Diari Ramadhan


1- Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar

Diari Ramadhan

 Terasa hidup ini semuanya indah, sebenarnya amatlah payah

Bismillah alhamdulillah.Sehari telah berlalu. Awal Ramadhan yang penuh rahmah dan barakah ini, saya teruskan kehidupan saya. Perut yang kosong, tidak menghalang saya untuk terus berjalan, melihat dan mentafsir. Petang tadi, saya sempat keluar ke pekan. Waktu inilah saya benar-benar memahami erti sebenar madrasah ramadhan (sekolah ramadhan) yang biasa kita sebut-sebut. Mungkin semua ini perkara biasa yang pernah kita lihat dan alami. Namun, tak semua orang yang mengambilnya sebagai satu pengajaran.

Dalam perjalanan, kenderaan yang saya naiki ditahan oleh seorang pak cik yang nampak keletihan. Sedang kakinya hendak melangkah ke dalam, si pak cik driver pula mengerakkan kenderaannya. Apa lagi, kelam kabut dibuatnya. Tiba-tiba, pak cik itu bertempik meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap pak cik dirver yang tidak memberhentikan kenderaannya. Lama juga dia marah. Dari kata-katanya itu, dia memberitahu bahawa yang dia keletihan dandia puasa dengan nada yang begitu tinggi. Masing-masing nak pertahankan diri masing-masing. Sebenarnya, situasi seperti ini dah biasa saya alami. Siapa tak kenal perangai orang Mesir. Tak kira pak cik atau mak cik, kekasarannya memang jelas terserlah. Baik dalam pergaulan, apatah lagi dalam pertengkaran.Tapi, tidak semualah yang berperangai sebegitu. Walaubagaimanapun, bila ianya terjadi di depan mata saya sendiri, dada ni rasa berdebar-debar juga. Waktu itulah, terdetik di fikiran saya, ohh ! memang betullah, puasa ni memang banyak dugaannya. Sebab itu puasa bukan saja menahan lapar dan dahaga, tapi semua perkara kena jaga. Bila terjadi perkara-perkara macam ni, waktu itulah tahap kesabaran kita diuji. Pernah sahabat saya memperdengarkan sepotong hadis tentang sabar yang bermaksud :

 “sabar itu pada pertembungan yang pertama”.

Pada mulanya, saya tak berapa jelas dengan maksud hadis ini, tapi bila diterangkan secara terperinci barulah saya faham. Contohnya, ketika musibah menimpai diri kita, lalu kita mengeluh tanda rasa kita tak boleh menerimanya, maka pada waktu jika kita sabar sesudah kita mengeluh, marah atau sebagainya, maka itu tidak dikira sabar lagi. Sabar yang dimaksudkan dalam hadis tersebut ialah sabar ketika mana kita sedang menghadapi musibah, ujian atau yang seumpama dengannya. Contoh terbaik yang kita boleh jadikan ikutan, ialah Nabi Muhammad S.A.W. dan kita semua telah sedia maklum.

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga di perbatasan negeri mu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung (Surah Ali-‘Imran : 200)

Habis bab sabar.

Memandangkan sekarang ni bulan Ramadhan, maka ujiannya pun bertambah hebat dan dahsyat. Kalau siapa yang duduk di Mesir ni, rasanya dah sedia maklum. Lagi-lagi yang tinggal di tengah-tengah bandar Kaherah. Sakit mata dibuatnya. Sakit bukan sebab terkena habuk. Tapi sakit sebab melihat gadis gadis arab yang memiliki paras rupa yang cantik. Siapa tak tergoda dan ternoda. Lagi-lagi pakaiannya yang menjolok mata.Memang mencabar. Lebih dahsyat dari cabaran membuat teh tarik. musim panas lebihlah teruk tambah pulak di bulan puasa ni. Masa ni lah kita betul-betul teruji dan diuji. Teringat kata-kata kawan saya, sebelum saya menjejaki bumi anbiya’ ini, kawan saya beranggapan yang orang-orang arab Mesir ni mesti semuanya tutup-tutup belaka. Haah! saya pun mengiakan saja dan sememangnya saya berpandangan sepertinya juga. Bila menjejakkan kaki di bumi Mesir saja, lain pulak jadinya. Namun begitu, bagi saya semua tempat sebenarnya sama saja termasuklah di Malaysia. Tanggungjawab terpundak kepada yang memperlihat dan yang melihat.

Bila sebut tentang mata, kita jangan lupa bahawa ia juga merupakan satu amanah yang patut dipelihara dan diguna kepada yang selayaknya. Begitulah kehidupan dan ragam manusia. Terlampau inginkan yang baru, meluat kadang-kadang melihatnya. Trend dan fesyen pakaian di sini terutamanya di kalangan remajanya nampak janggal sedikit. Namun, hanya segelintir saja dan tak kurang juga ada yang berpakaian sopan dan menetapi ciri-ciri muslimah sejati. Part yang tu kadang-kadang bisa mengubat hati yang lara. Apa -apa pun, batas-batas Islam perlu juga dijaga. Nak tunduk, takut terhantok, tak tunduk takut terpaut. Terserahlah ….

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat”

Katakanlah kepada wanita yang beriman : “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung (Surah an-Nuur : 30-31)

Di Mesir ni, macam-macam ragam orangnnya.Sahabat-sahabat saya biasa mengingatkan bahawa Mesir ni bukan saja bumi yang di duduki oleh para nabi, akan tetapi kita harus ingat juga yang Mesir ini pernah di duduki oleh manusia yang paling zalim iaitu Firaun. Sejarah telak membuktikan. Maka, inilah yang dikatakan pertembungan diantara yang hak dengan yang batil. Sebab itu, kalau kita biasa dengar, orang akan cakap bahawa di Mesir ni kalau kita nak jadi baik pun boleh, nak jadi jahat pun boleh. Hari ini, jelas terbukti, di Mesir sendiri ramainya para ulama’ dan tak kurang juga yang sebaliknya. Begitulah juga apa yang kita dapat lihat di Malaysia. Maka, dengan kelebihan yang Allah turunkan di setiap pelusuk muka bumi inilah yang sepatutnya kita ambil.

(Makanan syurga itukah hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum )

Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai seksaan bagi orang-orang yang zalim (Surah as-Soffat : 62-63)

Selain itu, kita biasa dengar, kalau orang pergi Mesir ni mesti dikaitkan dengan al-Azhar. Ia, memang betul. Kalau musuh Islam pun takut dengan al-Azhar, jadi tidak hairanlah kalau al-Azhar ni dikatakan ada power. Yang hairan, orang Islam sendiri pun takut dengan al-Azhar ni. Buktinya, ada usaha-usaha dari segelintir pihak yang cuba menghalang pelajar-pelajar yang hendak menyambung pelajaran daripada datang ke Mesir ini. Kadang-kadang saya dan rakan-rakan kesal dan kecewa melihat apa yang berlaku pada hari ini. Saya yakin, usaha ke arah itu sebenarnya telah berlaku. Kalau Amerika tu tak apalah. Kita boleh terima lagi sebab dia negara kafir. Ini tidak, yang buat semua ni orang kita (kerajaan Malaysia). Kalau mereka tak guna cara mengahalang, mereka guna cara lain pula. Mencipta undang-undang yang tak masuk dek akal. Orang pakai kopiah putih, pakai purdah semua tu kan nak mencantikkan lagi hidup kita sebagai orang Islam. Ini tidak, golongan ini dikatakan jumud dan tidak terbuka. Persatuan yang menjaga kebajikan pelajar dan yang menganjurkan banyak program-program berbentuk ilmiah pun dilarang untuk disertai. Buta ke mereka semua ni ? Teringat bila mana Menteri Besar Selangor datang ke sini, dalam sesi kunjungannya untuk bertemu dengan pelajar-pelajar Selangor, dia ada menyebutkan bahawa yang kita ni sepatutnya jangan ingat sejarah-sejarah kegemilangan Islam yang lalu, tapi sepatutnya kita yang kena cipta sejarah. Aduhai, kan elok kalau ingat sejarah dan cipta sejarah.

Kes solat terawih pun dia juga. Di Mesir ni, kadang-kadang bukan sahaja di tengah-tengah solat terawih tu da tazkirah, tapi di awal-awal lagi dah ada. Ini tidak, sengaja mencipta bala’. Inilah yang saya kagum dengan bumi Mesir. Masih lagi boleh di puji, berbanding dengan Malaysia. Di Mesir pun tak kurang dahsyatnya. Ikhwanul Muslimin. Satu nama yang tidak asing lagi bila dikaitkan dengan harakah Islamiah. Seperti yang berlaku di Malaysia, di mana adanya orang-orang yang cuba bersura menegakkan kebenaran lalu dimasukkan ke ISA dan yang seumpama dengannya, begitu jugalah apa yang berlaku di Mesir ini.

Inilah hadiah Ramadhan dari Kerajaan untuk Rakyat

Inilah realiti kehidupan pada hari ini, orang yang hendak kepada Islam dipenjara, yang taknak kepada Islam dibiarkan hidup bebas membuat kerosakan dan bermacam kefasadan. Koreksilah diri kita bersama.

Sebenarnya saya tak tahu nak fokus cerita saya ni, kalau tak kena dengan tajuk, harap maaf. Idea nak meng’post’ entries ni banyak tapi tak tahu nak dahulukan yang mana. Lagi-lagi isu panas di Malaysia khususnya dan dunia umumnya. Rugi rasanya kalau tak guna ruang ni untuk mengulas isu semasa. Terdetik dalam hati ni satu persoalan, agaknya orang-orang yang berbuat zalim ni puasa ke tak ye? Wallah a’lam. Maaflah, saya bukan orang yang selayaknya dalam membicarakan tentang semua ini. Namun, dengan keazaman saya dalam usaha untuk mengislah dan memperbaiki diri, saya kuatkan juga untuk sama-sama menyelami dan mengikuti serta mengkoreksi senario yang telah berlaku pada hari ini. Dengan kepimpinan kerajaan yang boleh disifatkan sebagai lemah, tambah pula masalah sosial dikalangan remaja, keretakan rumah tangga, yang lebih teruk lagi ialah isu murtad dan bermacam-macam lagi bentuk kemungkaran.

Di mana sebenarnya kita ? Itu belum isu palestinya lagi, di Iraq bagaimana ? Jangan tunggu diketuk baru nak sedar. Bukan apa, takut tak sempat, tahu-tahu bala’ datang. nauzubillah min zalik. Amaran pun dah diberi, tak sedar lagi ? Gempa bumi kembali lagi. Muhasabahlah diri. 

 

Klip doa buat saudara kita di Palestin 

رمضان كريم كل سنة وأنتم طيبون

1 Response to “Diari Ramadhan”


  1. 1 Life Of AKU The Episode September 16, 2007 at 8:41 pm

    test test


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: