Kisah Disebalik Karipap

Bismillah alhamdulillah. Bile cerita pasal karipap, terdetik pulak dekat hati, takut-takut ada orang kan cakap, sebuk cerita pasal karipap, bagilah cerita yang bermanfaat sikit. Eh! tak tahulah, kot-kot ada orang yang berfirkiran begitu, tapi dalam hati ni juga terdetik, bagi orang yang benar-benar complicated, sudah tentu dia bukan seorang yang mudah menghukum. Teringat kata-kata seorang ustaz, melayu ni cepat sangat ops !!!menghukum. Apa maksud sebenar  kata-kata tu? Terserahlah anda. Membuat dan membentuk karipap bukan lah suatu perkara yang mudah. Begitu juga dengan menggorengnya. Kalau tengok gambar itu, bagi yang advance sudah tentu mereka akan mengatakan karipap tersebut belum cukup cantik, tapi bagi orang yang membentuk dan membuatnya, cukup sekdar berkata, kira okaylah tu. Apa-apa pun, kemahiran dan mengetahui teknik itu adalah amat penting. Melakukan sesuatu tanpanya, ibarat menangguk ikan di air yang keruh. Kena ke peribahasa ni. Baiklah, kita fokus kepada skop yang lebih khusus dan kecil, iaitu bab dakwah. Untuk menjadikan mesej dakwah itu berjaya dan lebih efisien seperti terhasilnya sebuah karipap berkualiti, yang mampu menggiurkan para peminat karipap, makanya uslub serta metod dakwah itu perlulah berjalan seiring dengan kemahiran dan teknik yang bertepatan. Orang kata, biar ia kena pada tempatnya. Jangan kita bajet kita ni dah habis hebat, kita pukul semua orang dengan uslub dan teknik yang sama. Ibarat mengadun tepung guna air, nak menggoreng pun guna air. Jadi, mungkin ini satu contoh maksud tersirat dari cerita pembuat karipap, kita boleh kaitkan dengan perkara-perkara lain. Maksudnya dah sampai, andai impikan sesuatu perkara itu mendatangkan impaks yang amat memberangsangkan, makanya kita perlu ada kemahiran dan teknik yang betul. Matlamat baik, cara salah, ibarat mencari kekayaan dengan memakan duit rakyat. Selamat maju jaya.

1 Response to “Kisah Disebalik Karipap”


  1. 1 makluk allah.. September 21, 2008 at 9:54 am

    hai penulis blog nie..
    np ceriter un tntg karipap ni??
    2liz lar blog macam kereta mayat 2 ea..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: