5 Rahsia Tentang Ku

Bismillah alhamdulillah

1- Berketurunan jawa (wong jowo).

Soalan cepu emas buat pembaca : wes mangan ke   orong ?

Moral : belajarlah banyak bahasa

2- Mula berjinak dengan internet sejak di bangku sekolah menengah lagi. Waktu tulah saya kenal dengan ‘chat’ di MIRC yang telah mempengaruhi saya untuk menjadi pencinta  MIRC. Itu dulu. Sekarang ? tak lagi dah.

Moral : Bersederhanalah dalam setiap perkara

3- Berasal dari kampung yang berjiran dengan airport KLIA dan Litar F1. Tapi baru sekali naik kapal terbang. Tak lama lagi, saya bakal naik kapal terbang buat kali kedua. InsyaAllah.

Moral : Rajin-rajinlah menziarahi jiran

4- Mempunyai pengalaman terjatuh dalam parit. Waktu tu, saya nak buat eksperimen jalan sambil pejam mata. Keputusannya, gagal.

Moral : Kalau tak berani menghadapi risiko, usah bicara soal perjuangan

5- Saya rindu ikan masak kicap mak saya.

Moral : Ingatlah orang yang tersayang

5 perkara tersebut adalah sebagai menyahut seruan dari si isteri yang telah meng’tag’ saya. Saya tak tahu sebenarnya apa itu tag. Apapun harapan saya, moga amalan meng’tag’ ini berjalan dengan lebih harmoni dan ada manfaatnya. Maka, saya pun nak mencuba meng’tag’ orang lain di bawah tajuk, 5 perkara tentang ku yang orang lain tidak tahu.

Orang itu adalah : UncelJeffrockers->> ana2alfath->> Nuriman->> almarbawi->> aliman->> juz4u->> + cintaabadi dan UncleJ->>  

Sila ambil perhatian, anda semua telah di tag.

Sumber Tag : isteri->> 

15 Responses to “5 Rahsia Tentang Ku”


  1. 1 nuriman September 6, 2007 at 5:38 am

    Salam maaflah nak tanya…apa itu tag? agaknya sy ni ketinggalan sikit.benarlah kata org kalau tak tau belajar…dan yg tau tolong tunjuk ajar. Betul tak?

  2. 2 Life Of AKU The Episode September 6, 2007 at 8:05 am

    tag tu… blog sape yg di tag = yang tertera dekat entries saya ni, dia kena ceritakan tentang dirinya di dalam blognye, atau bercerita mengenai tajuk yg telah diberikan … kemudian sebutkan pulak siapa yang kita nak ‘tag’ …. kire berkait2lah …. tu yg saye tahulah … wallah a’lam

  3. 3 [cintabadi] September 6, 2007 at 8:47 am

    Salam..🙂
    Hehe..tujuan sy datang bertandang juz nk menziarahi tuan rumah ni. Rupenyer ade sebab yer. Sy dh terkena tag..:D

    Sebelum tu, ehem..ehem

    Kabare ? Waras ? wes mangan po orong ?
    aku orak reti ngomong jowo..sitik2 waei la..

    p/s : salah harap maaf..:D

    Erhmm, tag tu…mohon diberi masa yer..kerana agak sibuk kebelakangan ni..exam..huhu..

    jg diri hiasi peribadi..:)
    Wassalam..

  4. 4 Life Of AKU The Episode September 6, 2007 at 8:58 am

    cinta abadi :

    waras
    nyong orong mangan

    pandelah ngomong jowo

    selamat maju jaya untuk exam …

  5. 5 nuriman September 6, 2007 at 10:09 am

    mangan tu maknanya makan ke?ops sorry kalau silap

  6. 6 Jie September 6, 2007 at 11:00 am

    Salam…terimakasih krn kunjungan

    akhirnya dapat juga saya membaca 5 rahsia peribadi awk…:D

  7. 7 ana alFath September 6, 2007 at 4:28 pm

    salam..
    ello bro..
    hehe..bro ni nak kne smackdown ngn ana nih..hehe..
    anyway..usha le balik blog ana,ana dh menTAGkan diri ana..
    best gak men TAG2 nih..huhu..

  8. 8 life of aku September 6, 2007 at 9:33 pm

    salam:

    buat nuriman : mangan tu makan … betul .. medang pulak maksudnya minum …. kalau nak belajar jawa insyaAllah bolehlah sikit2…

    buat Jie : heh, dah terkantoi,

    buat ana alfath : alamak , ade stonecold lah pulak … apa-pun maaf sebab tak bagi tahu dulu nak meng’tag’ bro …

    syukran buat semua…

  9. 9 UncleJ September 7, 2007 at 1:52 am

    salam..saya kena tag? bior betul..nak kena buat pasal rahsia pulak tu..ish ish.

    sebenarnya saya bukannya reti sgt tag mentag nih, tak reti..lagipun rasanya saya ni dah terlebih muda nak buat benda tu…ekekeke

    Tapi kalau ada 5 rahsia yg saya nak share..I’ll do it, OK? (rahsia mana boleh bgtau orang..ish)

    let see what are jeff’s secrets first…

    p.s Gi edit entry tu..buh nama KS gak…wakaka

  10. 10 norazua September 7, 2007 at 2:00 am

    salam..
    thanks 4 ur comment..
    ‘tag’ tu aper?

  11. 11 ana alFath September 7, 2007 at 2:24 am

    it`s ok la bro…best what main tag2 nih…tp ana rase nta dh jjd ‘TIPAH TERTIPU’ la bro…memandai je kate ana bro marbawi…spe bro marbawi??..nmpknye kite kne main TAG lg le cmni,baru leh tau spe ana yg sbenarnye..hehe..’TIPAH TERTIPU!!!’

  12. 12 NikShikin September 7, 2007 at 4:02 am

    Hehe. Nampaknya ramai belum tahu apa itu tag. Tak pernah pula orang tag saya😦
    🙂

  13. 13 isteri September 7, 2007 at 5:46 am

    huhh !!! siap ada moral di setiap peristiwa yang berlaku.

    saya pulak pernah jatuh dalam longkang depan pusat islam, uitm shah alam. masa tu bulan puasa. orang sibuk menunaikan tarawikh, saya dan kawan pulak sibuk nak pi tapau makan kat depan pusat islam.tanpa di duga dah ada dalam longkang. yang kelakarnya, kawan saya yang asalnya dari sarawak, dok ludah longkang tu berkali2. katanya, nak buang bala..hehe..

    Moral : Kalau tak puasa, usah bicara soal berbuka..

  14. 14 dharajuku Oktober 5, 2007 at 5:36 am

    xde org pnah tag ana..😦

  15. 15 diya Oktober 25, 2007 at 12:45 pm

    haih… saya x perasan saya kena tag. Masya-Allah..walhal saya dah baca dah entry ni…

    Nanti saya jawab tag ni ya…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: