Emosi Ku Terganggu ….

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


          Malam datang, siang pergi, jiwa ku resah, serba tak kena, aduhai !!! sakit sungguh cabaran yang ku tempuh, hati gelisah, buat ku tak senang, ku terpinga mencari ketenangan, lantas jari ku pantas meneroka impian, lalu ku ketemu, ubat jiwa penghilang resah, Namun sendiri ku tak menyedari, sadisnya hidup ini, Ya Allah syukur ku lafaz buat rahmat Mu yang terbentang luas, Biarkan semuanya terjadi berlalu pergi, yang pasti ku telah temui apa yang ku cari, kan ku hidangkan buat tatapan semua, moga jadi pedoman diri, yang bukan ku buatnya sendiri, ku hanya mencari, apa yang belum ku perolehi, dari Baginda kekasih ilahi, tatapilah kisah ini : …..

Seorang lelaki berjumpa Ibnu Mas’ud meminta nasihat untuk dijadikan ubat jiwanya yang sedang resah gelisah, fikiran kusut, tiada selera makan dan tidak boleh tidur seperti biasa.
Ibnu Mas’ud menyatakan bahawa untuk mengubatinya ia menasihati agar sahabat tadi mengunjungi tiga tempat iaitu tempat orang membaca al-Quran. Atau mendengar baik-baik orang yang membaca al-Quran. Pergi ke majlis ilmu yang mengingatkan hati kepada Allah, memohon ketenangan jiwa dan ketenteraman fikiran juga kemurnian hati. Andainya jiwa masih juga tidak terubat dengan cara ini, minta kepada Allah agar diberi hati yang lain, kerana hati yang dimiliki bukan hatinya.

Sahabat itu mengamalkan apa yang disuruh oleh Ibn Mas’ud. Dia pergi mengambil wuduk kemudian membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selepas sempurna membaca al-Quran, jiwanya dirasa begitu tenang dan tenteram, manakala kegelisahannya hilang sama sekali.

Membaca al-Quran, sama ada memahami ertinya atau tidak adalah ibadat, amalan soleh dan memberi rahmat serta manfaat bagi mereka yang melakukannya.

Memberi cahaya dalam hati, memberi cahaya kepada keluarga juga tempat di mana al-Quran itu dibaca.

Sebuah hadis riwayat oleh Bayhaqi daripada Anas dinyatakan bahawa Rasulullah ada bersabda, maksudnya: “Hendaklah kamu beri nur (cahaya) rumah tangga kamu dengan sembahyang dan dengan membaca al-Quran.”

2 Responses to “Emosi Ku Terganggu ….”


  1. 1 melayubodoh Ogos 21, 2007 at 2:41 am

    allah maha besar. al quran dusturuna … (komen setelah di edit)

  2. 2 are_ja September 3, 2007 at 3:32 am

    al Quran penyuluh hidup


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: