Usrah 1

         ” Di antara manusia ada yang mengatakan: “kami beriman kepada Allah dan hari kemudian, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman” al-baqarah : 8

          Bismillah alhamdulillah. Hari ni, seperti biasa. Takde apa yang terbaik dapat saya paparkan dalam blog yang tak seberapa ini. Masa yang ada pun kadang-kadang kita tak dapat nak guna dengan sebaiknya. Apa-pun, barang yang lalu usahlah dikenang. Kita kena berubah dari hari ke hari untuk menjadi yang terbaik. Kelmarin saya menghadiri usrah yang dikendali oleh sahabat saya. Dalam masa yang sama saya dipertanggungjawabkan untuk membentangkan subjek tafsir quran berkenaan golongan orang munafik. Alhamdulillah, banyak juga ilmu yang saya dapat. Mungkin boleh dikongsi bersama.

          Mengenai orang munafik ini, pada zaman Rasulullah S.A.W mereka ini hanya berpura-pura menzahirkan dirinya beriman kepada Allah, tapi hakikatnya mereka ini tidak beriman. Bahkan mereka ini bukan sahaja berpura-pura, lebih teruk lagi mereka ini menjadi teman  kepada musuh-musuh Islam. Di dalam Surah al-baqarah ayat yang ke-8 ada menceritakan golongan-gologan orang munafik ini, yang mana  mereka ini mengatakan beriman kepada Allah dan hari akhirat, padahal mereka tidak pun beriman. Mereka sebenarnya bukan menipu Allah dan orang-orang beriman, sebaliknya mereka telah menipu diri mereka sendiri. Di dalam tafsir susunan Tuan Guru Haji Hadi, ada menerangkan bahawa golongan-golongan tersebut bukan sahaja ada di zaman Rasulullah S.A.W sahaja, bahkan mereka ini ada pada setiap zaman sehinggalah hari ini. Namun begitu, kita tidak diajar untuk mudah mengatakan seseorang itu munafik selagi mana kemunafikan mereka tidak terzahir. Cuma kita haruslah berhati-hati dengan orang-orang yang mempunyai sifat-sifat munafik ini. Allah itu maha berkuasa. Walaupun mereka menyembunyikan kemunafikan mereka, lambat laun sifat mereka akan diketahui juga. Sepertimana ketua orang munafik di zaman Rasulullah iaitulah Abdullah Bin Ubai. Pada mulanya dia adalah seorang tukang memberitahu kedatangan Rasulullah S.A.W  kepada para sahabat setiap kali Rasulullah datang ke masjid akan tetapi hatinya amat bermusuhan dengan orang Islam seperti yang dinyatakan dalam sesetengah kitab zaman dahulu,

“Di mana dia adalah hamba yang lidahnya manis daripada madu dan hatinya lebih pahit daripada jadam, dia memakai di hadapan manusia pakaian seekor kambing yang amat lembut tetapi pada hakikatnya dia adalah seekor binatang buasa yang sentiasa mencari peluang untuk mencengkam mangsanya “.

          Inilah perumpamaan yang dibuat terhadap golongan orang munafik. Di dalam al-quran Surah al-Baqarah ayat yang ke-204 ada menceritakan tentang kehebatan mereka ini dalam berkata-kata yang maksudnya :

“Terdapat di kalangan manusia orang-orang yang kamu kagum (taajub) dengan cakap mereka di atas dunia ini, menyebabkan engkau tertarik hati mendengarnya dan mereka bersumpah dengan mengatakan bahawa  Allah menjadi saksi atas apa yang ada di dalam hatinya, pada hal ia adalah 0rang yang sangat keras permusuhannya “.

       Sejarah juga ada  menyebutkan bagaiman kisah seorang yang bernama Al-akhnas telah datang menemui nabi untuk menzahirkan keislamannya, namun pada hakikatnya dia adalah kafir. Ibnu Abbas R.A ada mengatakan bahawa ayat al-quran yang saya paparkan di atas diturunkan kepada orang munafiqin yang bercerita tentang sahabat Rasulullah S.AW yang bernama Khubaib dan sahabat-sahabatnya yang mati dibunuh di dalam satu peristiwa yang mana dinamakan peristiwa Ar-roji. Walaubagaimanapun ulama’ telah berselisih pendapat tentang peristiwa tersebut. Ada ulama’ yang mengatakan bahawa peristiwa ini berlaku apabila ada sekelompok kabilah arab yang meminta supaya nabi mengahantar beberapa orang sahabat supaya mengajar mereka al-quran. Mereka sebenarnya telah menipu nabi. Apabila para sahabat telah dihantar, lalu mereka terus menangkap sahabat-sahabat tersebut dan membunuhnya. Tetapi mengikut satu riwayat yang lain. yang lebih sahihnya ialah peristiwa yang menyebut penglibatan Khubaib kerana dalam peristiwa tersebut terdapatnya sahabat yang bernama Khubaib yang ditawan oleh orang-orang kafir dari satu kabilah orang arab kemudian diserah kepada orang quraisy lalu dilakukan upacara pembunuhan ke atasnya sedikit demi sedikit.

      Begitulah pengorbanan besar para sahabat. Namun begitu, orang munafik telah memperkecilkan mereka dengan mengatakan perkara yang tidak sepatutnya. Celakalah mereka ini. Banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah ini. Mereka bukan saja berpura-pura baik, tapi mereka berkawan dengan musuh Islam, menghasut musuh Islam dan orang-orang Islam sendiri supaya meninggalkan kerja-kerja orang Islam sepertimana di dalam kisah Perang Tabuk. Merekalah orang yang banyak mencipta alasan untuk tidak pergi berperang dan mereka juga menghasut orang-orang Islam supaya duduk diam bersama mereka membiarkan Rasulullah dan para sahabat bersusah payah. Hari ini kita mungkin tidak nampak siapakah diantara kita ini yang berpura-pura, namun kita dapat lihat bagaimana adanya dikalangan kita ini bersetongkol dengan musuh-musuh Islam demi sesuatu kepentingan mereka. Andai kita benar-benar prihatin, maka kita akan mengetahuinya. Inilah tugas kita, kita bukan sahaja perlu berhati-hati dengan golongan ini, bahkan kita harus memeranginya. Di dalam al-quran ada menerangkan bahawa kita harus bersikap tegas dengan mereka ini sepertimana ayat di dalam Surah at-taubah ayat yang ke-7. Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri atau sifat-sifat orang munafik ini, dan perkara yang biasa disebut adalah berkenaan tiga tanda atau sifat munafik ini iaitulah :

 “apabila mereka bercakap mereka berdusta, apabila mereka diberi amanah mereka khianat, apabila mereka berjanji, mereka memungkirinya”

     Mudah-mudahan kita dapat menghindari dari sifat-sifat tersebut. Saya rasa hanya ini sahaja yang dapat kongsikan, mudah-mudahan kita dapat jadikannya sebagai pengajaran dan kita dapat manfaat darinya. Tak lebih untuk mengingatkan diri saya sendiri. Dengan kesempatan yang ada ini, saya menyeru kepada diri saya dan semua, agar kita sama-sama pertingkatkan amalan, dan islah diri kita setiap masa untuk menjadi yang terbaik. Jadikan masa yang ada ini sebagai satu peluang untuk kita mendapatkan bekalan bertemu denganNya. InsyaAllah. Wallah a’lam.

0 Responses to “Usrah 1”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: