Cinta Pertama

Bismillah alhamdulillah

” Alamat cinta adalah bila seseorang sanggup berkorban   demi orang yang dicintainya”

Persoalannya : Siapa yang kita cinta ? Meletakkan kecintaaan pada tempat yang tidak selayaknya, maka kita adalah penjenayah cinta.

” Cintakan Allah, banyak mengingatinya. Cintakan Rasul, banyak berselawat ke atasnya.  Cintakan diri, banyak memohon ampun dan beristighfar kepadaNya”

         Ungkapan tersebut banyak menyedarkan saya tentang erti cinta sebenar. Kita cinta dengan ibu bapa secinta-cintanya tahap kritikal macam mana pun, tapi andai cinta kita kepada Rasul hanya tahap asal boleh sahaja, maka… iman kita belum sempurna sebenarnya. Adakah kita benar-benar sedar perkara ini ? Terpulang pada tuan empunya diri. Jika kita merasakan diri kita dah meletakkan cinta ditempat yang selayaknya, maka teruskan. Andai belum, sampai bila kita nak bergelar sebagai seorang penjenayah cinta ? Cinta tak salah. Cinta itu murni dan cinta tidak patut dipersalahkan. Persoalannya, salah siapa ? Salah bapak ! atau salah “mereka dan keluarga mereka”.

“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa, dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur” (Saidina Umar al-Khattab).

        Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta.

       Soal cinta, persoalan yang menarik. Namun, belum tentu semua orang mampu mendifinisikan cinta dengan erti kata yang sebenar dan selayaknya. Kita kadang-kadang tak sedar. Syaitan sentiasa mendampingi kita. Tak sekali-kali sang syaitan mengkhianati cita-citanya untuk menyesatkan manusia. Lagi ramai yang sesat,lagi dia suka dan boleh ketawa seumpama ini ” hua hua hua, he he he, ki ki ki” (dengan nada yang mengerikan). Justeru, kita mendapat kemurkaan Allah.

       Konklusinya, kembalilah kepada erti cinta yang sebenar dan selayaknya sebagai hamba Allah S.W.T .

 “Jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya. Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”

 “Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.” (Rabiah al-Adawiyah).

2 Responses to “Cinta Pertama”


  1. 1 bumilangit Oktober 9, 2007 at 1:21 pm

    rabiatul adawiyah

    kerana namanya saja mungkin tenggelam segalanya~

  2. 2 diya Oktober 30, 2007 at 9:02 am

    apa itu cinta ya? dari dulu lg sy cuba menyelami maksud dan makna disebalik cinta…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: