Umat dan Masjid

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta tetap mendirikan salat, menunaikan zakat, dan tidak takut kepada siapa pun kecuali kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk (Q.S. At-Taubah: 18)

Dulu sewaktu saya berada di malaysia, sempat merasai zaman yang begitu ‘menyengalkan’. Satu notis ditampal di dinding sebuah masjid, menegaskan bahawa  solat hajat tidak dibenarkan untuk dilakukan di masjid tersebut, atas sebab takut penyalahgunaan solat hajat kepada kepentingan politik. ‘Macam budak-budak’. Budak-budak pun tahu apa gunanya masjid tu.

Dulu juga, pernah timbul isu solat terawih di mana ada pihak yang menyatakan bahawa tazkirah di pertengahan solat terawih tidak sesuai. Hari ini, isu itu timbul kembali. Tak kurang juga masalah solat 8 rakaat dan 20 rakaat. Sila baca artikel berkenaan kenyataan Menteri Besar Selangor yang memaksa masjid-masjid menunaikan solat terawih 20 rakaat —>> dan sila baca artikel berkenaan hukum dan perlaksanaan solat terawih —>>

Nampaknya, kebebasan intitusi masjid dalam menjalankan aktiviti agama telah pun dijajah. Tiada lagi erti kebebasan. Bagi saya mereka ni sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri dan cakap tak serupa bikin’. 

Merujuk kepada perjalanan sejarah ketika Nabi Muhammad akan membangun sebuah masyarakat yang diutamakan adalah membangun masjid. Ini pula yang terjadi saat akan membangun Kota Madinah (dulunya bernama Yatsrib) dengan terlebih dahulu membangun fondasi masyarakat melalui masjid.

Tak heran apabila masjid di zaman Rasulullah yang didirikan atas fondasi takwa (ussisa ‘alattaqwa) berubah menjadi tempat yang multifungsi. Mulai dari pusat kegiatan umat, tempat pendidikan, pengembangan ekonomi umat, kesihatan umat terutama merawat prajurit yang terluka saat perang fi sabilillah, dan ketahanan umat.

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Abu Zar:

Kewajiban kepadamu adalah jihad kerana itulah adalah pertapaan umatku. (riwayat Ibn Hibban dan al-Hakim-hadis hasan).

 Al-Qaradawi juga menyebut:

“Masjid Nabi itu madrasah dakwah, juga pejabat negara Islam. Padanya Nabi memberikan kerja bagi yang menganggur, ilmu kepada yang jahil, pertolongan kepada fakir, memandu urusan kesihatan dan kemasyarakatan, menyebarkan berita penting untuk umat, bertemu dengan diplomat asing, mengatur tentera di medan perang, menghantar pendakwah, perwakilan perdamaian.” (Al-Qaradawi, Al-‘Ibadah fi al-Islam, m.s. 233, Beirut: Muassasah al-Risalah)

Tokoh Islam terkenal di masa ini, Dr. ‘Imad ad-Din Khalil dalam karyanya Dirasah fi al-Sirah ketika mengulas tentang fungsi masjid yang diasaskan oleh Rasulullah berkata,

‘‘Masjid bukannya tempat ibadat dan solat semata-mata, bahkan kedudukannya sama seperti kedudukan Islam itu sendiri, mencakupi berbagai- bagai sudut al-din, politik dan kemasyarakatan.’’(m.s. 149 Beirut: Dar al-Nafais)

Namun kini, fungsinya telah dihadkan kepada skop yang lebih sempit. Akhirnya, banyak kita dengar, ada masjid-masjid yang tidak dibenarkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan terutamanya dalam penyampaian ceramah, tazkirah dan seumpamanya. Lantas, berlakulah kejadian meroboh masjid, meng’gam‘ penceramah-penceramah dan bermacam lagi ke’fasadan‘ yang berlaku.

Oleh itu sedarlah wahai umat … jangan biarkan ia berlaku lagi … bersama kita pertahankan masjid kita dari dicerobohi oleh ‘orang yang tak berguna’ !!!

2 Responses to “Umat dan Masjid”


  1. 1 jeff September 5, 2007 at 12:20 am

    sudah tiba kita di zaman yang masjidnya banyak dan cantik tapi tidak dimakmurkan …

  2. 2 Life Of 'AKU' The Episode September 5, 2007 at 5:42 am

    betul tu .. semalam dalam satu majlis bersama MB selangor .. dia mengaku kes-kes robohkan masjid, dan setinggan dia tu yang buat , tapi dia jawab balik niat dia nak mencantikkan lagi masjid tersebut dan menjadikan selangor ni cantiklah, dan seagainyalah … yang pasti … hanya Allah saja yang tahu…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: