Meneladani Sikap Juang Tentera Badar

Dunia hari ini berbeza dengan dunia yang lalu. Oleh sebab itulah, hari ini bila kita berbicara soal sejarah,belum tentu kita berminat untuk mendengarnya apatah lagi untuk menyelaminya. Lebih dahsyat lagi, bila sejarah Islam semakin dilupakan dari minda masyarakat kita hari ini. Buktinya, ada dikalangan pemimpin kerajaan yang memperkecilkan zaman-zaman kegemilangan Islam yang lampau, sehingga menyatakan pendapatnya bahawa kita tidak perlu lagi untuk menyingkap sejarah-sejarah orang terdahulu akan tetapi kita hendaklah mencipta sejarah yg baru.

Inilah dia contoh golongan orang-orang yang tidak mahu masyarakat mengetahui kebenaran. Maka, tidak hairanlah jika masyarakat hari ini lebih berminat meniru gaya-gaya dan tingkah laku orang barat yang telah lari daripada batasan syara’ .Mungkin itulah yang mereka mahu. Mereka takut sekiranya masyarakat celik sejarah. Mereka juga takut jika masyarakat faham Islam. Hasilnya, usaha-usaha segelintir manusia yang ingin bercerita tentang kebenaran Islam hari ini mendapat tentangan dan sekatan. Bibit-bibit penentangan terhadap Islam itu sendiri telah kelihatan walhal mereka juga terdiri dikalangan orang yang menganut agama Islam.

Kita juga harus ingat yang masyarakat pada hari ini banyak disajikan dengan hiburan yang akan membantu kepada kejatuhan Islam. Sejarah sendiri telah membuktikan di mana salah satu faktor kejatuhan kerajaan Abbasiah adalah disebabkan masyarakat pada hari itu hidup dalam keadaan yang banyak berhibur atau berada di satu alam yang boleh dikatakan sebagai alam hedonisme. Kalau itulah sebabnya, maka kita lihat hari ini, pihak tertentu sepatutnya mengurangkan atau menidakkan secara lansung bentuk bentuk hiburan yang melalaikan, akan tetapi ia adalah sebaliknya. Masyarakat hari ini banyak dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan yang bercanggah dengan syara’. Inilah ketidakadilan yang sedang berlaku .

Maka sampai bila ?. Jika kita boleh menceritakan sejarah-sejarah kemerdekaan tanah melayu, mengapa tidak pada sejarah-sejarah Islam dahulu ? Melihat Islam hari ini, sepatutnya kita sedih dan mempunyai kesederan untuk mengembalikan zaman kegelmilangan Islam yang telah tercipta suatu masa dahulu . Justeru, tidak boleh tidak kita mesti melahirkan generasi pejuang-pejuang Islam yang memiliki semangat juang sepertimana pejuang-pejuang Islam zaman dahulu. Dan diantara langkah-langkahnya adalah dengan kita menyingkap serta menyelami kembali sejarah-sejarah perjuangan umat Islam khususnya di zaman junjungan besar Nabi kita, Nabi muhammad S.A.W. Maka, peristiwa yang patut kita teladani adalah peristiwa perang badar yang mana bertepatan dengan kedatangan bulan ramadhan yang mencatat di dalamnya beberapa peristiwa penting termasuklah peristiwa perang badar itu sendiri.

Sedikit catatan perjalanan perang badar :

1- berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah

2- Tercetusnya peperangan adalah disebabkan silap faham kafilah dagang kaum musyrikin Makkah yang sedang kembali dari syam menuju Makkah di mana mereka telah melihat segerombolan rombongan orang madinah yang mendekati kafilahnya lalu pimpinan kafilah (Abu Sufyan) minta bantuan tentera dari Makkah lalu tercetusnya peperangan diantara umat Islam dengan kafir musyrik.

3- Peperangan tersebut merupakan peperangan kali pertama bagi umat Islam.

4- Tentera Islam menang dalam peperangan tersebut walau dengan kekuatan hanya 313 orang tentera berbanding kafir quraisy yang mempunyai kekuatan tentera seramai 1000 orang.

Di antara rahsia kemenangan umat Islam yang boleh kita contohi adalah semangat juang tentera-tenteranya. Kita boleh lihat bagaimana wakil dari golongan kaum ansor iaitu Sa’ad bin Mu’az ketikamana Nabi Muhammad S.A.W sedang bermesyuarat dengan sahabatnya di kalangan Ansor, lalu beliau bangkit menyatakan kesiapannya untuk diterjunkan lebih dahulu kemedan pertempuran lalu berkatalah ia :

Wahai Rasulullah, sungguh kami ini telah beriman kepadamu, telah seratus peratus meyakini agamamu dan telah mengakui kebenaran agama yang engkau bawa kepada kami. Kami telah bersumpah setia untuk melaksanakan semua yang telah kami janjikan kepadamu. Oleh kerana itu, segeralah laksanakan apa yang telah menjadi keputusanmu, ya Rasulullah, dan kami setia padamu. Demi Allah yang telah membangkitkanmu dengan membawa kebenaran, kalau engkau perintahkan kami untuk mengharungi lautan ini (perang), nescayalah kami harungi ia bersamamu. Tak seorang pun diantara kami ini yang menolak arahanmu dan tak seorang pun yang akan mundur dari medan perang, hari ini atau besok. Kami sanggup tabah menjalani peperangan ini dan telah siap sedia untuk shahid di dalamnya. Mudah-mudahan Allah S.W.T merestui apa-apa yang engkau percayakan kepada kami dan marilah berangkat bersama kami, dalam berkat Ilahi

Begitulah ucapan daripada bibir seorang pejuang Allah yang boleh kita jadikannya sebagai sumber untuk melahirkan semangat juang yang tinggi terutamanya bagi pejuang-pejuang agama Allah.Mungkin jika dilihat di Malaysia, apa yang berlaku tidaklah sampai ke tahap untuk kita mengangkat senjata terhadap musuh-musuh Islam. Namun begitu, sebenarnya apa yang kita hadapi juga ini, sebenarnya adalah peperangan dalam bentuk yang lain diantara umat Islam yang benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan Islam dengan musuh-musuh Islam sama ada orang kafir itu sendiri mahupun umat Islam yang menjadi barua kepada Islam. Inilah tanggungjawab kita yang mesti kita tunaikan. Hal ini sudah tentu berhajatkan kepada satu semangat juang yang tinggi dan di sini kita boleh ambil bebepara pengajaran berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Sa’ad bin Mu’az itu :

1- Sifat cintakan nabi : Hari ini, manusia lebih cintakan orang lain daripada nabi. Ulama’ ada berkata  

tanda orang yang bercinta adalah sanggup berkorban demi orang yang dicintainya

Persoalannya siapa yang lebih kita cintai ? Jika nabi, mengapa tidak mempertahankannya ketikamana baginda dicela dan dihina. Adakah semua umat Islam sensetif dengan senario yang berlaku hari ini ? Di malaysia, berapa ramai yang telah mengamalkan boikot barangan produk daripada musuh-musuh Islam ? KFC. Coca Cola, rokok, Mc. Donald dan banyak lagi masih menjadi kegemaran umat Islam di Malaysia.

2- Dengar dan taat : Hari ini manusia lebih suka untuk memberikan ketaatan kepada syaitan, hawa nafsu dan manusia serta pemimpin yang zalim. Sedangkan kewajipan untuk mentaati Rasulullah adalah mutlak berbanding manusia biasa kerana ketaatan terhadapnya bersifat sementara selagi mana dia tidak menyuruh berbuat kemungkaran.

3- Keyakinan yang tinggi : Hari ini manusia lebih yakin dengan janji manusia berbanding dengan janji Allah. Hasilnya, ada dikalangan kita yang sanggup menjual agamanya demi menjaga periuk nasinya. Hari ini manusia lebih sanggup berdiam diri menyembunyikan kebenaran daripada menghebohkannya kerana mereka lebih takut janji-janji kezaliman manusia daripada janji-janji azab Allah S.W.T.

Inilah antara sifat-sifat juang yang ada pada seorang tentera Allah yang benar-benar yakin dengan janji-janji Allah. Sehinggakan nabi sendiri pantas memberikan kata-kata semangat kepada seluruh tenteranya :

Demi Allah, yang nyawaku ini ditangannya, musuh-musuh kita sekarang akan menghadapi pahlawan-pahlawan yang sabar dan tangguh, serta akan memenangkan peperanagn. Jika satu diantaranya terbunuh maka Allah lah yang akan memasukkan ke syurga

Tak cukup itu, nabi juga telah berdoa setelah mana kembali ke khemahnya dengan ditemani oleh Abu Bakar sementara Sa’ad bin Mu’az mengawalnya dengan pedang terhunus lalu berdoa :

Ya Allah, aku nantikan janji-mu. Ya Allah jika pasukanku ini kalah, nescaya tidak ada lagi orang yang akan menyembah Mu di muka bumi ini
 
dan kemudian nabi pun menunaikan solat khauf dan sujud yang agak lama sehinggakan Abu Bakar mengingatkan Nabi :

Bangunlah, sebentar lagi Allah akan menunaikan janjinya kepadamu

Benarlah apa yang dijanjikan Allah. Mereka beroleh kemenangan dengan sebenar-benar kemenangan. Kita dapat lihat daripada sedikit perjalanan peristiwa perang badar ini, bagaiamana contoh dan teladan yang ditunjukkan oleh nabi muhammad s.a.w bersama tentera-tenteranya. Peperangan yang mereka hadapi bukanlah disebabkan mereka nakkan harta rampasan atau yang seumpama dengannya, akan tetapi peperangan yang mereka hadapi adalah peperangn diantara pertembungan aqidah. Tidak lain tidakl bukan tujuan mereka adalah untuk menegakkan kebenaran dan membuang segala macam bentuk penyekutuan yang berlaku terhadap Allah swt. Oleh sebab itulah, kita dapat lihat bagaimana mereka mementingkan kekuatan rohani, sepertimana yang ditunjukkan oleh nabi muhammad s.a.w dengan menunaikan solat khauf dan berdoa. Berbeza dengan pihak musuh, kita dapat lihat bagaimana mereka mengadakan pesta berhibur dan inilah yang kita dapat lihat pada hari ini. Hatta di Malaysia sendiri.

Mungkin kita tak nampak di mana peperangan itu ? akan tetapi mungkin kita boleh sifatkan peperangan di Malaysia adalah peperangan dalam bentuk pilihanraya. Dan ini jelas, pihak yang hanya memperjuangkan hak-hak satu-satu kaum contohnya kaum melayu, tetapi mengambil penting tentang agama, mereka mengadakan program-program maksiat berbeza dengan golongan pejuang-pejuang Allah yang ingin menegakkan syiar Islam, mereka mementingkan ibadat ritual disamping menjalankan tugastugas mereka yang berbentuk fizikal. Inilah sebenarnya kelebihan yang ada pada tentera-tentera Allah.

Oleh sebab itulah, pejuang-pejuang agama Allah yang ada pada hari ini, tidak boleh tidak mestilah mempersiapkan diri dengan segala kekuatan, baik dari segi rohani mahupun jasmani. Dan contoh yang terbaik adalah sepertimana yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah saw bersama para sahabat dalam peperangan badar. 

Mudah-mudahan dalam pilihanraya yang akan datang ini kemenangan berpihak kepada Islam bukannya Islam hadhari . Takbirr !!! Allahuakbar !!!

Life Of Aku

 

0 Responses to “Meneladani Sikap Juang Tentera Badar”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: