Sejarah Malaysia Diputar Belit – Benar atau Tidak

         Kenali Tok Janggut sebagai tokoh kemerdekaan

       Bismillah alhamdulillah. Beberapa hari sebelum ni, saya banyak menghabiskan masa saya di luar Kaherah. Disebabkan banyak kerja yang tertangguh, kestabilan emosi saya kadang-kadang baik, kadang-kadang juga menjadi murung. Makin hari, minat aku saya untuk mengetahui isu-isu semasa terkini, amat mendalam keinginannya terutama sekali mengenai khabar berita tanah air ku Malaysia. Walau aku saya tak dapat berada di pentas sebenar, akusaya tahu masih ada ruang untuk akusaya menyumbangkan apa yang termampu demi kebaikan bersama. Paling kurang untuk diri aku sendiri.

        Ambang merdeka hampir tiba ke kemuncaknya. Segala macam bentuk sambutan telah dan bakal dilangsungkan baik di Malaysia mahupun di negara luar. Melihat situasi yang berkehendak kepada satu pembaharuan pemikiran. Kita melihat dari satu perspektif kemerdekaaan itu, apakah masyarakat pada hari ini benar-benar memahami erti kemerdekaan, siapakah yang memeperjuangkan kemerdekaan ? Saya akui, saya sendiri masih lemah untuk menguasai ilmu yang berkaitan dengan sejarah-sejarah tanah air. Namun, sudah tentu di sana perlu ada  satu tindakan pembaharuan dalam diri kita semua untuk menjadi orang yang benar-benar menyelami erti kemerdekaan sebenar. Saya biasa mendengar, sejarah yang ada pada hari ini telah diputar belit. Benarkah ini semua berlaku ? Mungkin ada benarnya. Untuk mengatakan ia telah diputar belit, saya masih belum mampu untuk mengatakan iya, kerana saya kenal siapa diri saya dalam penguasaan ilmu sejarah. Akan tetapi untuk mengatakan ilmu-ilmu sejarah yang tersebar pada hari ini hanya sebahagian saja yang disebarkan, itu saya berani kata iya!Sedangkan, ada sejarah-sejarah penting yang patut masyarakat Malaysia ketahui, tetapi seolah disembunyikan kewujudannya. Bak kata pepatah “sekadar mencurah air di daun keladi” Siapa punya kerja ? Jika benar, apa motif semua ini ? Saya tidak mahu menuduh sesiapa. Sekadar ingin membuka minda kita sebagai rakyat yang mengiktiraf kemerdekaan 50 tahun yang lalu.

         Kita mengenali Tunku Abdul Rahman sebagai tokoh kemerdekaan tanah air. Namun, timbul persoaalan, apakah Tunku Abdul Rahman saja yang memperjuangkan kemerdekaan ? Bukan nak memperkecilkan jasa perjuangannya. Tapi, ingin mengajak kita semua mengenang  jasa orang lain yang telah bersusah payah menentang penjajah demi mencapai kemerdekaan. Dan apa yang kita dapat nikmati pada hari ini adalah jasa-jasa mereka semua. Siapakah mereka semua itu . Anda kenal siapa Dr. Burhanuddin al-Helmy ? Anda kenal siapa Tok Janggut ? Kenalilah mereka. Andai anda semua menyelami susah payah perjuangan mereka, anda kan tahu jawapannya mengapa perlu kenali mereka. Ramai lagi pejuang-pejuang kemerdekaan yang kita perlu kenal dan kenang jasa-jasanya.

Melihat kepada beberapa blog yang cuba memaparkan dan mengetengahkan soal kemerdekaan, saya juga terpanggil untuk bersama mereka. Untuk peluang yang ada ini, saya ingin berkongsi kepada semua pembaca satu biodata hidup mengenai tokoh pejuang tanah air iaitu Haji Mat Hassan @ Tok Janggut yang saya ambil daripada laman PMRAM.

Kenali Tok Janggut

Nama sebenar beliau adalah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan pemimpin tradisional di negeri Kelantan.

Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala RM 1.00 seorang setahun, pokok buah-buahan 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung. Pada 29 April 1915, pentakbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff seorang pegawai takbir British yang berasal dari luar Kelantan, menggantikan Engku Besar.

Pertelingkahan mengenai cukai dan urusan pengutipan cukai yang terlalu lambat sehingga berlarutan selama tiga hari, menyebabkan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib dan menemui Haji Mat Hassan bin Panglima Munas pada 29 April 1915.Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Haji Mat Hassan bin Panglima Munas kemudiannya menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915.Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Kebangkitan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu merasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka dan dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Haji Mat Hassan bin Panglima Munas telah terbunuh.Mayat Tok Janggut di bawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari. Setelah digantung beberapa hari di hadapan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka) mayat Haji Mat Hassan bin Panglima Munas dikebumikan di Pasir Pekan

19 Responses to “Sejarah Malaysia Diputar Belit – Benar atau Tidak”


  1. 1 nuriman Ogos 22, 2007 at 12:45 am

    Salam…tak tau kesahihannya…benar ke itu Tok Janggut? hari tu ada jugak tengok pejuang kat tv1 huhuhu saja teman anak tengok kartun pejuang hehehe…

  2. 2 khairulnizambakeri Ogos 22, 2007 at 8:37 am

    Sejarah ditulis oleh orang yang menang. Pasti ada biasnya.

  3. 3 al-Marbawi Ogos 23, 2007 at 7:45 am

    Memang ada fakta yang diputar belit oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab tertentu. Tetapi jika ada yang memiliki fakta yang benar adalah diharapkan dapat dikongsi bersama-sama..

    Mengenai Tok Janggut, ada sumber mengatakan (saya tak pasti) beliau tidak dibunuh, tetapi oleh sebab orang Inggeris gagal untuk menangkap beliau, maka salah seorang sipahi (orang Gurkha barangkali) dibunuh untuk dijadikan bukti kejayaan Inggeris membunuh Tok Janggut. Khabarnya Tok Janggut lari untuk bersembunyi dan meninggal dunia dalam kondisi biasa.

    Janganlah dipercayakan cerita saya ini. Carilah sumber yang diyakini benar.

  4. 5 Life Of 'AKU' The Episode Ogos 23, 2007 at 4:14 pm

    syukran atas info yg diberikan…. ada benarnya juga ….. kita lihat hari ini : contohnya dlm kes lina joy …. ade ura2 yg mgtkn bhwa lina joy menang dlm perbicaraannya … padahal keputusan mahkamah tak dibuat lg … syukranb kpd akhi marbawi

  5. 6 Tri Kurniawan Latif Disember 11, 2007 at 5:29 am

    saya ingin tanya knpa anda correct kata aku.saya ingintahu pendapat anda mengenai masalah kebudayaan indonesia yang di patenkan oleh malaysia? apa pandangan anda tentang indonesia?yang jujur….jawab di email saya ririhendrawan@yahoo.co.id

    • 7 Merdeka September 16, 2010 at 5:59 am

      Malaysia, Singapura, Patani, Mindanao & Indonesia asalnya merupakan satu wilayah yg sama asas kebudayaannya iaitu Alam Melayu atau Nusantara. Justeru tidaklah pelik andai budayanya hampir serupa. Kiasan yg saya boleh bagi ialah ialah satu cahaya daripada sumber yg sama, namun dipisahkan oleh bilah2 negara yg dicatur oleh penjajah, utk mewujudkan negara bangsa, yg sama sekali tidak relevan bg masyarakat Alam Melayu. Namun utk kemerdekaan, kita menyanggupi walaupun dgn hati yg berat. Justeru, usahlah dipertikai budaya rumpun Nusantara ini seakan-akan sama. Ianya bukan cedok atau meniru, tetapi sememangnya kita ini SAMA. Anggaplah ianya sbg satu keistimewaan yg dikongsi antara Malaysia & Indonesia, yg pastinya tidak akan pernah ada pd mana2 benua di dunia ini… Wallahua’lam…

  6. 8 mia Ogos 15, 2008 at 5:40 am

    assalamualaikum…saya terasa bangga dengan awak dalam mendalami ilmu sejarah negara..saya akui orang melayu sudah mula lupa akan asal usul mereka

  7. 9 Panglima Perang Februari 5, 2009 at 2:20 am

    Salam…sejarah tok janggut pernah diceritakan secara lisan oleh nenek moyang saya. Namun saya pun belum pasti ia benar atau cerita mulut ke mulut. Tapi ada juga betulnya, sejarah mengatakan Tok Janggut yang menikam wakil Inggeris di Kampung Tok Akib dimana Kampung ini terletak bersebelahan Kampung Nering dan Kampung Saring. Namun sejarah yang diceritakan agak berbeza kerana yang menikam wakil inggeris itu bukan Tok Janggut. tetapi salah seorang pembesar lain yang agak berpengaruh. tetapi identiti sebenarnya dirahsiakan atas sebab2 tertentu.
    Bagi mengenang jasa individu tersebut, maka Tok Janggut yg merupakan anak Panglima Munas telah mengakui bahawa beliau yg menikam wakil Inggeris tersebut.( Tidak Pasti Kesahihanya )
    Versinya sama juga dengan cerita Al-Marbawi di atas.
    Ini hanyalah cerita yang ingin dikongsi bersama. Betul atau salah saya tidak pasti kesahihanya. ini hanya cerita mulut ke mulut sahaja.

  8. 10 edg6e32 Ogos 31, 2009 at 7:47 am

    awak semua babi dan bodoh..

  9. 11 tentera fisabillilah Ogos 19, 2010 at 9:12 am

    sjrh skrng ada yg leh d ketahui n ada yg x lei d ketahui yaitu rahsia la ada byk fktor2 yg d ambl kra..wakohuaqlam

  10. 12 red humayra September 4, 2011 at 10:21 am

    assalamualaikum. saya pernah mendengar cerita tok janggut dari ayah saya. Ayah saya mengatakan banyak sejarah yg d pitar belitkan. hanya org yg dahulu saja yg tahu crita sbenar…

  11. 13 Mohamad Zaimi Mohamad Noh September 12, 2011 at 4:22 pm

    Pejuang-pejuang terdahulu yang menuntut kemerdekaan dari penjajah British seperti TOK JANGGUT, TOK GAJAH, DATO BAHAMAN, DATO SAGOR, DATO MAHARAJALELA, MAT KILAU, MAT SALEH, MAT INDERA, ROSDY DHOBY, RAJA SBDULLAH, dan lain-lain adalah merupakan pejuang sejati. Kebanyakan dari kalangan mereka telah Syahid dimedan pertempuran.

    Sejarah perjuangan mereka telah di putar belitkan oleh penjajah British dengan dibantu penuh oleh UMNO PERIKATAN, dan sekarang BN. Kerajaan BN sekarang tidak mengakui mereka sebagai pejuang kemerdekaan sebaliknya mengampu pihak British supaya mengiktifaf bahawa UMNO lah yang menjadi pejuang menuntut kemerdekaan sebenar.

    UMNO tidak pernah diharamkan pertubuhannya oleh British. Sedangkan pertubuhan-pertubuhan lain seperti API, GERAM, PKMM, dan lain-lain tidak direstui oleh British. PKM diharamkan terus sehingga negara mencapai kemerdekaan dan UMNO PERIKATAN menjadi kerajaan Malaya merdeka dan kemudiannya BN sebagai kerajaan Malaysia. Namun kesinambungan Briitish tetap diteruskan. Sedangkan PKM juga berjuang menentang British untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu sebelum itu.

    Diawal negara merdeka UMNO dengan suara lantang menjerit-jerit melaungkan MERDEKA.!..
    Selepas merdeka UMNO dengan megah mendabik dada memekik dengan penuh takbur HIDUP MELAYU…!!! sambil menghunus keris tumpul berkarat..Dimana MCA,… dimana MIC ketika itu.???….
    MCA… MIC… terlopong-lopong…tenganga-nganga tak tahu nak jerit apa-apa dan tak tahu nak hunus apa-apa…
    Kenapa MCA tidak menjerit HIDUP CINA…..
    Mengapa MIC tidak ikut sama melaungkan HIDUP INDIA…
    ????????…..

    Hanya setelah UMNO BN mula merasai kaum Cina dan India mula cerdik
    baru la mereka mencipta slogan I MALAYSIA yangmana pada hakikatnya tidak akan membawa apa-apa erti pun.
    Itulah sikap hipokrit dan munafik pemimpin UMNO sebuah parti cacamerba, parti rojak. Nama sahaja parti melayu tapi berbagai-bagai suku kaum dan keturunan yangmana setengahnya tak tahu bangsa apa.

    KUTTY suku bangsa mahathir… THAMBY…suku bangsa rahim, BABA NYONYA dari puak-puak ghafar…MERICAN dari suku kaum apa entah,..puak suku bangsa NAINA-NAINA p.pinang,…puak SHEIKH,… puak-puak SYED pun ada … Semuanya berkumpul dalam sebuah parti yang mendakwa parti melayu. Selepas ini ada suku bangsa dari KAZASTAN dari keturunan bani najib dan mungkin akan wajud daripadanya suku bangsa SETAN.

    Nak tahu kenapa mereka ini berkumpul dalam UMNO dan mengaku melayu. Sebab UMNO menggunakan nama melayu untuk mengaut kekayaan dalam negara ini atas nama HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU yang tak pernah pun meleleh kepada rakyat yang bernama melayu. Mereka hanya membutuh perut perut pemimpin mereka dan kaum kerabat mereka sahaja.

    Oleh itu, sedarlah wahai jenerasi-jenerasi muda sekarang, bahawa UMNO BN ini lebih bahaya dan jahat dari KOMUNIS..

  12. 16 IN RAFI Februari 25, 2012 at 5:15 am

    Salam semua. Sebenarnya sejarah kita dan sejarah lain telah diubahsuai oleh yahudi melalui british sebagai kuasa utama dunia ketika itu.

    Sejarah malaysia, jika benar Melaka itu hebat, kerajaan besar, mana istana sultannya? Putri hang li Po mana perginya? Hang tuah pulak bagaimana? tak terfikirkah?

    Sejarah malaysia/tanah melayu dirancang oleh Sultan(yang bertaraf gabenor) ahmad tajuddin pembelot yang memerintah seberang prai dan P.Pinang. Juga dibantu oleh munsyi abdullah yg berkerja sebagai kerani stamford raffles. Raja sukhotai (Chulalongkorn mengupah pula col. james low untuk menulis sejarah melayu bahawa ufti dihantar oleh kerajaan kedah, kelantan trg etc adalah kepada Raja Thailand. TIPUUUUU

    Tengku Abdul rahman al Haj pula sebagai PM berkuasa dan memusnah bukti sejarah kedah dengan menimbus, meroboh @ mengubahsuai bukti dan meletakkan patung hindu dari india yang dibawa british (kononya kedah diduduki oleh kerajaan hindu). tahukah anda beliau adalah cucu kepad raja chulalongkorn thailand? tujuannya, kerajaan kedah tidak ada bukti untuk menuntut wilayah selatan thailand.
    Gabenor yang taraf sultan masa itu sama dengan sultan sekarang jaga negeri dan bayar cukai(ufti) kepada Duli Yang maha mulia; Sultan kerajaan kedah tua. raja terakhir adalah long ghafar. sila mengoggle sejarah realiti negeri kedah.

    kerajaan ini jatuh pada 1767 akibat dari pakatan British-Sukhothai-Sultan ahmad tajudin masa tu berjawat sebagai laksamana laut. beliaulah yang menyeludup Tentera sukhothai -british masuk melalui kota kuala muda kedah dan membunuh sultan abu bakar duli yang maha mulia dan merampas Ufti Ufti dan chop mohor dan dibawa ke bangkok. Apapun kerajaan kedah merampas semula wilayah dengan bantuan tentera manchu china dan sultan ahmad tajudin babi tu dibawa british lari ke negeri melaka. besar kerajaan ini adalah dari burma, kemboja, filifina, (british 1783) indonesia dan (British-1781)australia. sukar nak percaya kan..

    semenanjung tanah melayu ini nama asalnya adalah semenajung malaca. tetapi british telah menukarnya kepada semenjung tanah melayu selepas perang dunia ke 2.(sila rujuk peta sejarah dari france bukan dari british).bacalah serjarah realiti negeri kedah.

    • 17 brightstarlavandula Disember 3, 2012 at 11:09 am

      Salam Prof/Tuan In Rafi,

      terima kasih di atas segala penjelasan tersebut.
      mungkin Prof/Tuan membuat penyelidikan tentang perkara2 tersebut.
      Dan saya memang x buat penyelidikan langsung, tetapi meminati topik2 political science dan ketamadunan ini.

      maaf kiranya saya bertanya beberapa soklan yg ingin saya tahu. soalan2 saya adalah seperti berikut (mungkin terpaksa copy-paste daripada statement Prof/Tuan):

      1) ‘Sebenarnya sejarah kita dan sejarah lain telah diubahsuai oleh yahudi melalui british sebagai kuasa utama dunia ketika itu’.
      – bagaimanakah yahudi mampu utk mengubah sejarah asia tenggara sedangkan mereka tiada kaitan langsung dlm sejarah asia tenggara. dan apakah tujuan mereka kerna kaum yahudi dan agama mereka tidak termasuk dlm sejarah asia tenggara.

      2) ‘Raja sukhotai (Chulalongkorn mengupah pula col. james low untuk menulis sejarah melayu bahawa ufti dihantar oleh kerajaan kedah, kelantan trg etc adalah kepada Raja Thailand. TIPUUUUU’
      – adakah sukhotai yang dimaksudkan adalah suku Thai? kerna chulalongkorn adalah dalam dinasti chakri (adakah fakta ttg dinasti ini juga adalah satu pembohongan?).
      – bagaimanakah dan apakah bukti bahawa col. james low dan chulalongkorn bersekongkol? adakah ada dlm penulisan/manuskrip atau dari mulot ke mulot sahaja.

      3) fakta ttg TAR itu pula saya trima agak berlawanan dengan seorang penyelidik lain. TAR cucu chulalongkorn sama, tapi dari aspek membuat patung2 hindu dan candi etc tersebut agak bercanggah. penyelidik tersebut menyatakan bahawa di situ dahulunya banyak monumen Islam tetapi dirobohkan dan dinaikkan candi dan patung2 hindu oleh kerajaan siam/thai… tetapi tahunnya adalah sebelum wujudnya TAR…
      tetapi kenapa hindu dan bukannya buddha?

      4) ‘kerajaan ini jatuh pada 1767 akibat dari pakatan British-Sukhothai-Sultan ahmad tajudin’
      – adakah yg dimaksudkan suku Thai atau, kingdom of sukhothai? kerna kingdom of sukhothai wujud pada 1238 – 1438 (adakah fakta ini juga turut diputar-belit?)

      5) ‘(sila rujuk peta sejarah dari france bukan dari british).bacalah sejarah realiti negeri kedah’
      – adakah british sahaja yg memanipulasi sejarah tanah melayu? bagaimana dgn france? adakah sejarah oleh france boleh digunakan oleh kita?
      -kenapa thai/siam mahu bersekongkol dgn british dan tidak dgn france? adakah kerna france telah merampas tanah jajahan siam/thai? knp siam/thai tidak bersekongkol dgn british utk merampas kembali tanah jajahan siam/thai drp france tetapi lebih fokus terhadap tanah melayu?
      – adakah sejarah kedah sepatutnya digunapakai oleh kita ttg kewujudan tanah melayu? adakah sejarah/manuskrip kedah tersebut terselamat daripada rampasan kuasa british berlandaskan kepada para 4 Prof/Tuan di atas?

      Saya bukan menidakkan segala kenyataan Prof/Tuan kerna Prof/Tuan telah membuat penyelidikan ke atas perkara2 tersebut.
      Saya cuma ingin kepastian tentang segala persoalan tersebut. ini adalah kerana terlalu banyak percanggahan sejarah ketamadunan tanak melayu dan siam ini.

      Sekiranya ada segala kata2 penulisan saya yang agak kasar, mohon maafkan kerna tatabahasa saya kurang memuaskan.

      Segala jawapan yang Prof/Tuan berikan amat saya hargai.

      Terima kasih.

  13. 18 brightstarlavandula Disember 3, 2012 at 10:08 am

    saya agak terkonfius dengan beberapa fakta sejarah…
    ada yg kata sultan2 di malaysia ini adalah berketurunan siam.
    ada lak yg kata dr indonesia.

    adakah siam dan thai adalah berbeza?
    siam adalah islam dan thai adalah buddha..?

    Tunku Abdul Rahman dikatakan cucu chulalongkorn…
    tetapi biler negara Thai hendak menyerahkan pattani, yala, satun songkhla etc kepada malaysia pada 1957, dikatakan, Tunku Abdul Rahman menolak kerna chulalongkorn tidak membenarkannya…
    sedangkan chulalongkorn mangkat pada1910. bagaimana chulalongkorn mampu memberi nasihat begitu?

    dan adakah fakta2 ini telah bercampur-aduk dgn fakta yg x betol…?

    ada penyelidik menyatakan bahawa dinasti ayuthaya adalah di bawah naungan Raja Thai yang beragama Islam.
    tetapi semua bukti itu telah dihapuskan oleh pihak perancis yg bersekongkol dgn Thai buddha.
    malah telah menaikkan semua wat-wat (kuil buddha thai) utk menghilangkan bukti bahawa dinasti Thai terdahulu adalah beragama Islam.

    bahsa siam adalah berlainan drp bahasa thai…
    org thai buddha tidak akan fhm bahasa siam…
    adakah ianya berkaitan loghat?
    atau ianya berkaitan bahasa yg mmg xboleh difhmi langsung seperti bahasa sunda dengan bahasa jawa..?

    sejarah dan manuskrip thai/siam menceritakan tentang kewujudan thai/siam, peperangan mereka, agama mereka etc…

    sejarah manuskrip malaya menceritakan ttg kewujudan malaya dan Islam dan hanya sedikit ttg thai/siam. kebanyakannya lebih kepada Islam dan indonesia di tanah melayu/malaya.

    hanya manuskrip kedah tua (seperti yang dinyatakan oleh seorang penyelidik) menyatakan tentang perkara tentang Islam, Thai, Siam, Melayu.

    so skrg yg mana yg benar…?

    terus konpius….

  14. 19 Irfan Februari 22, 2013 at 4:21 pm

    itu bukan gambar sebenar tok janggut…..try cara anak cucu beliau di kelantan…..akan tahu kisah sebenar….sejarah melayu byk diputarkan belit oleh penjajah….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: