Ramadhan Terakhir

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil) … (Surah al-Baqarah : 185)

Kita Tak Sama…

Bismillah alhamdulillah. Walau melihat bulan yang sama namun kita berbeza. Dalam diam, rupanya dah sampai bulan puasa. Tak sangka pulak, rupanya selama hampir tiga tahun ini saya tak pernah lagi berbuka puasa dengan mak dan abah. Kehidupan tiga tahun yang lalu, amat berbeza dengan kehidupan hari ini. Dulu, bila dah dekat waktu berbuka, sempat lagi bersantai-santai depan television. Hari ini, sampai azan pun kadang-kadang tak lagi berbuka. Semua ni dah menjadi kebiasaan bagi saya. Belum cerita bab raya lagi. Bagi saya, saya dah tak kisah sangat pasal juadah berbuka tu. Ingat lagi masa di kampung, mak saya memang suka membazir. Maksud saya, banyak sangat juadah berbuka puasa yang dihidangkan. Alih-alih bila dah masuk waktu, cepat je rasa kenyang sebab banyak sangat minum air. Tapi tak lah susah sangat. Kalau tak habis, bawa saja ke masjid. Semua ni kira perkara yang biasa terjadi dan biasa dialami. Tapi bila dikenang, sahahdu rasa di hati.

Hidup di perantauan …

Bahang nak menyambut Ramadhan ni memang terasa. Lagi-lagi kat bumi Mesir ni, terkejut juga dua tiga hari lepas, tengok berlonggok-longgok buah kurma di kedai-kedai, sekali perhati betul-betul, tak sangka rupanya lusa dah puasa.  Hidup di perantaun ni, memang berbeza. Soal berbuka, kuih raya semua ni, bagi saya macam tak ada apa-apa. Agak-agak nak masak, masaklah. Kalau malas, turun tangga, pergi berbuka di masjid atau di tepi-tepi jalan. Kenangan berbuka bersama-sama orang arab adalah suatu kenangan yang indah.

Bila tiba Ramadhan, ramai dikalangan penduduk-penduduk di sini, yang bersedekah. Contohnya menyediakan juadah berbuka puasa kepada fakir miskin Wallah a’lam. Rasanya sesiapa saja boleh makan dan saya adalah salah seorang daripadanya. Menunya pula, lebih kurang sama je kat mana-mana tempat. Biasanya, kita akan dihidangkan dengan buah kurma, ‘ruz billaban (nasi yang dimasak dengan susu) macam bubur dan nasi berlaukkan ayam atau daging rebus. Amalan ni, dah jadi kebiasaan bagi kami. Bila sampai solat terawih, kat sini kebanyakan masjid-masjid buat lapan rakaat dan ada sebahagiannya yang buat 20 rakaat. Suasana Ramadhan di sini, nampak lebih meriah berbanding di Malaysia. Masjid-masjid biasanya penuh dan waktu Ramadhan ni lah, saya dapat ziarah banyak masjid. Mungkin hari ini saya akan terawih di masjid tempat saya, esoknya pula mungkin saya akan terawih di tempat lain. Salah satu faktornya, ialah banyak sangat masjid dan jarak sebuah masjid dengan masjid yang lain, kadang-kadang tak sampai 1/2 kilometer.

Semua ni pengalaman berada di tempat orang. Kadang-kadang susah nak digambarkan. Disebabkan dah lali dengan semua ni, sebab itulah saya tak hairan sangat dengan juadah berbuka, kuih raya dan sebagainya. Saya dah anggap semua ini sebagai satu tarbiah untuk diri kita dalam menerima dan redha seadanya. Bagi saya, apa yang penting adalah penghayatan kita di bulan Ramadhan.Rugilah siapa yang sempat merasai Ramadhan akan tetapi dia tidak mendapat keampunan dari Allah. Kata-kata tersebut begitu menginsafkan saya. Bila muhasabah-muhasabah balik, astaghfirullah.

Soal Nafsu…

Bila bercerita tentang Ramadhan, memang tak dapat nak lari godaan hawa nafsu. Walau syaitan dibelenggu, sebenarnya kita masih belum selamat. Waktu ni lah kita nak tarbiah atau didik diri kita dengan menahan diri dari menurut kehendak hawa nafsu. Maka di sana akan ada pertembungan diantara kebaikan dan keburukan. Kalau di zaman sekolah dulu, minum air paip dan curi-curi makan tu dah kira biasa. Balik rumah buat-buat letih, kononnya puasa. Ok lagi, yang hairannya, orang tua pun ada juga yang tak puasa. Ini semua ragam orang berpuasa.

Puasa bukanlah semata-mata lapar sedang nafsu masih tidak puas dan budi pekerti masih lagi buas. Tetapi puasa adalah berlapar untuk mendidik peribadi menjadi orang yang patuh lagi berbudi serta bertimbang rasa berusaha melipat gandakan dalam mengingati kebesaran Allah dengan melakukan kebaikan, menjauhi kejahatan samaada dengan hati, perkataan, atau perbuatan, Kalau tidak sedemikian, maka puasa kita adalah sekadar lapar dan dahaga.

Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Surah Yusuf : 53)

Ramadhan Terakhir…

Bagi saya, di mana-mana pun sama saja. Cuma perasaan kita je. Bila dilayan, mulalah sentimental. Walaubagaimanapun, sambut Ramadhan di Malaysia lagi seronok berbanding di tempat orang. Tapi yang sedihnya, mungkin Ramadhan kali ini, merupakan Ramadhan yang terakhir bagi saya. Selepas ni, insyaAllah saya akan menyambutnya di Malaysia. Part ni lah yang susah untuk diluah. Sebenarnya dua-dua seronok. Di Malaysia seronok, di sini pun seronok.

Harapan …

Mudah-mudahan, Ramadhan yang bakal kita lalui ini, dapat dijadikan sebagai satu ladang untuk kita bercucuk tanam yang hasilnya kita akan tuai di akhirat nanti. Semua ni adalah satu nikmat. Dan tak lebih juga ia adalah merupakan satu amanah. Mana tahu, Ramadhan ni lah Ramadhan terakhir buat kita.Alangkah ruginya, jika kita biarkan ia berlalu begitu saja.

 


Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemulian. Dan tahukah kamu, apakah malam kemulian itu? Malam kemulian itu lebih baik dari seribu bulan.Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikit jibral dengan izin tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar (Surah al-Qard : 1-5)
Ucapan …

Buat keluarga tercinta, Saudara mara, Sahabat seperjuangan di Ardhil Kinanah, dan khusus buat akhi Zarimi, akhi Bakri, akhi Azraie, akhi Afifuddin, akhi Fadzlah, akhi akbar, akhi wan, akhi khair, akhi aniq, akhi zahid, akhi hasbullah, akhi daus, akhi mior, akhi lukman, akhi Payal, akhi Topek, akhi Aliman, Seterusnya buat, Uncle J, Uncle Jeffrockers, Uncle KS, Sis Nuriman, Shams, Bro Ana2alfath, Isteri, Cinta Abadi, Diya, Kujie, Senjahati dan buat semua yang pernah berkunjung ke rumah saya yang tak seberapa ni.  

Dengan ucapan ….. Ramadhan Kareem, Kullu Sanah Wa Entum Tayyibun

11 Responses to “Ramadhan Terakhir”


  1. 1 UncleJ September 12, 2007 at 3:57 am

    Salam bro…ooo kat Mesir ek….beruntung ler dapat posa kat sana tu..wish I could go there one day..tp ntah bila tu, tak tau ler..hihihi

    Kat Cairo ke? Belajor ke keje? Ish..mcm polis pencen pulak pakcik sorang nih…wakakaka

    Thanks credit nama saya dlm blog ni..terharu saya!

  2. 2 diya September 12, 2007 at 4:46 am

    salam`alaik…

    salam ramadhan al-mubarak buat sdr juga. Tahun ni, rasanya sy cuma sempat berbuka puasa dengan keluarga dua hari sblm raya. Di kampus tgh sibuk amat!

    Mid-term exam tgh melanda. Bahang final exam semakin terasa di tambah dengan pelbagai presentation. Tak sabar rasanya nak menamatkan pengajian di sini…

    Kenangan menyambut ramadhan al-mubarak di tempat lain smmgnya 1001 pengalaman yang mengadungi sejuta hikmah.

  3. 3 Bayan September 12, 2007 at 7:09 am

    selamat menyambut ramadhan encik Muhammadkamal. semoga puasa tahun ini lebih sempurna dari tahun sebelumnya. amin

    anyway, saya telah mengetag anda. sila ke blog saya untuk mengetahui lebih lanjut.

  4. 4 jeff September 12, 2007 at 8:47 am

    berkesempatan merasai puasa di sana adalah pengalaman yang mahal harganya. semoga ibadahmu diberkati dalam bulan yang mulia ini🙂

  5. 5 Life Of AKU The Episode September 12, 2007 at 4:58 pm

    salam …

    uncle j: ye saya, insyaAllah belajar lagi, jemputlah datang sini, makan kebab … nak datang mengaji pun boleh, bertalaqi dengan sheikh arab

    Diya : selamat menjalani imtihan, moga dipermudahkan … biasalah, sape tak gerun bila dengar nama exam … yang penting usaha dan tawakkal… selamat bpuase …

    Bayan : salam saudara bayan,maaf tak tahu nama sebenar, selamat berpuasa juga untuk anda, alamak ! kena tag ke ?

    Jeff : betul tu uncle jeff, ameen ya rabb, begitu juga dgn uncle jeff, sama2lah kita berdoa agar ibadah kita diterima, bukan saja di bulan ramadhan, tak sabar rasanya nak bersua dengan kalian .. heheh

  6. 6 azhad September 13, 2007 at 4:24 am

    Selamat menunaikan ibadah puasa dan lain2 ibadah di sepanjang bulan Ramadhan ini. Semoga kita dapat melakukannya dengan khusyuk dan diberkati Allah SWT.

  7. 7 ana alFath September 13, 2007 at 4:38 am

    hehe..ana pon baru tau nta kat perantauan..huhu..cm seday lak bc entry kali ni…nway,moge2 ramadhan ni bisa menambah momentum dlm diri kite sume utk membina kekuatan diri di jln Da’wah…jadikn jg puasa ni sbg ‘libasul da’wah’…

    smoge kite sume leh jd graduan ramadhan thn ni..insyaAllah…

    nak KEBAB gak!!!!

  8. 8 wida September 14, 2007 at 12:12 am

    assalammualaikum…
    sy pn xpasti samada msg sy ini sampai pd awk or x…
    walau mcm ne pn sy tetap mcuba mhntr msg ini..
    sy amat ttarik dgn artikel ttg babi tu..
    slama ni sy xberapa pasti mgapa kite xblh mkn babi..
    dlm artikel awk tu awk ade trang kan zaman dulu n ms kini y ttg mgapa kite xblh mkn babi…
    sy hrp akan ade byk lg artikel2 y blh beri pgajaran or pgetahuan org sperti sy y msh kurang lg pgetahuan..
    wasalam..

  9. 9 nuriman September 14, 2007 at 6:12 am

    Salam…x tau lah kenapa semenjak tiba bulan ramadhan ini hati rasa hiba..sayu dan memacam lagi..rasa nak menanggispun ada..rasa bersyukur sangat dapat lagi bertemu dengan bulan ramadhan kali ini.Semoga anta bahagia di bumi anbiya…..salam ramadhan karemm..

  10. 10 [ cintabadi ] September 17, 2007 at 3:49 am

    Salam ,
    Menjahit baju dengan peniti,
    peniti diguna berwarna- warni,
    tibalah kini Ramadhan yang dinanti,
    Moga barakah puasa ini.
    🙂 Salam Ramadhan dari sy. Moga lebih tabah menempuhi hidup di perantauan..🙂

  11. 11 Life Of AKU The Episode September 17, 2007 at 8:46 am

    salam cintaabadi, alamak, maaf xde idea nak berpantun, syukran… selamat menjalani ibadah puasa juga utk CA


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: