Manusia Dan Tabiat (1)

Gambar sekadar hiasan

Dahulu (seawal sesi pembukaan sekolah bermula)

Hai !!! mana lah student-student aku ni, berapa kerat je yang datang. Kang kalau tak lulus exam, nanti mak bapak salahkan cikgu pulak

Keluh Cikgu Rahman melihat nasib anak-anak didiknya yang sentiasa ponteng kelas. Namun baginya, kes pelajar ponteng ni sudah menjadi kebiasaan walaupun tindakan telah diambil terhadap pelajar-pelajar berkenaan.

3 Bulan Kemudian

Baiklah kelas, hari ini cikgu ada pengumuman, mulai esok sekolah akan menguatkuasakan satu peraturan baru berkenaan dengan kehadiran kamu semua ke sekolah yang telah kami putuskan dalam mesyuarat guru-guru beberapa hari yang lepas

Jerit Cikgu Rahman dengan nada yang begitu tinggi dan mengerikan. Semangat sungguh Cikgu Rahmana pada hari itu.

Ishh, peraturan apa pulak cikgu ?

Roy bertanya sambil mengerutkan dahinya, sambil pelik dengan personaliti cikgunya pada hari tu. Kalau sebelum ni Cikgu Rahman seorang yang lemah lembut, tapi hari itu, beliau nampak lebih bertenaga dan garang.

Mulai esok, catatan kehadiran kamu semua akan dicatit, tapi tak sama macam dulu, kita buat sistem kredit, dan barangsiapa yang didapati tidak dapat menghadiri kelas sebanyak 80% kehadiran, maka pelajar tersebut tidak dibenarkan untuk menduduki pepereksiaan akhir tahun, sekaligus anda terpaksa mengulang kelas yang sama pada tahun hadapan

Terang Cikgu Rahman dengan panjang lebar sambil memegang kertas kecil yang dipenuhi dengan nota-notanya.

Keesokan Harinya

Roy ada ?

Tanya Cikgu Rahman kepada anak muridnya tentang kehadiran sambil menanda buku kedatangan.

Ada cikgu

Jawab Roy dengan bangganya, walhal jika nak dibandingkan ‘ketidakhadiran’ nya dengan kehadirannya ke kelas, maka lebih banyak tidak hadir

Pendek kata semuanya ada di dalam kelas pada hari itu dan berterusa sehingga ke akhir tahun . Satu perubahan positif yang berlaku semenjak peraturan baru dikuatkuasakan.

Jika kita renungkan kisah tersebut, ada dua kemungkinan :

1- kita pernah mengalami sendiri situasi tersebut

2- jika tidak, kita pernah mendengar atau melihat situasi tersebut dan yang pasti, ia pernah terjadi

Fokusnya :

What the meaning is ? Just stories or …. ? Saya serahkan kepada anda terlebih dahulu, kerana anda lebih mengetahui , Sekian

7 Responses to “Manusia Dan Tabiat (1)”


  1. 1 shakirah November 2, 2007 at 12:43 am

    Salam to blog owner.. Salam kenal n salam lebaran… Sy pernah mengalami mase 1st year kt U..hehehe.. Tersindir gak bace nih…Anyway, keep bloging..

  2. 2 bosz November 2, 2007 at 2:01 am

    hmmm…memang berlaku sekarang kat maahad…tapi semua ade baik nya..ade hikmah tuuu

  3. 3 anis November 2, 2007 at 2:12 am

    kalau kat sekolah nak buat macam ni..maknanya kita tak tanamkan kecintaan pada ilmu tu sepenuhnya..
    ni faktor mak ayah
    macam mana mak ayah mendidik
    performance mak ayah memang bagi kesan nak membentuk anak-anak
    kat uni sendiri pun ramai yang hanya tandatangan & belum pun separuh kelas, dah ada yang keluar..

  4. 4 diya November 2, 2007 at 3:24 am

    owh.. 80% kehadiran untuk menduduki peperiksaan? Sama dengan sistem di university. Bagus juga sistem begini…sekurang-kurangnya student tak akan ponteng tanpa sebab. cuma kalau di universiti..sesetengah pelajar akan minta tolong kawan-kawan sign attendan utknya.

  5. 5 Life Of AKU The Episode November 2, 2007 at 2:27 pm

    salam :

    persoalannya: bagaimana jika tiada ?

  6. 6 Life Of Aku November 3, 2007 at 8:35 pm

    betul tu … apa-pun saya menantikan lagi respon daipada kalian sebelum saya memberikan respon dalam

    manusia dan tabiat (2)


  1. 1 Manusia Dan Tabiat (2) « Life Of AKU Jejak balik bagi November 17, 2007 at 12:58 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: