Salah Yang Kalah

“Ya Allah, mudahkanlah urusan dan berikanlah kemenangan untuk mereka yang ingin memperjuangkan Islam (khasnya di UIA), Ikhlaskan hati mereka, Tepatkan gerak kerja mereka, Berikan mereka kefahaman dan kekuatan untuk tegakkan al-Qur’an dan as-Sunnah, Ampunkan dosa mereka… Amin Ya Rabbal ‘Alamiin” – Abd. Razak  Harapan Online

Alhamdulillah, Allah telah pun memperkenankan doa tersebut.  Sebagai umat Islam yang inginkan Islam itu tertegak di muka bumi khususnya di tanah air kita Malaysia, seharusnya kita bersyukur dengan kemenangan pilihanraya kampus di UIA yang berpihak kepada pro mahasiswa. Bagi saya ia adalah satu kemenangan yang besar bagi kita semua. Sebelum ni sempat membelek dan menjengok beberapa laman informasi yang menghidangkan kisah-kisah kebiadaban puak-puak Aspirasi di kampus-kampus, membuatkan saya benci dan semakin terus membenci mereka. Mereka sebenarnya bacul dan pengecut. Apa yang mereka mahu ? maka sudahlah tentu habuan dunia yang mereka cari dan impi-impikan. Inilah manusia bila hatinya sudah terikat dengan dunia. Allah entah di mana, Islam di amalkan di waktu-waktu tertentu sahaja. Namun, bagaimana pula dengan nasib kampus-kampus yang lain ? di UM, USM, UPM dan yang lain-lain ? Sememangnya mereka dah melampau. Aspirasi telah menggunakan kekerasan bagi memenuhi kehendak nafsu buas mereka. Bodoh yang sememangnya dibodohkan. Sedarlah wahai manusia sebelum kita semua disedarkan.

Tak habis cerita pilihanraya kampus ni, ada pula cerita lain yang menggelikan hati lagi menyakitkan hati. Sebagai anak jati selangor, saya juga mempunyai tanggungjawab untuk menjadikan bumi selangor ini bebas dari segala macam ancaman dan anasir-anasir jahat musuh Islam. Bukan saya, tapi kita semua. JAIS yang apakah itu ? JAIS jabatan agama Islam yang Islam atau jabatan agama islam yang dot dot dot … berhasrat menangkap seorang penceramah yang memberikan ceramah di sebuah Surau ar-Raafiq. JAIS yang butakah itu ? tapi memang buta pun. Sebab hasrat mereka untuk menangkap penceramah tersebut tidak kesampaian. Apa yang mereka nampak ? benarlah janji-janji Allah, pertolongan Allah pasti berpihak kepada tentera-tenteranya yang benar. Jika disingkap kembali sirah Rasulullah, tentang bagaimana orang kafir yang cuba nak membunuh nabi, walau berbagai cubaaan yang dilakukan, namun gagal. Mata mereka dibutakan dan ditidurkan. Saya bukan nak menyamakan mereka dengan orang kafir, tetapi pertolongan Allah itulah yang saya hendak nyatakan mudah-mudahan kita juga mendapat pertolongan Allah, dan sememangnya orang yang zalim, jahat, dan penipu amatlah jauh dari pertolonganNya.

“maafkan aku wahai JAIS” kerana disebabkan barua-barua tersebut, nama mu disebut untuk dibenci. “maafkan aku wahai pekerja-pekerja JAIS yang tak telibat” disebabkan mereka, tempiasnya pun kalian terima. Nyah ! takkan nak berdiam diri. Takkan takut dipecat dan dipotong gaji ? Rezeki bukan datang dari manusia, rezeki datang dari Allah. Sedarlah wahai barua-barua sekalian.

4 Responses to “Salah Yang Kalah”


  1. 1 shams Oktober 3, 2007 at 8:45 am

    Alhamdulillah ptg smlm, sham trima berita ni masa kt opis..bsyukur sgt..tp ade pkara yg bermain di kepala ni mcm mane dgn PRU Ya Allah mudahkanlah jalan ini..

  2. 2 jeff Oktober 5, 2007 at 3:24 am

    wah ayat terakhir tu marah betul bunyi nya. bersabar ya bro.

  3. 3 Life Of AKU The Episode Oktober 6, 2007 at 9:32 am

    Shams : harap-harap kemenangan berpihak kepada parti Allah

    jeff : bukan marah, tapi tegas🙂

    syukran atas nasihat tu jeff …


  1. 1 Salah Yang Kalah « ntbn.wordpress.com Jejak balik bagi Oktober 2, 2007 at 3:53 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: