Pak Pandir Versi Arab

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Gambar tersebut sekadar hiasan,tiada kena mengena dengan tajuk post ini

Al-kisahnya begini. Suatu masa dahulu dikhabarkan ada dua beranak yang tinggal di sebuah kampung. Seorang ayah bersama anaknya. Tugas mereka seharian ialah menjaga ladang kurma milik tuannya. Pada suatu hari, sedang mereka berteduh di bawah pohon kurma, maka bermulanya perbualan di antara seorang ayah dan anaknya.

Anak : “Ayah ! ayah sehat ke ?” ( persoalan yang ditimbulkan oleh si anak kecil tanda seorang anak yang mengambil berat tentang ayahnya ) .

Ayah :”Ahamdulillah, sehat” ( jawapan seorang ayah tanda syukurnya pada tuhan Maha Pencipta)

Anak : “Ayah ! sebenarnya saya ada satu soalan yang saya nak tanya pada ayah. Boleh ke ayah ayah ?”. ( soalan anak yang memandang pada pepatah melayu yang berbunyi ” malu bertanya, sesat jalan” )

Ayah : “Ya nak, tanyalah”. ( sambil tersenyum, melihat kesungguhan anaknya yang agak ganjil,terdetik di hatinya, ” haiii..buang….. tebiat ke anak aku ni !”).

Anak : “Ayah, kenapa buah kurma tu kecil?. Kalau kita tengok pokok dia besar tapi buahnye kecil. Lepas tu kalau kita tengok pokok tembikai pula, pokoknya kecil tapi buahnya besar ya amat. Kenapa ya ayah ?”. ( anak itu mengerutkan dahinya sambil menggaru-garu kepalanya ketika bertanya )

Ayah : “Ooo..itu rupanya yang anak sebuk nak tanya pada ayah. Kalau anak nak tahu sebab apa, ayah kan ceritakan sebab apa dan ayah ada satu cerita mengenai buah kurma ni. Tapi….

Anak : “Hah ! tapi apa yah ? ( anak yang bersungguh-sungguh ingin mengetahui jawapan itu berasa tak sabar dengan cerita ayahnya. Namun ayahnya tetap kelihatan kool saja ).

Ayah : “Baiklah, ayah akan cerita. Pada suatu hari, sedang ayah menjaga ladang ini, ayah tertidur di bawah pokok kurma dekat sebelah hujung sana. Sewaktu di dalam tertidur. ayah bermimpi bahawa ayah menjadi seorang pahlawan terkenal di dunia ini. Ayah banyak menyelematkan ramai orang daripada anasir-anasir pihak musuh dan orang jahat. Satu masa, ketika ayah berjalan menuju untuk pulang ke rumah, ayah terserempak dengan sekumpulan penjahat yang berada di atas rumah tuan kita ini. Ayah tahu bahawa nyawa ayah tidak selamat lagi. Maka, sebagai seorang pahlawan, ayah bertekad untuk mempertahankan tempat ini dan ayah bersedia untuk terkorban. Jadi, bermulalah episod ngeri. Kumpulan penjahat itu telah mengeluarkan senjata mereka, lalu melepaskan dan melemparkan ke arah ayah. Waktu tu ayah bertawakkal. Ayah pejamkan mata dan berpeluk tubuh. Ayah tunggu jugak senjata tu sampai kat badan ayah. Tapi lambat bebenor lah pulak. Ayah bertekad untuk membuka mata. Lantas tubuh ayah terasa seperti ditusuk sesuatu. Ayah ingat ayah dah mati sebagai seorang pahlawan sejati. Tapi lain pulak yang jadi. Ayah hidup lagi. Waktu tu, ayah terkejut ya amat. Nak tahu sebab ape? sebabnya kumpulan pejahat itu bukanlah melemparkan bom atau peluru ke arah badan ayah. Tapi hanya menggunakan beberapa kilo buah kurma. Hah hah hah ! Ayah pun ketawa terbahak-bahak. Maka ayah pun terjaga dari tidur, rupa-rupanya ayah hanya bermimpi. Lalu ayah pun termenung seketika. Tidak lama selepas itu ada lah pulak buah kurma dari pokok yang menjadi tempat ayah berteduh tu jatuh kene hidung abang. Ayah terkejut, tapi nasib baik takda apa-apa yang berlaku. Sebab buah kurma tu kecil. Maka, terdetik di hati ayah suatu formula yang ayah termejahkan di dalam bentuk kata-kata iaitu ” nasib baik buah kurma ni kecil, kalau buah kurma ni besar macam buah tembikai, nahas di buatnya “. Begitulah cerita ayah nak.. ( dengan memek muka yang sedikit manis dan jelingan mata yang tajam, ayah berharap ceritanya itu dapat memuaskan hati anaknya )

Anak : “Ooo… macam itu rupanya ayah. Betul juga ya. Kini baru saya tahu kenapa buah kurma itu kecil. ( senyap untuk beberapa ketika ). Ayah !!! ( tiba-tiba anaknya menjerit memanggil nama ayahnya lalu bertanya🙂 Ayah, macam mana pulak, dengan buah kelapa? kalau lah buah kelapa tu yang menimpa ayah, bukankah buah kelapa itu besar dan keras? ( soalan yang timbul di benak fikiran anak kecil ini menandakan timbulnya keraguan terhadap cerita ayahnya )

Ayah : “A…a..a.. ( sambil menggaru-garu kepala ayahnya mencari jawapan kepada soalan killer anaknya itu lalu ayahnya pun menjawab🙂 Eh! anak, sekejap ya, bagi ayah berehat dan tidur dulu di bawah pokok kelapa. Nanti baru ayah dapat jawapannya. ( sebenarnya, tak tahu pun jawapannya, alasan nak lari dari menjawab soalan anaknya itu ).Maka selesailah kisah seorang ayah bersama anaknya.Bersama-samalah kita mencari jawapannya, dan sentiasalah kita memikirkan hikmah disebalik kejadian makhluk cptaan Tuhan. Sesungguhnya tidak lah Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia melainkan ada sesuatu disebaliknya.

Kenapa buah kelapa besar ya ?

5 Responses to “Pak Pandir Versi Arab”


  1. 1 Anak Singa Ogos 17, 2007 at 8:23 am

    Oh ayah…

    Kisah yang menarik🙂

  2. 2 Life Of 'AKU' The Episode Ogos 17, 2007 at 8:35 pm

    ambillah pengajaran dariya .. setiap sesutau ada hikmahnya ….

  3. 4 fatkurohman Mac 3, 2010 at 1:44 am

    cerita yang membuat aku tersenyum

  4. 5 Tanpa Nama Oktober 28, 2014 at 3:51 am

    Kami membekal anak pokok kurma madu jenis klon diambil dari Chaing Mai Thailand. Dalam 3 tahun akan berbuah. Baka jenis Sapawi. Harga RM200 sepokok. Jika ditanam dari biji kurma 80% tidak akan berbuah manakala jika jenis klon ini 80% akan berbuah. Bertempat di Kluang, Johor. Berminat tel/whatsapp: 013-2071229 atau 012-7606921.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: