Bila Anjing Mula Menggonggong

Seketika di dalam bas :

gong gong gong gong gong !!!! (pekikan suara manusia yang telah diubah suai)

detik yang paling teruk pernah saya lalui. Teruk kerana mendengar suara sekumpulan budak hingusan sedang membuat bising tak tentu pasal di dalam kenderaan awam. Saya sendiri tak faham bahasa mereka. Apa yang saya boleh katakan, ia sangat teruk seteruknya. Seketika saya berfikir :

Macam anjing mengonggong lah pulak

Keterlaluan sungguh perumpamaan itu. Tak semudah itu. Puas juga saya memikirkan alasan mengapa saya memperumpamakan perbuatan mereka seperti anjing mengonggong. Sebelum tidur saya masih lagi memikirkannya. Walaubagaimanapun, sebenarnya jawapan itu sudah ada di kepala saya sejak saya berada di dalam bas lagi. Cuma saya masih lagi berminat untuk mengendahkannya. Saya tekad untuk mencari jawapannya dan akhirnya saya teringat beberapa ekor anjing yang berdekatan di rumah saya. Mungkin anjing itulah yang menjadi salah satu punca kawan-kawan saya jarang datang ke rumah. Apa tidaknya, anjing itu akan menyalak bila ada orang yang lalu lalang di sepanjang jalan yang berhampiran. Silap-silap dikejarnya. Namun, bila diperhatikan sekarang, keaktifan anjing itu tidak seperti dahulu lagi. Satu perubahan yang baik.

Mungkin dah bertaubat kot’ seloroh ku

Seketika timbul persoalan di benak kepala ini :

Kenapa pula anjing tu nak menyalak ? Mesti ada sebab

Persoalan itulah yang menjadi asas bagi menguatkan tanggapan saya. Walaupun tak semua anjing sepertinya, namun anjing itu sedikit berbeza. Tiga tahun saya mengenalinya secara jeling-jeling dan interaksi saya dengannya ketika dia cuba mengonggong saya. Sudah tentu ada sebabnya. Iya ! Menjaga bengkel bas milik tuannya.

Namun, anjing bukanlah seperti manusia yang diberikan kelebihan untuk berfikir. Sebab itulah setiap kali orang yang lalu lalang, anjing itu akan berbunyi bising walhal yang lalu itu bukanlah sang pencuri. Bermakna ? Maknanya kalau anjing mengonggong ada sebabnya, maka sudah tentu budak-budak itu juga bersebab.

Apa sebabnya ?

Persoalan yang bermain difikiran ini telah hampir kepada jawapannya. Menjerit tidak tentu pasal, mengingatkan saya tentang sebuah kisah Sejenak Menjelang Pilihanraya. Tidak lain tidak bukan hanyalah nak menyakitkan hati orang lain. Satu tindakan yang bersebab, namun terfikir juga apakah sebab itu dapat disamakan dengan membuat amal kebaikan ? Semangat untuk meneruskan kisah saya ini sebenarnya beransur hilang. Hilang dek kekalutan mata yang melihat dan telinga yang mendengar.

Kalau anjing tadi menggonggong sebab dikiranya semua orang yang lalu lalang adalah pencuri, saya masih boleh terima. Mungkin kerana sudah tahap kemampuannya begitu . Tapi yang melalak itu adalah manusia, sebaik-baik kejadian Maha Pencipta. Jika anjing salah mungkin kerana tuannya tidak mengajar siapa yang patut digonggong, apakah kita juga hendak beranggapan begitu menyalahkan Tuhan yang mencipta ? Nauzubillah minzalik .Apakah tidak Tuhan mengajar bagaimana menjadi manusia yang beradab ? Apakah pula Tuhan tidak mengajar kita dalam membezakan mana satu amalan yang mendatangkan manfaat dan mana pula yang mendatangkan kecelakaan?

Kalau begitu, saya masih hairan mengapa masih ada orang yang tidak tahu membezakan mana satu bersih mana satu kotor ? Nak ikut siapa, syaitan atau mufti ? Fikir-fikir selalu.

Moral : Maknanya, kalau nak buat sesuatu, jadikanlah al-quran dan as-sunnah sebagai panduan. Jadilah manusia yang beradab dan berakhlak mulia. Nabi kata, kalau kita berpegang dengannya, nescaya kita tidak akan sesat buat selamanya. Al-quran ada menjelaskan bawaha Nabi Muhammad adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan. Maka, janganlah jadi seperti makhluk yang bertindak lebih teruk dari anjing yang sedang mengonggong sesiapa sahaja. Untuk akhirnya, jika kita hendak menghukum orang itu begitu dan begini, biarlah hukuman itu kena pada tempatnya dan ada rasionalnya.

p/s : artikel ini dinukilkan sempena mengimbau kembali kisah siapa jantan, siapa biadab dan siapa pondan dikalangan anak Melayu

Wallahua Ta’ala a’lam

0 Responses to “Bila Anjing Mula Menggonggong”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: