Kisah Benar : Sejenak Menjelang Pilihanraya

Malam itu, sungguh sayu. Kedengaran suara milik sekujur tubuh berbadan gempal berada di hadapan ku sedang menyampaikan ceramahnya sebagai persediaan menghadapi peperangan (pilihanraya) yang bakal menjelang tak lama lagi. Di samping ku, pakcik-pakcik tua, sedikit orang muda dan kanak-kanak kecil. Meremang bula roma aku bila mendengar pekikan suaranya yang begitu lantang. Aku terfikir, apa reaksi orang yang mendengarnya ? Orang kampung. Iya !, aku juga orang kampung dan aku kenal siapa diri aku dan yang berada di sekitar ku. Sedikit terkebelakang dari orang-orang bandar. Maksud ku, banyak benda yang kami tidak ketahui. Baru-baru ni aku sempat menghubungi pak cik ku, saja aku menceritakan keadaan ku di sini, sambil ku bertanya khabar bagaimana orang di kampung.

Kat sini hambar je, orang kampung tak tahu apa-apa, maklumat tak sampai, Paman ingat nak pasang internet, Cik Simah ada lap top

Keluh pak cik ku yang lebih kurang maksudnya begitu. Mungkin itulah gambaran kehidupan orang kampung. Namun ku yakin tidak semuanya begitu. Berbalik kepada cerita ku tadi. Sedang kami khusyuk mendengar ceramah pada malam itu, tiba-tiba

preng – preng, ngeeeeet, huuuuuu, huuuuu, broomm-broomm

Kami hilang tumpuan. Terkejut sungguh bila melihat ramainya anak-anak muda segerombolan sedang melalui jalan di hadapan tempat kami berkumpul. Ada yang menunggang motosikal, ada juga yang menaiki kereta. Kami rasa kami kenal siapa mereka. Biadab sungguh perlakuan mereka. Aku yakin, bersama gerombolan itu, pasti ada teman-teman sekampung ku. “Ermmm…” tak hairan.

Waktu itu, suara pak cik yang berucap semakin lantang. Degupan jantung ku semakin laju lantas sayup sungguh ku rasakan. Aku yakin, perasaan yang sama juga dirasai oleh orang lain. Kami tahu, budak-budak itu sengaja ingin menganggu majlis dan ingin menyakitkan hati kami. Tidak ada rasa hormat lansung. Bayangkan, kebanyakan orang yang berada di sekitar majlis tersebut adalah dikalangan orang yang sudah berumur. Bila aku fikir kembali, mana anak-anak muda ? Iya, mereka sedang menyalak seperti anjing. Membawa kenderaan ke sekeliling kampung mengiringi pemimpin pujaan hati mereka.

Salah siapa ? fikirlah sendiri. Mereka ditarbiyah dengan duit dan dijanjikan dengan keseronokan. Aku yang seorangan ini, kadang-kadang malu. Malu jika dipandang sinis oleh kawan-kawan sekampung kerana tidak bersama mereka. Aku bukan hendak menyatakan yang aku ini bagus dan baik, aku juga manusia biasa. Cuma aku yakin, aku berada di tempat yang benar. Kalau aku salah, ada orang yang perbetulkan. Malam itu aku sungguh pilu. Perjuangan Islam dipandang sinis, di ejek-ejek.

Itulah tarbiyah ‘mereka’ dan inilah tarbiyah ‘kami’

Bila disingkap kembali, teringat pula kisah ‘abah’ aku yang menyedihkan . Iya, malam yang membuatkan aku rasa kasihan terhadapnya. Selepas siap semuanya, dia pun membawa bendera-bendera itu, untuk di pasang di tiang-tiang elektrik sepanjang jalan. Selesai saja memasangnya, ‘abah’ pun kembali semula ke dewan. Tiba-tiba, “assalamualaikum” …. ohh ada orang datang rupanya. ” Siapa yang pasang bendera kat tiang-tiang tu ?” tanya orang yang baru datang itu. ‘Abah’ aku mengaku. Lalu orang tu pun menyuruh ‘abah’ ku mencabut kembali bendera-bendera yang telah dipasang tadi dengan sombongnya. Huh ! itu yang aku sedih tu. Kalau suruh cara baik-baik, mungkin boleh terima lagi, tapi sebaliknya. ‘Abah’ ku tanpa banyak bicara melangkahkan kakinya meninggalkan dewan. Seingat aku, aku menemankannya untuk membuka kembali bendera yang diikat di tiang-tiang sepanjang jalan.

‘Abah’ ku hanya seorang tukang kebun sekolah. Dia pernah bercerita, sewaktu di sekolah ada orang cakap-cakap belakang yang ‘abah’ ku itu seorang yang suka menghasut cikgu-cikgu. Apa alasannya ? menghantar anak-anak cikgu ke sekolah ‘PASTI’ atau nama panjangnya, Pusat Asuhan Tunas Islam. Berat sungguh tuduhan itu. Fikir ku, apa sekolah itu sekolah yang mengajar anak-anak kecil menyanyi lagu Siti ke ? atau lebih dasyat lagi mengasuh anak-anak kecil melakukan maksiat ?

anak nabi ada tujuh orang semuanya … da ! da ! da ! da !

adik aku sering melagukan lagu itu. Aku pun tak hafal. Begitulah *’tarbiyah’ yang diterima oleh nya di sekolah itu. Yang pasti, tuduhan itu sungguh menyakitkan hati. Selepas daripada itu, ‘abah’ ku bertukar ke tempat lain. Salah satu sebab ‘abah’ ku berpindah adalah kerana tuduhan itu, dan tidak mahu banyak bunyi. Hari ini, ‘abah’ ku masih menabur bakti dan meneruskan kariernya seperti dahulu namun di tempat yang berlainan.

Sabarlah ye ‘abah’

Di fikiranku, sebenarnya apa yang mereka nak ? Kalau nak kepada Islam, sepatutnya tindakan bapa aku menghantar anak-anak cikgu ke sekolah sudah semestinya diberi pujian. Itu baru menghantar, bapa ku pun tak pernah menghasut apatah lagi memaksa cikgu-cikgu sekolah supaya dihantar anak-anak mereka ke sekolah ‘PASTI’. Tetapi mereka bersikap sebaliknya.

Sebenarnya apa yang ‘mereka’ nak ? Ada sesiapa boleh berikan jawapan

11 Respon to “Kisah Benar : Sejenak Menjelang Pilihanraya”


  1. 1 diya Oktober 30, 2007 at 8:56 am

    apa yg mereka nak?

    Kenapa ya, masyarakat Melayu sering bermusuh-musuhan sesama sendiri? Sering menjatuh-jatuhkan antara satu sama lain? Saling mendengki antara satu sama lain?

    Kadang-kadang tertanya-tanya. Tak bolehkan satu pilihanraya itu berlaku secara aman.. tanpa ada tuduh menuduh antara satu sama lain? Terfikir nanti.. bila tanggungjawab mengundi di pundak kita. Bagaimana agaknya ya?

  2. 2 Life Of AKU The Episode Oktober 30, 2007 at 9:08 am

    melayu bermusuhan bagi saya masih boleh dipertimbangkan, sebab melayu kini belum tentu melayu islam, tapi bila islam sesama islam itu yang membimbangkan, tapi persoalannya di sini, salah siapa ? siapa benar, siapa salah ? adakah disebabkan keegoan yang ada pada diri menjadi penghalang untuk kita menerima kebenaran ? jika begitu, kembalilah, atau kita akan tergolong dikalangan orang-orang yang malang

  3. 3 diya Oktober 30, 2007 at 11:51 am

    tertarik saya dengan frasa melayu itu belum tentu islam… Justeru pada yang berketurunan melayu dan bukan berugama Islam justeru hak ke’bangsa’annya itu seharusnya ditarik balik.

    Kerana menurut perlembagaan, MELAYU itu didefinasikan sebagai seorang yang berketurunan MELAYU, bertutur dalam bahasa MELAYU,mengamalkan adat istiadat MELAYU dan beragama ISLAM.

    Tapi sekarang ini seperti yg saudara katakan, MELAYU ITU BELUM TENTU LAGI ISLAM. CUMA PERLEMBAGAAN KITA MENDEFINASIKAN MELAYU SEBAGAI ISLAM.

    Saya setuju dengan “KEGOAN PADA DIRI YG MENJADI PENGHALANG PADA KITA MENGAKU KEKHILAFAN DIRI”.

    Lumrah manusia sukar mengakui kesalahan diri tapi nampak kesalahan orang.

  4. 4 Life Of AKU The Episode Oktober 30, 2007 at 10:43 pm

    betul tu diya : oleh sebab keegoan, kita lihat bagaimana iblis laknatullah, dan disebabkan keegoan itulah makhlus bernama iblis menjadi penghuni setia neraka Allah swt. Manusia dan iblis tidak ada bezanya. Yang membezakan diantara keduanya ialah taqwa.

  5. 5 jowopinter Oktober 31, 2007 at 3:10 am

    Salam,

    Sejak dari zaman jahiliah lagi, usaha untuk ‘menghidupkan’ Islam sentiasa ditentang, kiri dan kanan, atas dan bawah, tak kiralah dari segi apapun. Kalau dulu secara langsung dari orang kafir, sekarang secara tak langsung dari umat Islam sendiri.

    Masalah di negara kita adalah mentaliti dan pemikiran SESETENGAH manusia yang minda mereka terlalu berpaksikan politik kepartian dan terlalu mengongkong minda menurut pemikiran golongan yang dominan. Di negara kita golongan berfikiran demikian – pengikut dominan, maksud saya – lebih kepada kepentingan diri sendiri dan tidak keterlaluan kalau saya katakan berfikiran sekular.

  6. 6 biskutz Oktober 31, 2007 at 9:59 am

    apa yang mereka nak? mereka nak hiburan yang melalaikan..
    apa yang mereka nak? mereka nak kehidupan yang lebih duniawi..
    apa yang mereka nak? mereka nak pendidikan yang lebih sekular..
    apa yang mereka nak? mereka nak cara islam hadhari sebab tu mereka tak pernah puas hati..

    Itu hanyalah pandangan peribadi dari saya sahaja.. uhuhuhu..
    Nak mengata lebih2.. Saya masih mentah lagi..

    preng – preng, ngeeeeet, huuuuuu, huuuuu, broomm-broomm

    kalo bunyi kat atas tu.. tempat saya ni dah jarang nak dengar bunyi yang asli tu.. sekarang remaja-remaji terutama lelaki di kampung saya ni lebih advance.. bunyi siren polis dah jadi bunyi motorsikal.. Hai.. macam2.. menukar hukum kenderaan betul.. huhuhu.. (“,)

  7. 7 UncleJ Oktober 31, 2007 at 1:24 pm

    salam..lama dah saya tak singgah disini..sibuk beraya..hehehe

    bagus entry ni…mmg selalunya dekat pilihanraya org kita mula berbalah..tak tahu mengapa..mungkin hanya disebabkan perbezaan politik mereka jadi begitu? walhal jika kita kembali kepada islam dan memahami kehendak ugama terhadap politik mungkin perkara itu tidak berlaku..

    bg saya yg paling penting bg public adalah maklumat…tp malangya maklumat yg diterima oleh public adalah terlalu berat sebelah. Mungkin ada maklumat yg tidak berat sebelah spt internet dll, tetapi berapa peratus shj dr msykt negara ini yg boleh mengakses kpd maklumat itu?

    selagi public tidak didedahkan dgn sumber maklumat yg adil dan tidak berat sebelah, selagi itu lah pemerintah skrg akan terus berkuasa.Maklumat yg benar dan adil membolehkan public membuat pihan yg tepat…Fikir2kan lah…

  8. 8 Life Of Aku Oktober 31, 2007 at 3:08 pm

    macam mana nak buat ya ? perlukah setiap sebuah rumah memiliki perkhidmatan internet ?

    persoalannyam di mana peranan kerajaan ? sepatutnya dengan menggunakan medium yg telah sedia ada seperti setesyen television sudah memadai untuk rakyat seperti kita mengetahui segala informasi terkini dari pelbagai pihak… tapi apa yang terjadi adalah sebaliknya.

    Mengapa ? sudah tentu ada motif disebaliknya … dan yg pasti sepertimana yg uncle jeff perkatakan itu, mereka berat sebelah

    saya ulangi dengan klausa yg lain ” mereka tidak adik”

    saya jelaskan dengan klausa yg jarang digunakan bahawa ‘mereka ini adalah zalim’

  9. 9 acciaccatura November 26, 2007 at 2:35 am

    assalamualaikum,
    saya macam kenal mereka ni. mereka anggap Islam pada kita ni macam mundur. sebenarnya kalau anda menilai mereka, anda akan kasihan kerana mereka tu umpama dunia tidak, akhirat pun tidak. tapi susah betul untuk mengingati mereka yang sudah dalam kegelapan ni. inshaAllah, semoga mata hati mereka celik kembali. terima kasih kerana sudi mengunjung.


  1. 1 Bila Anjing Mula Menggonggong « Life Of AKU Jejak balik bagi November 24, 2007 at 6:41 pm

Tinggalkan Jawapan kepada Life Of AKU The Episode Batal balasan




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 114,264 Pengunjung