Sempurnakah Nikmat Itu ?

Di suatu petang yang damai,

Haykal : Malaysia kira okay lah, kalau nak dibandingkan dengan negara lain, bank islam ada, Islam hadhari pun ada, nak apa lagi ? pemimpin kita pun dah bagi tahu yang Malaysia ni negara Islam, yang kamu bising-bising buat apa ?

Mad : Baiklah, apa pun saya terima pendapat kamu, cuma saya nak tanya, rasa-rasa nikmat Islam yang biasa kita sebut tu dah dikecapi sepenuhnya ke di negara kita ?

Haykal : Macam tadi saya sebutlah, kita dah ada Islam Hadhari semua ni, saya rasa ia dah cukup bagus, kenapa ? kamu tak setuju dengan Islam Hadhari ke ?

Mad : Maafkan saya, sebenarnya saya kurang setuju dengan pendapat kamu, sebenarnya saya tak rasa nikmat Islam itu sudah dapat dikecapi sepenuhnya di Malaysia ini

Haykal : Eh! kenapa kamu katakan begitu ? saya tak faham maksud nikmat yang tak sepenuhnya dikecapi ? lain macam je bunyinya ?

Mad : Begini, saya pun tak faham mana tentang Islam itu, tapi melalui pemahaman yang saya perolehi dari ustaz-ustaz, kita sepatutnya melihat Islam itu dari semua aspek, bukan hanya kepada satu-satu perkara sahaja, itu sudah cukup untuk kita melabelkan bahawa Islam telah sempurna

Haykal : Owh begitu, saya rasa maksud yang kamu nak sampaikan itu telah saya perolehi, kamu nak kata yang kerajaan kita hari ini tak laksanakan hukum Islam lah ye, betul tak ? terutamanya bab hudud, tahu dah … ramai dah orang yang berfikiran macam kamu, apa Islam itu hudud je ke ? “

Mad : Terpulang apa yang kamu nak kata, yang pasti saya tak katakan yang Islam itu hanya akan dinamakan Islam bila kita melaksanakan hukum hudud, mmm …. dari situ saja kamu dah salah faham, tapi bukan bermakna saya akan mengatakan bahawa hukum hudud itu tidak perlu dilaksanakan, bahkan saya akan katakan bahawa ianya wajib dilaksanakan kerana itu adalah perintah Allah. Baiklah, saya nak tanya kamu … hudud tu wajib ke tak ?

Haykal : Mmm, tentulah wajib… tapi kalau di Malaysia ni tak kot, sebab di negara kita ni ada berbilang agama, bukankah susah dan zalim namanya tu ?

Mad : Itulah, kamu kena tahu yang Islam ni sebenarnya mudah dan tidak menyusahkan, apatah lagi berlaku zalim, pasal hudud ni kamu cuba cari dulu di mana-mana, kalau kamu tidak faham juga, nanti kita bincang semula

Haykal : Habistu, kamu nak kata yang Malaysia ni bukan negara Islam ke ?

Mad : Kalau orang tanya, yang boleh saya katakan bahawa hukum Islam belum dilaksanakan sepenuhnya, selebihnya … saya serahkan kepada kamu untuk mencari jawapannya

Haykal : oh ye ! tadi kamu kata yang kita belum menikmati nikmat Islam itu sepenuhnya, saya tak faham, boleh jelaskan ?

Mad : Satu je saya nak bagi tahu, pernah kamu dengar sebelum ini, kes pegawai jabatan agama Islam dan polis cuba nak menangkap seorang ustaz yang hendak memberikan ceramah ? kes roboh masjid ? kes polis tangkap rakyat yang berhimpun ?

Haykal : ye ! saya ada dengar, apa kaitannya ?

Mad : Begini, Islam itu bukan agama yang mengongkong, pintu terbuka luas kepada umatnya yang hendak melakukan kebaikan, tapi hal yang sebaliknya berlaku di negara kita … Bayangkanlah, kalau satu hari nanti, azan pun tidak boleh dilaungkan di negara kita, nauzubillah, bagaimana perasaan kita ? Lagi satu, kita sebuk laungkan erti kemerdekaan, 50 tahun kita merdeka ! apa ertinya jika kita masih mengekalkan undang-undang penjajah ? sedangkan sebelum tanah melayu dijajah, pada waktu itu hukum islam dilaksanakan, tapi hari ini ? maksiat semakin berleluasa dan bermacam-macam lagi gejala negatif yang sedang melanda.

Haykal : Kalau macam tu, macam mana kita nak sempurnakannya supaya kita boleh benar-benar mengecapi nikmat Islam itu sepenuhnya ?

Mad : itulah yang sering menjadi tanda tanya, dan jawapannya, saya serahkan kepada *kamu untuk memikirkannya ……. apa pun, yang pasti kita ada tanggungjawab yang mesti ditunaikan.

p/s : *kamu = kita semua

 

1 Response to “Sempurnakah Nikmat Itu ?”


  1. 1 khairulnizambakeri Disember 1, 2007 at 6:13 am

    A thoughtful discussion.
    Thanks.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: