefon bimbit di Attaba (sebuah pekan yang terkenal di bandar Kaherah). Siangnya saya marah, namun kali ini saya pula yang kena marah. Saya dimarahi oleh pemilik kedai telefon bimbit. Alasannya :  saya tidak membeli telefon bimbit jualannya. Saya keluar bersahaja dari kedainya dengan perasaan sedikit terkilan dan tersentak. Rasa dunia ni kecil saja bila menghadapi situasi begitu. Saya dimarahi di hadapan orang ramai. Pengalaman hidup melihat ragam orang arab Mesir, saya akur dan benar-benar memberikan keinsafan. Melihat orang yang bersikap kurang sopan, mengingatkan diri saya yang sungguh kerdil ini. Kadang-kadang kita marah yang teramat sangat dengan perlakuan yang tertimpa kita, tapi kita lupa sebenarnya suatu masa dahulu kita juga pernah melakukannya ke atas orang lain. Hikmat itu ada di mana-mana. Saya hentikan langkah saya di pasar Attaba, dan menuju pulang ke rumah.

5 Responses to “Sepi Ku Tanpa Berita”


  1. 1 jeff Disember 10, 2007 at 4:51 am

    hidup adalah roda. pusingan lengkap akan berhenti nun di sana kelak.

  2. 2 nuriman Disember 11, 2007 at 10:59 am

    Salam alaik….betul kekadang kita marah dgn apa yg terjadi..padahal dalam tidak sedar kita mungkin pernah membuatkan orang lain juga marah kat kita…..

  3. 3 PutriHanan Disember 11, 2007 at 4:08 pm

    Sa|am.ana cume nak bgtau jek, blog ana dah bertukar tapak. url sama cume dr blogdrive bertukar pd blogspot.almaklumler,tapak blogdrive dah mule timbulkan pelbagai masalah.syukran…=)

  4. 4 ana2alfath Disember 11, 2007 at 4:25 pm

    slmt mentarbiyah dan ditarbiyah bro..

  5. 5 Life Of AKU The Episode Disember 13, 2007 at 3:37 am

    waalaikumsalam kak nuriman, ia betul tu ..

    jeff : “dunia ini ibarat pasar yg riuh, kemudian senyap sunyi ”

    putri hanan : terima kasih atas inform, semoga berjaya

    ana2alfath : terima kasih, slmat juga buat enti


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: