Tiada Lagi Kasih

” Kamal !!! mari sini, ambik duit ni ” panggil nenek.

Panggilan yang memang ditunggu-tunggu. Tanpa segan silu aku pun menghulur tanganku lalu menggenggamnya. Heh!! Dah jadi kebiasaan. Setiap kali aku balik kampung, nenek aku tak pernah lupakan cucunya. Cuma cucunya saja yang kadang-kadang lupa kat dia. Apatah lagi waktu raya. Biasanya tak kurang dari sepuluh ringgit aku dapat darinya. 

Teringat waktu dulu aku temankan nenek aku pergi kedai, aku pergi dalam keadaan terpaksa. Apa taknya, kena meredah kebun kelapa sawit dengan ada pokok buluh yang begitu menyeramkan. Tapi, semua itu menjadi memori indah bagiku di saat ini. Bila sampai masa nak balik ke rumah pulak, masing-masing sentimental, termasuklah aku yang berjiwa tabah ni. Mak aku lagilah. Sebelum kaki melangkah masuk ke dalam kereta, waktu itu mak aku akan menitiskan air mata. Macam nak pergi jauh je. Inilah saat yang begitu menyentuh jiwa dan perasaan aku. Begitulah kasihnya mak aku terhadap nenek.Namun semua ini tinggal memori yang takkan kembali lagi. Pada 28 Ogos 2007,  beberapa hari yang lepas, waktu aku menonton persembahan nasyid di majlis perayaan menyambut hari kemerdekaan peringkat PMRAM, aku menerima SMS dari adik perempuan aku yang berbunyi

” As’kum kamal, ak nk bg tau ni, nenek bru je meninggal…kalo bley ko sdkhkn tahlil dgn kwn2 ko, abh suwo ni…. “

Innalillah wa inna ilaihi raji’uun … bisik hatiku. Tak sangka, beberepa hari sebelum tu aku dapat SMS mengatakan yang nenek aku dah ok.  Nampaknya tuhan lebih sayangkannya. Gambar nenek yang baru aku tatap beberapa minggu lalu, rupanya ada maksud disebaliknya. Apa-pun aku terima semua ini sebagai ketentuan Ilahi. Kini tiada  lagi kasih sayang dari seorang nenek yang amat ku rindui selama aku berada di bumi anbiya’ ini. Aku benar-benar merindui mu.

Al-fatihah buatnya (Hjh Fatonah) dan moga rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T.

” Ketahuilah setiap jiwa itu pasti kan menghadapi mati “

4 Responses to “Tiada Lagi Kasih”


  1. 1 [ cintabadi ] September 1, 2007 at 3:44 pm

    Takziah sy ucapkan..
    Moga rohnya dicucuri rahmat..
    “teringat nenek dikampung ..😦 “

  2. 2 putri2143 September 2, 2007 at 1:32 am

    salam takziah..
    moga arwah nenek DA ditempatkan dalam golongn soleh solehah..

  3. 3 abuhabeeb September 2, 2007 at 3:46 am

    moga ruhnya dicucuri RahmatNya.
    moga kasih sayangnya kpd sdra terus membakar semangat perjuangan.

  4. 4 Life Of 'AKU' The Episode September 3, 2007 at 3:55 am

    syukran ya akhi … ameen


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: