Siapa Monyet Sebenarnya ?

        Bismillah alhamdulillah. Beberapa minggu yang lalu, sahabat saya ada mengkhabarkan kepada saya tentang pandangan Pak Lah kalau tak silap, yang mengatakan bahawa blogger-blogger ni macam monyet. Hari ini sempat membuka laman Malaysia Today, keluar pulak isu yang pemuda umno nak lawan blogger-blogger ni. Terfikir sejenak, siapa sebenarnya yang monyet ? Fikirkan sejenak ….

Pemuda UMNO sedia kempen guna Internet

Oleh: FERZALFIE FAUZI
Utusan Malaysia

Pergerakan Pemuda UMNO mempertimbangkan untuk menggunakan Internet bagi menangkis serangan pembangkang yang menggunakan kaedah komunikasi itu bagi menarik pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Monyet dan Orang Utan Tiada Bezanya

Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata Pemuda UMNO melihat usaha DAP untuk berkempen melalui dunia siber sebagai serius kerana terdapat ramai pengguna Internet terdiri dari golongan muda.

“Kita akui bahawa ini gelanggang yang kita belum masuk secara total. Ini satu perkara yang perlu kita atasi dalam masa terdekat kerana kita tahu medium Internet akan jadi medium komunikasi pada masa akan datang.

“Kalau tiada kehadiran (Pemuda UMNO) maka kita akan kehilangan sokongan dari orang muda yang hanya melihat dunia hakiki melalui dunia siber,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Pameran Pelajaran dan Kerjaya Malaysia 2007 di sini hari ini.

Menurut Khairy, UMNO akan kehilangan sokongan di kalangan golongan muda jika mereka tidak menggunakan kempen melalui Internet.

“Kita sedang melakukan pemerhatian mengenai perkara ini dan akan melaksanakan sesuatu supaya mesej BN dapat disampaikan melalui e-media.

“Kita sudah bersedia melalui kempen secara Internet melalui penulis-penulis dalam laman web pemuda (UMNO),” jelasnya.

Bagaimanapun menurut Khairy, fenomena dalam Internet masih tertumpu kepada berita sensasi bukannya kepada berita yang sebenar.

Justeru, tambahnya, berita di Internet mungkin tidak sahih dan susah untuk mencari sumber berita berbanding dengan media tradisi seperti media cetak dan elektronik.

“Ia merupakan satu cabaran besar kepada UMNO dan BN kerana kita ingin menyampaikan satu berita yang sahih tetapi dalam masa yang sama pengguna Internet lebih tertumpu kepada berita sensasi,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, beliau belum menerima sebarang saman daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya menuduh bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebagai ejen Amerika Syarikat dan pengkhianat bangsa.

0 Responses to “Siapa Monyet Sebenarnya ?”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: