Bila Manusia Melawan Fitrah

Mendengar berita kematian adik Nurin Jazlin dibunuh dengan kejam, maka timbul satu pertanyaan, siapakah yang sanggup memperlakukan anak kecil tersebut dengan sedemikian rupa ? Manusia yang binatangkah itu ? Atau sudah tiada lagi istilah lain yang patut diberikan oleh manusia seperti itu ? Peristiwa tersebut harus dijadikan pengajaran buat kita semua. Dah banyak yang kita dengar, bukan pertama kali bahkan sudah berkali-kali kes seumpama ini terjadi. Kes orang tua dirogol, kes kanank-kanak didera, begitu juga dengan kes yang lain, rasuah dikalangan golongan ‘kolar putih’ dan bermacam-macam lagi telah berlaku sebelum ini.Dengan kelebihan akal yang diberikan kepada manusia, nampaknya ia masih tidak mampu membawa manusia sentiasa berada di jalan yang benar. Inilah realiti yang telah terjadi sejak dahulu lagi. Maka, bila membincangkan perkara yang berkait dengan realiti kehidupan manusia hari ini kita harus ingat sebenarnya kita banyak berdepan dengan cabaran, godaan, rintangan dan ujian. Inilah yang dikatakan ketetapan Allah swt.

Bagaimana semua ini boleh berlaku ?

Maka untuk menjawab persoalan ini, asas pertama yang perlu kita ketahui ialah mungkin kerana manusia itu sendiri telah melawan fitrahnya sebagai seorang manusia. Ini adalah perkara penting. Sebab itu bila manusia melawan fitrah asal usul kejadiannya maka dengan perbuatannya itu ia akan membawa kepada kemusnahan. Sedangkan Allah ada menyebutkan dalam kitabNya bahawa Allah telah menentukan fitrah manusia itu fitrah yang baik dan suci. Bahkan kita semua maklum kelahiran manusia di muka bumi ini telah disebutkan dalam hadis bahawa setiap kelahiran itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka dalam mendefinasikan lafaz fitrah, ulama’ telah bersepakat bahawa maksud fitrah itu memberi maksud islam iaitu yang bersih dan yang suci. Ertinya di sini, dapat digambarkan bahawa dalam sejarah peradaban manusia telah membuktikan sebenarnya manusia ini dalam keadaan yang tidak ada kekurangan. Namun begitu, realiti yang berlaku pada hari ini, manusia telah melawan fitrahnya.

Sabda Nabi :

Aku telah tinggalkan kamu dalam perjalanan yang cukup terang dan nyata, tetapi akan berlaku satu keadaan di mana tidak akan menyeleweng seseorang itu dari agama ini, melainkan dia membinasakan dirinya sendiri

Oleh yang demikian, kesimpulan yang dapat kita ambil ialah, manusia ini sebenarnya mudah terikut dengan godaan yang datang dari kumpulan makhluk samaada yang tersembunyi mahupun yang nampak iaitulah syaitan dan nafsu. Makanya di sini, sudah tentu kita tidak boleh membiarkan perasaan kita mengatasi agama kita, kita tidak boleh biarkan akal kita mengatasi kekuatan iman dan ilmu kita. Sebab itulah kita mesti memastikan laluan hidup kita dengan berasaskan agama, iman, ilmu dan ketaqwaan terhadap Allah S.W.T. Justeru, menjadi kewajipan ke atas kita untuk sentiasa dalam keadaan memohon petunjuk kepada Allah S.W.T. Kita juga telah jelas di dalam al-quran yang menuntut kita untuk meminta supaya sentiasa diberi hidayah dan petunjuk sepertimana yang disebutkan di dalam surah al-Fatihah. Begitu juga disebutkan di dalam ayat yang lain, bahawa Allah menuntut kita supaya mengikut jalanNya dan melarang daripada mengikuti jalan yang selain dariNya. Jika sebaliknya, maka kehidupan kita akan binasa.

Imam Al-ghazali ada menyebutkan, sekiranya kita mahu selamat di dalam keadaan yang berterusan hingga hari akhirat, maka kita perlu kenal tiga perkara :

1- Kita perlu kena fitrah kita sebagai seorang manusia yang ingin kebaikan. Hal ini sudah jelas, manusia mana yang tidak berhajatkan kepada sesuatu yang baik-baik ?

2- Kita perlu kenal siapa musuh kita sepertimana yang telah disebutkan tadi. Samaada musuh dalam selimut ataupun di luar selimut.

Rasulullah S.A.W sendiri ada memberitahu bahawa orang beriman ini akan menghadapi beberapa cabaran yang mana kita perlu mempersiapkan diri kita agar kita takkan terpedaya, tergoda dan ternoda dengan cabaran-cabaran tersebut antaranya ialah :

a- mukmin yang hasad

b- kafir yang membunuh

c- syaitan yang sentiasa menyuruh kepada kejahatan

d- nafsu yang sentiasa melawan

3- Kita perlu kenal alam abadi iaitu alam akhirat di mana kita akan kekal hidup di sana buat selamanya.

Inilah tiga perkara yang mesti kita ambil cakna di mana sebenarnya kita akan berhadapan dengan musuh yang sekiranya kita tidak dapat menangkis serangannya, maka binasalah hidup kita.

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji , dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui . Surah al-Baqarah : 168-169

Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang . Surah Yusuf : 53

Maka, sudah tentu di sana ada satu perkara yang lebih penting dan teramatlah penting iaitulah kita mesti kembali kepada Islam itu sendiri. Jika kita benar-benar berpegang kepada Islam, sudah tentu peristiwa-peristiwa yang tidak diingini seperti rasuah, kes rogol, kes bunuh, zina dan yang seumpama dengannya tidak akan berlaku.

a

Takziah diucapkan kepada keluarga adik Nurin Jazlin. Al-Fatihah buat rohnya.

8 Responses to “Bila Manusia Melawan Fitrah”


  1. 1 diya September 22, 2007 at 1:34 am

    salam`alaik…

    kisah adik nurin…

    saya tak sempat membaca akhbar ttg adik nurin yang ditemui di dalam beg itu. Kebetulan sehari suntuk saya di langkawi menjalankan temuduga syarikat untuk kertas inventory management.

    Pulang dari interview, junior galak bercerita ttg kes ini.Hinggalah pada saat saya membaca ttg keputusan DNA.

    Terkejut amat! Yang pasti, saya terfikir manusia manakah yang berada di luar kewarasan akal fikiran yg begitu. Melihat wajah kecil itu… saya tertanya-tanya apa dosanya sehingga dia dianiaya begitu.

    Terasa sedihkan membayangkan hal yang sama boleh berlaku kepada saudara kita sendiri.

  2. 2 life of aku September 22, 2007 at 4:19 am

    manusia bila tersimpang dan tidak berfikir secara fitrah, maka segalanya mungkin … jangan biarkan nafsu melampui kekuatan iman kita

  3. 3 Jie September 22, 2007 at 8:22 am

    Selesai baca berita ini di akhbar pagi tadi, Kak Jie teringat Angah, anak Kak Jie yg ke 2 tu pernah cakap.

    Lebih kurang macam ni la …

    ” Mama tau kenapa skrg ni selalu ada kes bunuh….orang senang² jer bunuh, cincang orang macam yang kita selalu tgok kat tv…selalu baca kat paper? Mama tau….sebab makanan yg kita makan…”

    ” Ye ke Ngah ? ” Kak Jie tanya saja nak suruh dia bagi pendapat lagi.

    ” Macam ayam, kat pasar tu orang potong ayam main hentam² tak der belas kasihan …tak macam dulu², kita porong ayam cermat² ikut sendi² .”

    ” Mana Angah tau , macam la Angah pernah tengok Tok dengan TokWan sembelih ayam kat kampung”

    ” Cikgu Angah cerita…”

    Sampai sekarang kalau dia ikut pergi pasar malam, lalu jer gerai ayam… dia menyorok..takut dan ngilu katanya.

    Korang pernah tengok macam mana proses sembelih ayam. Kalau tengok memang simpati dan tak sanggup lagi nak makan ayam. Kak Jie pernah tengok kat Pasar Batang Kali, terus balik tak jadi beli.

    Tapi kisah sedih spt di atas tu terjadi kat Mansurah , tu pusat pembelajaran Al Quran. Tak kan kat sana dia orang potong ayam macam kat tempat kita.

    Itulah entry kakjie 15/6/2007 dulu…adakah pandandan anak saya tentang gejala keganasan manusia ini bersangkut paut dengan makanan yang kita makan??

    http://kujie2.blogspot.com/2007/06/pelajar-malaysia-dibunuh-di-mesir.html

  4. 4 sillaturahim September 22, 2007 at 1:28 pm

    Memang kesian kan

  5. 5 nuriman September 23, 2007 at 12:46 am

    Salam alaik…dari allah kita datang kepada Allah jua kita di kembalikan..cuma cara kematian kita adalah berbeza. Sesungguhnya beruntunglah keluarga allahyarham adik Nurin…kerana dia akan menanti kedatangan ibunya di syurga. al fatihah…sudah begitu kehendaknya takdir..kepada si pembunuh kejam itu semoga mendapat pembalasannya nanti…yg setimpal dengan apa yg dia telah di lakukan sedih mmg sedih……

  6. 6 sarah Oktober 10, 2007 at 2:03 am

    Assalammualaikum…

    Masih terasa lagi ttg kes kehilangan adik Nurin Jazlin sehingga ke hari ini.. Kisahnya menyayat hati semua manusia yg insani…Bukan seperti hati si pembunuh, kejam….
    Bagi kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak – anak kecil yg masih tidak mampu menjaga diri dan peka kepada keadaan sekeliling mereka, saya berharap anda semua dapat memberikan kprihatinan yg lebih kepada mereka. Terutama pada musim ini, musim menyambut hari raya aidilfitri yang bakal tiba dlm sehari dua ini. Kesibukan membeli belah pasti tidak dapat dipisahkan dlm tradisi kita menyambut raya. Jadi pada mereka yg membawa kanak – kanak harap dipantau anak mereka dan sentiasa mengerling mata pada setiap langkah yg diatur mereka. Sebagai kanak – kanak hati mereka pasti girang melihatkan keadaan yang ‘meriah’ sekeliling mereka… Jangan sampai ada yg terlepas pandang lagi…Jangan biarkan individu yg tak bertanggungjawab menyambar peluang ttg kelalaian kite sbg ibu bapa utk ‘memiliki’ anak – anak kita….Anak adalah anugerah dr Allah utk kita, bukan anugerah buat manusia yg dh hilang pertimbangan.

  7. 7 Life Of AKU The Episode Oktober 10, 2007 at 11:33 am

    iye memang benar saudara sarah : lagi-lagi di aidilfitri yg bakal menjelang ni, khususnya buat keluarga nya .. moga-moga Allah menggantikanya dengan sesuatu yg dapat mengubat hati mereka .. inilah manusia bila dah lupa pada firahnya sendri

  8. 8 punjunk Oktober 24, 2007 at 6:19 am

    assalamualaikum…
    memang tidak dinafikan, inilah perbuatan yang terkeji dan terkutuk sekali berlaku yang pernah dilihat..turut bersimpati keatas keluarga adik nurul syazlin, moga Allah mengampuni segala dosa-dosa umatNya..
    say apun ada menerima gambar postmoterm adik nurin, tetapi saya telah delete coz itu adalah file sulit penyiasatan yang telah tersebar akibat berlaku kebocoran..sayu dan sedih sangat melihat gambor tersebut..

    sedih sangat..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: