Rumahtangga Ku Retak Seribu

Gambar di ambil dari blog saudari juz4u.blogdrive.com

 “salam, abah ngan mak * chat je.. * paman lan, paman ran, paman bahrin, die * owang dah bercerai we”

* paman bermaksud pakcik

* owang bermaksud orang

* chat bermaksud sehat

Tak sangka ! rupanya hari ini hari yang begitu mengecewakan aku. Hampir 20 tahun ikatan pernikahan yang terjalin antara aku dan dia akhirnya terlerai dengan tiba-tiba. Aku ingatkan, enam orang cahaya mata yang hadir menyinari hidup ku, sudah menjamin kebahagian aku bersama si dia buat selamanya. Namun, mentari yang ku sangka kan menyinari hari, rupanya mendung datang menutupi.

Apakah salah aku !!! Bumbung rumah sewa yang bertahun aku huni bersamanya, akhirnya menjadi saksi perceraian ikatan kasih yang tak mungkin kembali pulih. Apakah  semua berpunca dari ku?  Astaghfirullah. Mengapakah si dia sanggup melakukan semua itu lalu memaksa ku untuk menceraikannya. Kini, semuanya tiada lagi. Anak-anak yang biasa merengek kelaparan tiada lagi yang bisa mendiamkannya. Lauk ikan masak kicap yang menjadi kegemaranku kini membayangi deria rasa ku yang sentiasa menginginkannya. Ohhh !!! mengapa ini semua terjadi ?

Astagfirullah. Insafnya aku. Aku tak menyalahkan sepenuhnya kepada si dia. Mungkin ini silap aku juga. Dalam diriku tiada ketegasan dalam membentuk keluarga. Semuanya aku lakukan biasa-biasa saja. Inilah hasilnya….. rumah tanggaku retak seribu !!! Na’uzubillah min zalik.

Gedeganggggg !!! aduh, sakitnya !!! celaka punya kucing. Buat aku terkejut. Aku baru nak menyelami kisah sedih paman-paman aku yang telah menjadi duda. Semua ini bukan kisah ku. Aku sekadar menyelami kepedihan yang mereka lalui. Walau aku tidak pasti kebenarannya, namun seandainya ianya berlaku terhadap diri ku, sudah tentu kisah hidupku begini.

Tak sangka, tiga tahun meninggalkan bumi Malaysia, macam-macam yang telah berlaku. Bukan untuk membuka aib sendiri, tapi sekadar berkongsi realiti untuk di koreksi. Tiga orang pak cik saya bercerai dalam masa yang terdekat. Mengapa jadi begini ?

1- Hidup asyik nak bergaya dan mewah lagak macam orang kaya hingga menyusahkan si suami. Sanggup keluar dengan lelaki lain semata untuk memenuhi kepuasan dan kehendak.

2- Kewajipan solat sering diabaikan

3- Tiada ketegasan sebagai ketua keluarga oleh si suami

4- Cara hidup Islam diabaikan

Jika semua ini berlaku, mungkin rumahtangga ku retak seribu.

Moral : binalah keluarga bahagia dengan cara hidup Islam.

11 Responses to “Rumahtangga Ku Retak Seribu”


  1. 1 diya Ogos 27, 2007 at 6:10 am

    al-kisah begini selalu terjadi. Menyaksikan sendiri hal-hal begini kadangkala memberikan impak pada diri sendiri hinggakan takut utk menghadapi dunia perkahwinan yang sering dianggap sebagai satu perjudian bagi sepasang suami isteri.

    Pembinaan baitulmuslim seharusnya berjalan dengan penuh tanggungjawab, memahami keperluan pembentukan baitulmuslim bukan sekadar kerana memenuhi kehendak batiniah dan lahiriah semata-mata. Tapi lebih daripada itu.

  2. 2 Haniey Ogos 27, 2007 at 11:25 am

    huh terkejut..ingatkan awak yang retak seribu…hehehe

  3. 3 Life Of Aku Ogos 27, 2007 at 8:15 pm

    nauzubillah … baru berapa hari tak mesej keluarga, tiba-tiba dah tiga keluarga bercerai berai …. mudahan tiada lagi kisah duka, ini kisah benar .. moga jadi pengajaran buat kita semua, baik yg sudah berumahtangga, mahupun bakal melangkah ke alam itu …
    perkahwinan itu indah, indah lagi jika disulami dengan cinta yang hakiki … aku sayang dengan pakcik-pakcik ku semua …

  4. 4 nuriman Ogos 27, 2007 at 11:56 pm

    Kompius ingatkan ustaz hihih..tp tu lah kan penceraian ni walaupun di halalkan tetapi di benci oleh Allah..semoga sama2 kita musabah diri dalam mencari keredhaan-NYa, suami isteri tahu tanggung jawab masing2.baru harmoni hidup berkeluarga…saling bertolak ansur jaga ibadat..tempat seorang isteri di sisi suaminya bukan dengan lelaki lain, jgn terllau mengejar kebendaan…na’u zubillah himinzalik……….

  5. 5 mafatih Ogos 28, 2007 at 12:43 am

    Suspend botul la kau jang. Tekobil mato den baco’an blog kau. Tolak ketopi la jap joghuk manggo den ne ha…

  6. 6 jeff Ogos 28, 2007 at 1:52 am

    apa jua dugaan yang diturunkan Nya .. bersabarlah (berpesan pada diri sendiri dan orang lain)

  7. 7 Life Of 'AKU' The Episode Ogos 28, 2007 at 5:32 am

    buat : nuriman, jeff. mafatih,diya dan haniey terima kasih diucapkan … moga kita memperolehi kebahagiaan dari segenap sudut di dunia dan akhirat …

  8. 8 ninetailkid Ogos 29, 2007 at 3:29 pm

    Assalammualaikum..

    Just terfikir, bile lah pemilik blog ini ingin kahwin. InsyaAllah, semoga Allah berkati semuanya..

  9. 9 [ cintabadi ] September 1, 2007 at 3:58 pm

    huih..terkejut sy ingtkan pemilik blog ni punye kes..
    Rupanya pasal paman2 dia..

    Same2 lah ambil iktibar dr kejadian sebegini agar tak berulang pada kita🙂 sy suka komen dr pemilik blog ni
    ” perkahwinan itu indah, indah lagi jika disulami dengan cinta yang hakiki …”😀

    Buat pemilik blog ; moga berbahagia di dunia dan diakhirat ..🙂

  10. 10 nadiha September 13, 2007 at 7:04 am

    na’u zubillah..setiap apa y berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya..sama-sama kita renungkan dan jadikan sebagai pengajaran..

  11. 11 Chiquita Mei 30, 2013 at 12:44 pm

    My brother suggested I might like this website. He was
    entirely right. This post actually made my day. You
    can not imagine just how much time I had spent for this
    info! Thanks!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: