Malam Pertama Ku

Bismillah alhamdulillah. Malam ni merupakan malam pertama bagi aku. Fuhh!!! meletihkan dan menyakitkan. Apa-apa pun, aku bersyukur sebab nilah kali pertama dan merupakan malam yang pertama bagi aku berjinak-jinak dengan wordpress.com ni. Bukan maknanya sebelum ni aku tak pernah lansung jengok-jengok laman ni, pernah je, tapi macam pening je dibuatnya, sebab tak berapa pandai nak guna function-function yang disediakan pada laman ni. Malam ni pun aku tak beapa tahu sangat, tapi aku rasa, aku perlu cuba dahulu.Then kalau ade something, wallah a’lam. Walau camne pun, aku berniat nak teruskan juga, biarlah tak secantik yang diimpikan dan aku akan straight forward dengan satu tujuan iaitu menyampaikan apa-apa yang mampu memberi manfaat kepada diri aku khususnya, seterusnya kepada orang lain. Apa yang akan aku bawakan dan tampilkan pada laman ini adalah berunsurkan beberapa elemen penting iaitu islam, episod hidup aku dan ……. su-isu semasa yang aku fikirkan sesuai untuk diketengahkan. Aku tahu bukan mudah untuk semua ini. Kalau tak ada kesungguhan, jangan impikan nak jadi seperti saifulislam, the forgotten lessonse, the rise of islam dan yang semartabat dengannya. Mengenai aku, memang susah untuk ditafsirkan, aku ni mudah berubah-ubah. Tabiat aku yang sebegitu, membuatkan aku sering gelisah. Ku harap pada insan yang melihat dan menyelami laman ini dapat mendoakan aku agar aku dapat menjadi insan yang terbaik dan dapat memberikan sumbangan yang terbaik kepada Islam agama yang kita semua sayangi. Aku bukanlah insan sehebat ilmuan terdahulu, aku sekadar insan biasa, yang berusaha untuk menampilkan diri dengan personaliti yang baik, suci dan murni. Ikhlas juga menjadi satu titik permulaan bagi aku. Andainya tiada sifat ikhlas dalam diri aku, nescaya aku kan cuba menjauhi diri aku dari terus berkecimpung dengan tabiat aku yang suka menggodek-godek blog dan yang seumpama dengannya. Ape-pun, is nothing impossible. Aku yakin, langkah mula aku ini tidak mampu mendatangkan hasilkan yang terbaik, namun apa yang telah katakan tadi, tidak akan menjadi alasan untuk aku berhenti lantas memutuskan hubungan yang baru ku bina ini. Biarlah aku bermula dengan tiada keihklasan, apa yang kuharapkan, suatu hari nanti aku mampu melakukan yang terbaik berlandaskan lunas-lunas keikhlasan. Ameen ya rabb. Malam ini, malam pertama terjalinnya hubungan aku dengan laman ini dan malam ini jugalah malam yang memberi sinar dan harapan padaku untuk ku merobah diri ku menjadi yang baru. Segala-galanya baru. Biarlah coretan ku ini tiada peminatnya, asalkan ku tidak dibenci, syukur alhamdulillah. Mungkin noktah coretan ku telah terlihat bayang-bayangnya. Bermulanya kisah malam pertama ini, mudah-mudahan menjadi titik tolak bagi insan yang bernama aku. Salam mahabbah buat diri yang mencinta Tuhan Maha Esa. Wallah a’lam.

6 Responses to “Malam Pertama Ku”


  1. 1 shawal Jun 23, 2007 at 10:45 am

    Semoga berjaya!

  2. 2 Life Of 'AKU' The Episode Jun 23, 2007 at 10:54 am

    salam syawal….. thanxz alot….. ni syawal sinar purnama ke?

  3. 3 norazua September 7, 2007 at 2:03 am

    sama la…saya pun tgh explore wordpress ni..

  4. 5 Fakhrurrozy Disember 5, 2007 at 4:48 am

    Semoga sentiasa diberikan petunjuk, bimbingan serta rahmat Allah SWT, serta apa yg menjadi cita tersampai..amin..

  5. 6 hazel Mei 22, 2011 at 11:27 am

    moga dirahmatinya


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: