Aku Dan Kehidupan

 

Bismillah alhamdulillah. Dah lame tak update blog ni. Mungkin sebuk sedikit sebelum ni. Setiap kali tengok blog ni, saya cuma mampu melihatnya sahaja, kemudian fikir… lawah ke tak blog ni. Bila deria penglihatan mengatakan ianya tak lawah…mulalah rasa tak senang hati. Hasilnya, apa yang dah jadi kat blog ni, itulah yang telah saya lakukan demi memuaskan kehendak yang memang tak pernah puas. Namun, pengisian yang bermanfaat juga saya tak lupakan. Cumanya, makin lama, makin kering idea. Wallah a’lam. Pengalaman hidup di bumi anbiya’ ini, banyak mengajar kepada saya erti kehidupan. Baik apa yang berlaku disekeliling saya, mahupun pada diri saya sendiri. Subhanallah. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Manusia ni macam-macam. Tahap pemikiran dan apa yang difikirkan oleh seseorang itu tidak sama. Menjadi orang yang diberi kepercayaan oleh orang ramai memang sesuatu yang berat untuk dipikul. Saya rasa orang selayaknya untuk merasa “makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah” itu adalah orang yang dipertanggungjawabkan memegang amanah. Dalam keadaan kita mengetahui tahap kemampuan diri sendiri, bertambah membuatkan diri kita merasa tak senang nak duduk. Semua ni ujian, tak kurang juga ianya merupakan satu bonus untuk kita. Kita sendiri yang patut meletakkan diri kita itu di posisi yang sepatutnya. Salah posisi, nasib badanlah. Kita tanggung sendiri.

Bila cerita bab amanah, perkara yang paling mudah untuk diketengahkan adalah diri kita sendiri. Anggota badan yang Allah bagi ni pun sudah cukup untuk kita katakan ia juga suatu amanah. Sebab tu kalaulah ditujukan soalan kepada kita, apakah benda atau perkara yang paling berat di dunia? Maka jawapan yang tepat ialah memikul amanah. Ianya lebih berat dari isi dunia ini. Jadi, dimanakah tahap kesedaran kita bila membincangkan soal amanah? Nampak terlalu umum, terpulanglah kepada kita untuk mentafsirkannya kepada sesuatu yang lebih khusus. Apa yang penting di sini, bukan mudah untuk menjadi pemegang amanah yang baik, namun begitu, tidak ada alasan untuk kita mengabaikannya apatah lagi mengkhianatinya. Inilah erti sebuah kehidupan sebenar.

“Nak makan durian, tapi tak nak bukak kulit durian, takut untuk menyentuh duri durian, sampai bila pun kita takkan dapat nak mengecapi kelazatan buah durian tu”

Eh! ade pulak orang mejawab : buat apa susah-susah! beli je dekat emporium, durian segera. Ahakss!!! terserahlah anda.

1 Response to “Aku Dan Kehidupan”


  1. 1 Life Of 'AKU' The Episode Ogos 6, 2007 at 11:05 pm

    Rindu dengan kampung halaman, pengalaman sewaktu kecil menunggu durian jatuh… membuatkan perasaan rinduku semakin membara …. ya Allah tabahkanlah hati ini


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: