Tragedi Rimba Jaya : Tidak Zalimkah Itu ?

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, maka api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah, kemudian kamu tidak akan mendapat pertolongan (Surah Huud : 113)

Satu lagi kezaliman yang dilakukan oleh pihak berkuasa di Selangor. Siapa pemimpinnya ? Saya pelik, bila ada yang  menggelarkan mereka ini zalim, ada pula yang tidak setuju. Cukuplah Tragedi Kampung Berembang tahun lalu. Kalau dahulu, ungkapan ‘melayu mudah lupa’ sentiasa menjadi sebutan, hari ini tidak lagi. ‘Melayu selalu lupa’. Iya ! itulah yang selayaknya. Hidup bermasyarakat ni perlulah ada toleransi. Kadang-kadang terfikir juga, bagaimana pula dengan pusat-pusat hiburan, dan pusat-pusat maksiat ? Takkan nak dibiarkan saja.  

Inilah yang peliknya, sebelum ni, kes di Surau ar-Rafiq di mana pegawai JAIS dan polis cuba untuk menangkap seorang ustaz yang hendak memberikan ceramahnya. Walaupun gagal, namun tindakan tersebut amat menyedihkan dan mengecewakan kita apatah lagi yang melakukan semua itu adalah dikalangan orang Islam sendiri. Benarlah apa yang telah disebutkan oleh Rasulullah saw bahawa umat Islam akan menghadapi beberapa rintangan dan cabaran iaitu : 1- mukmin yang hasad dan inilah cabaran yang kita dapat lihat pada hari ini 2- kafir yang membunuh 3- syaitan yang sentiasa menyuruh kepada kejahatan 4- nafsu yang sentiasa melawan

Selangor kini sedang melaksanakan dasar sifar setinggan

Antara dasar kerajaan pimpinan Khir Toyo. Hari ini, kes perobohan kawasan penempatan penduduk Rimba Jaya menjadi saksi dan bukti kezaliman UMNO. Kalau ya pun nak membangunkan negeri Selangor, cubalah fikirkan cara yang sebaiknya. Sebuk nak mengejar pembangunan, rakyat pula dilupakan.

Mana perginya Wanita Umno yang berjanji untuk menolong kami. Hingga tiba hari ini, rumah kami dah dirobohkan batang hidung mereka pun tidak nampak

Demikian luahan Zainatun Dasuki dan Rusiah Rashid, mangsa perobohan rumah di Kampung Rimba Jaya, Shah Alam, semalam. Lebih menyayat hati lagi, anak kepada Rusiah Rashid sedang bergelut dengan penyakit jantung berlubang dan menghadapi masalah buah pinggang.

 

Tiada siapa pun yang mengambil tahu penyakit yang menimpa anak saya ini. Selain jantung berlubang, Nor Fatihah juga terpaksa menanggung beberapa penyakit lain

Dah kena pindah ni, makin sukar untuk saya ke HKL untuk mendapatkan rawatan Nor Fatihah. Kami pun tidak tahu di mana kami hendak tinggal

Jelas Rusiah, sambil menyekat air mata yang berlenangan.

Nyah ! tiada apa lagi yang perlu dijelaskan. Tragedi ini perlu dijadikan pengajaran khususnya bagi umat Islam khususnya, dan bagi semua kaum ammnya.

Masih Tidak Zalimkah Itu ?

 

 Imbasan Tragedi Kampung Berembang

Untuk melihat gambar peristiwa pengepungan yang dibuat oleh pegawai JAIS dan polis di Surau ar-Rafiq sila klik –>>

Untuk rujukan, sila klik  –>> tentang zalim

Untuk maklumat terperinci, sila klik –>> tentang tragedi perobohan penempatan penduduk Rimba Jaya

Untuk imbas kembali, sila klik –>> tentang tragedi perobohan Surau Kampung Berembang

6 Responses to “Tragedi Rimba Jaya : Tidak Zalimkah Itu ?”


  1. 1 nuriman November 4, 2007 at 10:41 am

    Assalamualaikum..memang teramat zalim…kenapa babi di melaka dan kuil hindu takut di musnahkan?tetapi bila melibatkan hak org islam..hisss tak tau nak cakaplah kesian depa..

  2. 2 Life Of Aku November 4, 2007 at 9:41 pm

    waalaikumussalam : sebab kalau mereka tak jaga semua ni, makin bertambah kuranglah sokongan rakyat kepada kerajaan barisan … wallah a’lam … saya tertarik bila menonton satu persidangan dewan undangan negeri di terengganu, seorang wakil pembangkang menyifatkan dalam satu peristiwa, beliau mengatakan umno ni lebih teruk dari yahudi, sebabnya ? kerana yahudi ni dahlah duduk di tanah haram, lepas tu dia nak halau rakyat palestin dari negara sendiri. Itu yahudi. Jadi apa yang berlaku pada hari ini, org islam tindas org islam … apa kita nak kata ? wallah a’lam … dalam peristiwa-peristiwa begini kita sebagai umat islam perlu ambil iktibar dari apa yang berlaku, jangan jadi orang yang tidak ambil tahu lansung hal-hal luar,ummah dan yang seumpama dengannya. waktu ini lah kita nak laksanakan tuntutan kita sebagai umat Islam yang menuntut menjaga dan mempertahankan saudara seislam apabila ditindas, bukan membiarkan saja, lalu berkata “ah, biarlah, bukan kita yang kena pun” lebih teruk lagi, ” hah! padan muka depa” nauzubillah min zalik …. wallah a’lam

  3. 5 Teknosains November 12, 2007 at 2:31 pm

    Salaam alaikum w.b.t. Sememangnya tidak patut diperbuat begitu, apatah lagi sesama Islam. Yahudi sama yahudi tolong menolong, bantu membantu, kasihan mengasihani, mengapa kita sesama Islam suka khianat, busuk hati, menzalimi sesama sendiri?

    Semoga kita semua mendapat hidayah Allah, dan menjadi manusia yang berperikemanusiaan dan mempunyai hati dan akhlaq yang mulia, aamiiiin.

    Baarokallahu lakum 🙂

  4. 6 Hikmatun November 12, 2007 at 2:33 pm

    Salaam alaikum w.b.t… Tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian, wallahu a’lam 🙂 ma’assalamah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: