Saya Benci Kamu !

Di suatu hari,

Lan : Boleh tolong tak ?

Amar : Boleh !

Lan : Tolong jangan menyibuk boleh tak !

Tanpa banyak bicara Amar pun beredar dari bilik Lan…. Tamat

Apalah nak jadi dengan kawan-kawan aku ni (hatiku berbisik seketika). Takkan kerana perkara yang kecil sanggup menyisihkan kawan ? Kalau dalam sesetengah drama melayu, babak mengumpat, membenci dan mengata kawan ni macam dah jadi wajib, tapi macam tak percaya, ada ke orang macam tu ? mengumpat sini sana… tapi bila saya sendiri berhadapan dengan situasi begitu barulah saya sedar lakonan yang sekadar lakonan sebenarnya adalah sebuah realiti.

Aku bencilah tengok dia ! masak taknak, tahu makan je, banyak pulak tu ! – suara sumbang yang pernah kedengaran di telinga saya

Di manakah erti sebuah persahabatan ?  Sepatutnya bila sahabat atau teman kita melakukan kesalahan, kita tegurlah cara baik, dan mendampinginya. Ini tidak, kita bukan sahaja melemparkan kata-kata yang mengguris hatinya, bahkan menjauhi diri darinya.

Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara (Surah Al-Hujurat : Ayat 10)

Ditimpa kehinaan ke atas mereka walau di mana mereka berada melainkan mereka berpegang teguh dengan agama Allah dan menjalinkan hubungan baik sesama manusia (Surah A-li ‘Imran : Ayat 112)

Saya bukan bermaksud hendak membela kesalahan orang, akan tetapi bukan begitu caranya untuk mengajar sahabat kita. Besar bangatkah salahnya itu ? sebab tak masak saja kita meletakkan kesalahan itu seolah satu kesalahan yang lebih teruk daripada meninggalkan solat dan menonton video lucah.  Mungkinkah diri kita ni dah terlalu bagus untuk bertindak demikian terhadap sahabat kita ? Fikir-fikirkanlah wahai teman …

1 Response to “Saya Benci Kamu !”


  1. 1 nuriman Disember 3, 2007 at 3:30 am

    Salam alaik…tegur menegur dan saling pesan berpesan sesama kita amalan mulia, tegur baik2 jangan menguriskan hati teman2..tapi ada yang tak suka di tegur di marahnya kita pulak bagaimana tu? Cuma akak rasa sedih sejak dua menjak nih org selalu suka kata benda2 kesat..beruk memberuk..benci membenci pastu bodoh membodoh dari yang kecik hinggalah yg bergelar pemimpin jadi macam kebiasaan pulak perkataan tuh. Apakah itu dah jadi basahan cakap atau apa ya bila nak marah BERUK, BODOH kalau tak cakap tak boleh ke?kalau tak balas balik tak boleh ke?kalau tegur baik2 tak boleh ke? bukankah kejahatan tidak boleh di balas dengan kejahatan? kalau nak kata kat yahudi tak apalah jugak mmg mereka layak di bunuh dan lontarkan dengan kata-kata kesat kerana mereka sejahat2 manusia. Ni sesama muslim.Owh dah nak marah cakappun yg bukan2 kan tapi amat tidak wajar sekali, itu perangai budak2, malahan budak2 pun tidak wajar berkata gitu bila bergaduh dengan kekawannya? Maaf ya Kamal kalau tersalah cakap maaf banyak2.

    Haa kalau tak tahu masakpun nak marah itu dah melampaulah tu huhuhu buku resepi berlambak kat kedai beli ajelah..sorry Kamal datang merapu kat sini…..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: