Malaysia Kini

        Bismillah alhamdulillah

       “Berjalan Melihat Dan Mentafsir”

          Malaysia kini. Blog-blog, akhbar-akhbar maya dan yang seumpama dengannya hari ini banyak memaparkan isu-isu yang panas antaranya kes berprofil tinggi Altantuya Sharibu diikuti dengan kes pemaparan gambar TPM kita duduk makan bersama dengan Altantuya, tak kurang panasnya, Malaysia kalah dibelasah teruk dalam siri kejohanan Bola Sepak Asia dan antara isu paling hangat yang tak pernah dilupakan ialah tentang… kepimpinan Pak Lah. Saya tertarik dengan satu isu yang menimbulkan banyak persepsi dan respon dari kebanyakan orang tentang kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku iaitulah kes gambar palsu yang telah disuperimposed kan oleh Ketua Penerangan PKR (Parti Keadilan Rakya) Tian Chua. Di dalam laman KLpos.com, ada memaparkan reaksi Tian Chua berkenaan gambar yang dikatakan bahawa gambar itu adalah gambar palsu ciptaanya. Tak sabar rasanya nak menanti kesudahan episod yang begitu dramatik. Kita bukan nak perkara-perkara yang tak baik berlaku. Tapi inilah hakikat sebenar kehidupan. Banyak perkara yang perlu kita ambil tahu dan ada pula perkara yang cukup untuk kita buat dek saja. Apa-pun, seorang yang mempunyai minda yang waras, sudah tentu reaksi dan tindakan yang waras akan terhasil. Berikut adalah artikel yang diambil dari laman Klpos.com :

CERITA lawak sudah bertukar serius. Itulah nasib Ketua Penerangan PKR Tian Chua yang dihentam bertalu-talu selepas mengaku kepada umum beliau mereka cipta gambar pemimpin negara duduk semeja dengan arwah model Monggolia Altantuya.

Terbaru, semalam, Pergerakan Pemuda UMNO membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung tindakan Tian Chua itu.

Pergerakan itu yang diwakili oleh Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin dan beberapa exco sayap kanan UMNO menyerahkan aduan tersebut kepada Pengerusi SKMM, Datuk Dr. Halim Shafie di Cyberjaya.

Khairy memberitahu, Tian Chua boleh disiasat di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Dr Halim ketika menjawab soalan wartawan berkata, pihaknya akan mempercepatkan siasatan kerana aduan mengenai gambar palsu tersebut mendapat perhatian orang awam.

Ditanya sama ada tindakan boleh diambil sedangkan foto yang dikatakan sebagai Altantuya bukan gambar asli, beliau berkata, ia adalah sebahagian daripada proses siasatan.

Mengenai Tian Chua, Halim berkata, pemimpin PKR itu boleh dipanggil bagi membantu siasatan sekiranya diperlukan.

Blog Tian ChuaSEMENTARA ITU, Tian Chua memberitahu klpos.com bahawa beliau tidak akan pergi sekiranya dipanggil SKMM.

“Mereka bukan polis, jika saya salah saman saja,” katanya ketika dihubungi klpos.com sebentar tadi.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut perkara tersebut.

Biarpun diasak bertalu-talu, PKR dari pemimpin atasan hingga pengikut bawahan mempertahankan tindakan Tian Chua itu.

Dalam perkembangan berkaitan, portal Agendadaily.com melaporkan,  Pergerakan Pemuda UMNO Perak, tidak menolak kemungkinan tindakan Tian Chua menyiarkan gambar palsu itu sebagai satu perangkap untuk menarik perhatian masyarakat dan memanjangkan isu tersebut.Ketuanya, Zainol Fadzi Paharudin berkata, tindakan Tian Chua dilihat sengaja mendesak pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka.“Akhirnya, jika perkara ini berlaku, kerajaan dan kepimpinan akan dipersalahkan. Jelas ini adalah permainan kotor PKR,” katanya. Menurut Zainol, tindakan Tian Chua itu jelas terkeluar daripada batas budaya masyarakat negara ini dan menyimpang daripada norma-norma insan.“Ia hanya menunjukkan sikap sebenar pemimpin PKR. Ia merupakan sikap biadap pemimpin PKR yang mahu memburukkan negara dan kepimpinan negara khususnya Timbalan Perdana Menteri,” ujar beliau. Sehubungan itu beliau mencabar PKR sebagai parti yang kononnya berjuang untuk keadilan, mengambil tindakan tegas terhadap Tian Chua di atas perbuatan yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Malah katanya, pimpinan PKR perlu lebih peka terhadap keharmonian yang telah sekain lama wujud di negara ini.

4 Responses to “Malaysia Kini”


  1. 1 adik_ustaz Julai 17, 2007 at 3:39 am

    Assalamualaikum wrbt akhi. Apa kabar? diharapkan sihat selalu dan sentiasa di bawah rahmat Allah S.W.T. dan istiqamah dalam perjuangan murni ini.

    Malaysia sudah semakin teruk dan nazak. Jika kita lihat, nazak ini bukan sahaja melanda dalam arena politik dan ad-din semata-mata, tetapi macam akhi tulis di awal tadi, bolasepak pun teruk! Apa nak jadi Malaysia?

    Tetapi, pemimpin kita ni bangga dengan Islam Hadhari nya. Maksiat memang no.1 dan dalam ranking dunia, Malaysia dalam senarai top ten indeks rasuah. Peperangan terhadap ulama terutama ulama PAS amat berleluasa dan menjadi-jadi. Tegur sikit kena tindakan, ISA, kena gam, kena banned dan sebagainya. Bolasepak yang kononnya menjadi sukan no.1 negara dan paling popular dengan pelbagai promosi yang menelan belanja berjuta-juta, di dunia Malaysia ranking ke-149. Pernah kalah dengan Sri Lanka 2-1 yang menduduki ranking ke-159 tak silap ana.

    Dalam kes Tian Chua, berkenaan gambar tersebut, mungkin ada maksud tersirat disebaliknya. Kaitan antara Najib dan Altantuya memang menjadi amat laku dan popular umpama pisang goreng panas!

    Tian Chua takkan berani dengan terang-terangan melakukan ‘super-impose’ ke atas gambar itu jika ternyata dia salah. Ini kerana, itu termasuk dalam kes penghinaan tertinggi ke atas pemimpin negara dan boleh dimasukkan ke dalam ISA dan di dakwa di mahkamah. Najib boleh menyaman beliau, tetapi apa tindakan Najib? Diam saja. Seperti betul saja kes antara beliau dan Altantuya. Tian Chua masih menanti tindakan Najib. Yang kelam kabut sekarang, puak-puak bawahan dan pengampu Najib, sedangkan Najib ‘rileks’ saja. Masih boleh makan, tidur dan bercuti dengan selesa.

    Apa-apa pun, Wamakaru Wamakarallah, Wallahukharunmakirin. Takdir Allah tiada siapa dapat menolaknya. Tunggulah saat-saat kehancuran orang-orang yang menderhakaiNya.

    Sekian dulu komen ana ya. Sehingga berjumpa lagi. Ilalliqa’.

    Salam perjuangan. Allahuakbar!

  2. 2 Life Of 'AKU' The Episode Julai 19, 2007 at 11:51 am

    syukran adik_ustaz atas respon yg diberikan…. apa-pun… perjuangan harus diteruskan …..

  3. 3 adik_ustaz Julai 22, 2007 at 3:10 am

    ‘afwan ya akhi….ya perjuangan harus diteruskan…Allahuakbar!

  4. 4 Life Of 'AKU' The Episode Ogos 6, 2007 at 8:19 pm

    adik-ustaz >>> allah akbar >>> lama kita tak bersua >>> semoga thabat di jalanNYA


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: