Warkah Aidilfitri

“Maafkan *kita sebab tak dapat balik raya, 3 tahun bukanlah lama … berikan *kita sedikit masa untuk mempersiapkan diri “

Itulah antara ucapan raya yang saya tujukan buat keluarga saya. Saya tak tahu bagaimana perasaan mereka. Yang pasti, mereka mengharapkan anaknya dapat pulang beraya. Dalam masa yang sama, anaknya juga berharap dapat duduk lama lagi diperantauan. Derhaka kah itu .. terserahlah anda.

Demi masa. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman, beramal soleh dan orang-orang yang berpesan kepada kebenaran dan kesabaran Surah al-Asr 1-3

Dikala ini, barulah saya rasa betapa pentingnya masa. Setibanya saya di bumi anbiya’ ini, antara perkara yang mula-mula terdetik dihati ini ialah

“bila agaknya nak habis ni, 3 tahun lama tu “

Hari ini, bila dah sampai waktunya. Lain pula jadinya. Pengajian yang saya duduki selama 3 tahun telah pun tamat.

Seketika teringat kembali :

“kita mesti mempastikan yang bila kita pulang ke tanah air nanti, kita bukan sahaja mengajar , akan tetapi kita juga mesti memberi peringatan “

Dua tanggungjawab yang disebut oleh seorang ustaz di dalam ceramahnya. Iya ! mengajar dan memberi peringatan sesuatu yang berbeza. Saya sendiri pun tidak pasti apa perbezaannya. Namun saya yakin ia memang ada perbezaannya.

” kalau boleh nak duduk lama lagi ” ….

Itulah hajat saya dan saya tahu untuk ‘itu’ belum pasti menjadi realiti. Banyak perkara yang perlu difikirkan. saya cemburu dengan rakan-rakan yang telah pulang ke tanah air, sudah tentu ketupat dan rendang menjadi menu utama yang akan mereka jamah. Siapa yang tidak seronok memakai baju baru, melihat adik-adik bermain meriam …. yang mengingatkan kembali memori-memori berhari raya sewaktu kecil dahulu … anak sulung yang kebudak-budakan, itulah saya ….

Berani yang penakutkah saya ?

Mungkin ada benarnya. 3 tahun telah berlalu masih belum benar-benar memuaskan hati saya bahkan saya rasa kecewa. Sudah tersadong batu baru nak sedar. Itulah manusia. Orang selalu sebut, sampai mati, ilmu yang kita cari takkan pernah ada kesudahannya. Begitu banyaknya ilmu Allah di muka bumi ini. Tapi bagaimana kalau kita tidak mencarinya/ Itu tanggungjawab kita yang perlu kita tunaikan. Menuntut ilmu itu adalah wajib. Sudah berilmu, terpundak satu lagi bebanan keatas kita iaitu mengamalkannya. ilmu dan amal, tidak cukup setakat itu bahkan kita wajib menyampaikannya. Rasulullah s.a.w bersabda

“Sampaikanlah dari ku walau satu ayat “

Bagaiamana jikalau banyak ?  Maka apatah lagi . Saya tahu setakat mana tahap keilmuan yang saya miliki. Sampai bila ? jawapannya sampai bila-bila. Habis tu takkan nak duduk di Mesir sampai bila-bila ? sudah tentu tidak. Cuma saya perlukan sedikit masa. Orang kata, berjuanglah hingga ke darah titisan yang terakhir. Mungkin tak ke mana atau tak seberapa yang akan saya perolehi dengan masa yang begitu singkat, tapi itulah pegangan saya. Masih diberi peluang untuk semua ‘itu’, mengapa hendak dibiarkan sahaja ?

Salahkah saya ?

Masing-masing ada pendirian dan pendapat yang tersendiri. Kita semua ada tanggungjawab.

1-tanggungjawab terhadap agama

2-tanggungjawab terhadap keluarga

3-tanggungjawab terhadap masyarakat

4-tanggungjawab terhadap diri sendiri

5-tanggungjawab terhadap negara dan banyak lagi

Kita dapat lihat apa yang terjadi pada hari ini, yakinkah kita jika seseorang itu mempunyai kesedaran dalam agama, adakah keluarga dan masyarakat yang ada disekitar kita juga mempunyai kesedaran seperti kita ?  Barangkali tidak. Maka apakah tindakan kita ? Allah berfirman jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka. Sebab itulah kita perlu bersedia dari segenap sudut. Dan peluang yang ada inilah, saya rasa inilah jawapan yang akan saya berikan kepada ‘mereka’ yang bertanya. Berada di bumi yang pernah dihuni oleh para Nabi dan ulama’ . Saya tahu saya takkan dapat peluang sebegini lagi bila pulang ke tanah air nanti. Lain tempat lain padangnya. Saya mengharapkan doa dari semua agar saya thabat (tetap) berada di jalan Nya yang benar.

Walaubagaimanapun, bayangan ketupat, lemang, kueh raya dan bermacam-macam lagi hidangan termasyhur hari raya masih tak dapat saya lupakan. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan ‘mereka’ di sana. SMS yang saya terima daripada adik saya, menceritakan tentang adik bongsu saya yang

hampir menitiskan air mata selepas menerima jam Mickey Mouse yang saya kirim atas permintaannya. Masih kanak-kanakkah dia ?  Setahu saya, dia masih dengan botol kesayangannya dan kain lampin ’empengnye’.tiga tahun ada kalanya lama, adakalanya juga seketika macam-macam yang terjadi. Apa yang pasti, ramadhan dan aidilfitri tahun ini, saya sambutnya jauh dari tempat sendiri.

Apa kata ‘mereka’ ?

Kawan-kawan sering bertanya mengapa saya tak balik  ?  Mereka juga sering menyakat saya. Mak saya pula, suka memperdengarkan ayat-ayatnya yang buat saya rasa bersalah. Kerinduannya jelas terserlah. Jawapan dah diberi. Mungkin susah untuk diterima, namun saya yakin mereka merestui ke’tidak pulangan’ saya . Saya dah jelaskan perkara yang sebenarnya. Berat tapi apa boleh buat. Bagi saya, saya perlu berkorban, dan bagi mereka pula, terpaksa merelakan. Perjuangan harus diteruskan. Cabaran sedang menanti. Ilmu pula takkan datang menghampiri bahkan kitalah yang perlu mencari. Justeru, syukur ku ucapkan kehadrat ilahi kerana mempunyai ayah dan ibu yang memahami. Ampun dan maaf ku pinta kepada kalian kerana banyak menyusahkan dan menghabiskan wang kalian.

Jadi apa masalahnya ?

Tak ada apa-apa masalah. Sekadar hanya coretan aidilfitri yang boleh dikongsi. Dah lama rasanya tak berkongsi cerita. Sedih dan pilu, tetap dirasa. Namun, saya tahu ada pengubatnya, jikalau aidilfitri ini saya tidak meraikannya bersama keluarga, aidiladha masih ada, dan andaikata saya tidak juga berpeluang untuk meraikannya bersama keluarga, pilihanraya umum  masih ada.

 

Untuk itu, saya ingin mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri mohon maaf ahir dan batin khususnya kepada

1-Keluarga saya serta saudara mara

2-Sahabat seperjuangan di ardhil kinanah,

3-Sahabat-sahababt yang pernah bersama sewaktu di MARTAH

3-Ustaz-ustaz, sheikh-sheikh yang pernah mengajar saya,

4-Pengunjung blog yang tidak seberapa ini,

5- Uncle J, Uncle ks,  Cinta Abadi, Kak Jie, Akhi Ukhti ana2alfath, Diya, Jeff, Dharajuku, Sis Nuriman, Senjahati, akhi al-kurauwi, Isteri, Bayan, Suefami, aliman weblog  dan semualah, maafkan saya kerana tak dapat sebut semuanya.

Seterusnya saya tujukan ucapan aidilfitri ini kepada pejuang-pejuang agama Allah yang tabah menghadapi cabaran di dalam usaha untuk memartabatkan Islam khususnya di bumi Malaysia. Ingatlah, kita bukan orang yang memulakan perjuangan dan buka juga orang yang mengakhiri perjuangan, akan tetapi kita adalah penyambung kepada perjuangan orang-orang terdahulu. Islam itu ibarat putaran roda. Adakalanya di bawah dan adakalanya di atas. Maka kita mestilah bersamanya walau di bahagian mana ia berada. Mudah-mudahan amalan kita diterima.

Untuk akhirnya sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada semua, terutamanya yang mengunjungi blog ini dan membaca segala apa yang saya paparkan, sekiranya ada kesilapan dan keterkasaran di dalam menyampaikan sesuatu harap dimaafkan, dan sekiranya ada kesilapan mintalah diperbetulkan. Salam aidilfitri buat semua. Kullu ‘am wa antum bikhair….

*kita adalah bahasa yang saya gunakan bila berbicara dengan ibu dan ayah saya

*empeng bermaksud barang yang menjadi kesayangan seseorang contohnya bantal busuk

8 Responses to “Warkah Aidilfitri”


  1. 1 ana alFath Oktober 10, 2007 at 5:04 pm

    SYAHADATUL HAQ = ‘never ending mission’…

    correction :
    akhi ana2alfath = ukhti ana2alfath
    (maaf, sbb x pernah nk gtau…huhu..)

    moga2 tarbiyah yg kita jalani dlm masa sebulan ni bisa menguatkan kita di jalanNya…

    SYAHADATUL HAQ = ‘never ending mission’…because we are MUTAHARRIK!!!

  2. 2 Life Of AKU The Episode Oktober 10, 2007 at 6:40 pm

    Buat ana aalfath : maaf ya, blog freindster ana alfath saya tak dapat buka .. dah banyak kali saya cuba, apa pun, terima kasih diucapkan …

  3. 3 nuriman Oktober 10, 2007 at 11:53 pm

    Salam aidilfitri..jangan sedih-sedih…insyaallah panjang umur murah rezeki boleh balik beraya di kampung…akhirnya salam kemaafan dari akak dan famili…manalah tahu kalau sepanjang akak singgah di blog anta ini ada tersalah komen…salam ukhuwah islamiah…

  4. 4 Life Of AKU The Episode Oktober 11, 2007 at 1:38 am

    salam aidilfitri buak sis nuriman, insyaAllah biasa ja, dah ada pengalaman … maaf diterima..terima kasih atas kesudian menjengok blog saya ni, sampaikan salam saya pada semua, maaf zahir batin juga

  5. 5 azhad Oktober 11, 2007 at 2:54 pm

    Salam Aidil Fitri……..

  6. 6 [ cintabadi ] Oktober 12, 2007 at 7:43 pm

    Salam Aidilfitri, Maaf zahir batin..
    Walau apapun keputusan yang engkau ambil , moga ianya terbaik untukmu..
    Semoga terus kuat dan berjaya di bumi Allah..kutiplah sebanyak mana ilmu untuk di bawa sebagai bekalan kelak .
    Semoga berbahagia di dunia dan di akhirat..
    Salam perjuangan buatmu di sana =))

  7. 7 jeff Oktober 16, 2007 at 1:28 am

    tunaikan tanggungjawab hidup ini selagi belum mati.

    salam aidil fitri.

  8. 8 Life Of AKU The Episode Oktober 16, 2007 at 12:20 pm

    azhad, jeff, dan CA : Salam aidilfitri … terima kasih atas ucapan dan nasihat kalian …. syukran ..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: