Berani Kerana Benar !

   

Bismillah alhamdulillah. Siapa monyet ? Siapa pondan? Kenapa nak takut dengan monyet ? Apa salahnya si pondan bersuara menegakkan kebenaran ? Takut dengan siapa ?  Allah atau monyet ? Pelik tapi benar. Tak sangka monyet pun pandai nak mengkritik kerajaan ye. Itulah perumpaman yang dibuat oleh kerajaan pimpinan Pak Lah terhadap blogger-blogger hari ini. Persoalannya, mengapa harus takut? Berani kerana benar, takut kerana salah.

        Isu yang di ketengahkan oleh para blogger dapat dilihat dari satu sudut, ianya tidak lebih menginginkan kerajaan melakukan sesuatu yang terbaik. Bukankah itu satu kelebihan buat kerajaan dalam mengenal pasti apakah kelemahannya selama ini? Atau takut, sokongan rakyat akan hilang ? Islam itu jalan penyelesaian.

       Terbaca artikel di laman Harakah Daily dalam ucapan Tuan Guru Nik Aziz yang mengupas isu berkenaan ketelusan media dan blogger. Beliau berkata :

Tuan Guru dalam majlis ulang tahun ke 20 Harakah Daily

” pengamal media termasuk ‘bloggers’jika menyampaikan berita dan maklumat yang benar adalah berada di jalan yang mulia sejajar kehendak Allah SWT “

        Kepada blogger-blogger semua, usaha anda untuk menegakkan kebenaran mestilah ikhlas, jujur telus dan betul. Jauhilah daripada segala macam unsur-unsur fitnah, berita palsu, dan perkara-perkara yang lari dari garis panduan Islam. Buatlah semua ini ikhlas semata-mata kerana cintakan kebenaran dan cintakan Islam.

       Kepada para pemimpin, ketahuilah yang batil itu tetap batil, dan yang benar itu pasti selamanya benar. Al-quran dan As-sunnah itu panduannya. Jangan jadi pemimpin yang zalim pada diri sendiri dan orang lain. Sesungguhnya merugilah orang-orang yang berbuat kezaliman itu.

5 Responses to “Berani Kerana Benar !”


  1. 1 Pembebel Ogos 21, 2007 at 3:23 am

    Ish, kira aku ni dalam kategori mana eh? Kui3.

  2. 2 nuriman Ogos 21, 2007 at 4:04 am

    Assalamualaikum…ya berani kerana benar…takut kerana salah..betul2. Kata Ayah Ziz( panggilan orang kampung sy kepada MB kelate) buatlah semua ini ikhlas semata-mata kerana cintakan kebenaran dan cintakan islam.

  3. 3 nuriman Ogos 22, 2007 at 12:40 am

    hmm tuan pembebel…membebellah ya, sebab sy suka membaca bebelan anda tu…teruskan……….

  4. 4 norazua September 7, 2007 at 2:24 am

    ya..walau aper2 pun pendapat masing-masing, kita perlu menghormati dan mempertimbangkannya. Yang baik, kita ambil. Dan yang kurang baik, kita jadikan iktibar. Sama-sama berkongsi pendapat, kelebihan dan kekurangan masing-masing. Supaya ‘kelebihan’ dapat menampung ‘kekurangan’. Dan ‘kekurangan’ dapat diisi ‘kelebihan’. Saling menasihati dan sayang meyayangi. SAYANG.

    Jauhi permusuhan dan hasad dengki. bersihkan hati. jangan sesekali melabelkan orang lain sebagai ‘monyet’, ‘bodoh’, ‘buta’ dan lain-lain unsur negatif lagi. kerana Allah telah jadikan kita sebaik-baik ‘khalifah bumi’. Perbuatan dan kata-kata tak bermoral ini akan memberi contoh yang tidak baik kepada orang lain. Perlukah pemimpin-pemimpin negara Islam dilihat lebih kurang sama dengan remaja-remaja merempit dan melepak yang terjerit dan memaki hamun di jalanan?

    Siapa yang perlu memimpin siapa? …Semua yang baik dari Allah. Dan setiap yang berlaku, pasti..pasti ada hikmah nya. Salam sayang dari ‘Saya’ untuk semua.. =)

  5. 5 norazua September 7, 2007 at 2:26 am

    Moga Islam Hadhari membahagiakan Malaysia! =)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: