Demokrasi D’manipulasi

 

        Dulu waktu ‘AKU’ kecil, ‘AKU’ tak tahu apa itu demokrasi apa itu diktator. Sekarang baru aku tahu, rupanya demokrasi macam ‘tu’. Dan diktator itu macam, Opsss!!! lupa. ‘AKU’ telah ‘terkonpius’. Sebab demokrasi zaman kini, telah berubah menjadi ‘demolani’. Keadilan segajat telah bertukar wajah menjadi songsang. Berdiam diri, ibarat pokok mati, sudah tentu memakan diri. Bangun lantang, pun sama tak dapat nak lari. Yang pasti, demokrasi telah D’manipulasi. Tiada keadilan, sebaliknya kezaliman. Yang batil dipertahankan, yang mempertahankan kebenaran, mereka di cop pembawa kemusnahan. Adoi !!! Terasa sakitnya.

        Apalah nak jadi dengan pemimpin kita. Teringat kalam saudara Mahfuz Omar ” Melayu hanya pada hari ini, tetapi tidak pada hari esok, melayu juga hanya di sini, bukan di sana”. Ringkas, tetapi bermakna. Teringat juga tragedi Kampung Berembang, seorang mak cik meluahkan rasa hatinya “kita sokong kerajaan, ini yang kita dapat ?”. Beliau salah seorang mangsa tragedi perobohan penempatan Kampung Berembang. Andai kejadian itu tidak menimpanya, mungkin apakah kalam yang sama akan diluahkan olehnya ?.

        Apapun, fokus kita pada melayu ini adalah terletak pada mentalitinya. Teringat satu fakta berkenaan dengan negara kita yang mengatakan bahawa kemudahan yang ada di Malaysia telah sampai ke tahap pertama, akan tetapi mentaliti masyarakatnya masih berada di tahap ketiga. Apakah sekarang masih lagi begitu?. Lihat saja apa yang berlaku. Terimalah realiti, jangan pula menafikannya kemudian teruskan bersama tindakan yang betul. Benarlah, keseronokan dan kemewahan dunia itu mampu memusnahkan manusia. Tapi dengannya juga mampu membawa manusia kepada bahagia. Kelembutan yang ada pada melayu, adakalanya memakan diri. Hingga perasaan memberontak yang ada dalam diri, malu tersipu untuk diluah. Akhirnya, segala ketidakadilan dan keseimbangan yang telah D’manipulasi megah berkuasa. Sifat malu nak menegakkan keadilan dah jadi habit. Mudah saja, benda baik kita sokong, yang salah itu kita tolak. Benarlah, kalau tiada kekuatan memang kita tak mampu. Sebab itu kita perlu bersatu.

        Melayu hilang di dunia kita nak mempertahankannya. Bagaimana kalau Islam hilang di dunia ?. Ketahuilah Islam adalah jalan penyelesaiannya.

 

Gambar-gambar yang dipaparkan diambil dari blog saudara Mohamad Sabu

0 Responses to “Demokrasi D’manipulasi”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: