Halaman Arkib 2

Sinar Rumahtangga

ImejBismillah walhamdulillah.

Bila bercakap soal suami isteri, adakalanya kita tidak mampu. Namun Biarlah ia terkena pada diri sendiri. Asalkan memberi manfaat. Berharaplah pada Tuhan yang berkuasa merubah apa saja. Dari buruk kepada baik, dan sebaliknya. ” Siapa yang tahu ? ” melainkan hanya si suami dan isteri .

Kehidupan berumahtangga adalah sebuah kehidupan yang berbeza dari kehidupan berseorangan. Tanggungjawab semakin bertambah, ada juga beralih arah keutamaannya. Sangat banyak. Bagi kita yang sering melakukan kesilapan dan kesalahan hidup berumahtangga. Marilah kita sama-sama beristighfar.

Sabar, toleransi, lemah lembut, amanah dan jujur, penyayang sangat dituntut. Suami dan isteri perlu memahami kehendak antara satu sama lain. Bila berlaku salah faham. Jangan lah hanya dituding kepada si suami sahaja. Begitu juga sebaliknya. Fikirkan apa puncanya.

” Suami belum selamat. Isteri perlu berjaga-jaga.”

Suami boleh masuk neraka, hanya kerana si Isterinya. dan isteri boleh masuk neraka hanya kerana tidak mentaati suaminya. Masing-masing berpeluang merasai panas api neraka jika masing-masing memilih jalan tersebut. Tarbiyah dalam rumahtangga Suami yang bisu dari mentarbiyah isteri dgn didikan agama adalah suami yg tidak bertanggungjawab dan dicela dalam agama.Isteri perlu beri peluang kepada si suami untuk mengislahi diri suami sendiri dan mentarbiyah diri si isteri. Kepada para suami, sedarlah ianya satu kewajipan untuk memberi kefahaman agar si isteri menjadi isteri yang solehah. Sepatutnya kesilapan lalu, jangan dimomokkan dalam kehidupan hari ini dan masa akan datang. Si isteri yang hanya mengungkit dan mencari kesalahan suami, perlu menginsafi diri. Begitu juga suami.

كل بنى ءادم الخطاءين وخير الخطاءين التوبين “

setiap anak Adam ada melakukan kesalahan, dan sebaik2 org yg melakukan kesalahan adalah org yg bertaubat “

Hadis di atas adalah sebuah hadis yang memberi sinar kepada si suami dan si isteri yg pernah dan sedang berputus asa dalam hidup berumahtangga.

Allah sangat sayang kepada hambanya dikalangan suami dan isteri juga yg menjernihkan hubungan rumahtangga ke arah yang lebih baik. Jika sebaliknya berlaku, kita terus mengeruhkan keadaan, lalu terjadilah babak-babak pertengkaran, pergaduhan, ungkit-mengungkit dan yg seumpamanya. Maka, bertepuk tanganlah si syaitan yang sentiasa menanti mana-mana pasangan suami isteri untuk berpisah. Wallahua’lam

Hijrah : Dari Syurga Ke Penjara

Bismillah walhamdulillah… Siapa yang mahu melepaskan syurga lantas melulu ke penjara.

” Gila apa ? “

” Ad-dunya jannatu lil kafir, was-sijnu lil mukmin ” ( dunia itu syurga bagi orang kafir, dan penjara bagi orang Mukmin )

Maka, kesenangan dan kebahagian hakiki adalah di syurga nanti. Adapun kesenangan di dunia ini hanya tempelan semata. Mengapa sanggup melepaskan syurga sebenar semata-mata kerana syurga palsu yang banyak menipu.

Memahami konsep hijrah suatu keberuntungan yang jelas. Hijrah bukan semata melibatkan perjalanan, bahkan lebih besar dari itu.

Syurga yang dimaksudkan adalah satu tempat bagi manusia menjadikan dunia adalah segala-galanya dan penjara itu adalah satu tempat bagi manusia yang bersusah payah mencari syurga hakiki tanpa mengabaikan dunia dan tempatnya juga adalah di dunia.

Muhasabah dan nilailah di mana kita. Hijrah tidak hanya perkara yang kita sukai, bahkan sekalipun ianya dibenci, hijrah menjadi benar dan bukan lagi palsu.

Marilah kita bersama-sama, berhijrah ke penjara …. yang di dalamnya telah terbina jambatan ke syurga . Bersama menegakkan amar maaruf, nahi mungkar dalam diri,keluarga,masyarakat dan negara.

 

Mengapa UMNO Harus Berkubur dan Terkubur ?

Bismillah walhamdulillah…

Mengapa UMNO harus berkubur dan terkubur … Statement ni sangat-sangat ikhlas. Saya tetap dengan pendirian saya dalam menulis isu ini. Hanya tulisan rakyat biasa. Jadi tidak ada paksaan untuk akur dengan statement di atas. Kalau tak setuju, atau rasa satetement ni buat ‘line panas’ lalu anda nak buat ‘line clear’ maka silakan. UMNO sebagai sebahagian dari anggota kerajaan persekutuan mempunyai pilihan pelaburan. Hasilnya ada dua. Sama ada pahala atau dosa. Saya tak sebut syurga dan neraka kerana sangat keras bunyinya. ‘Ala kulli halnya, kalau UMNO salah guna kuasa, itu menyalahi peraturan namanya. Saya tak sebut zalim. Tapi membawa kepada dosa. Allah sebut, dalam Surah Al-Maidah ayat 2 :

Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah sangat berat siksa-Nya.” (Al Maidah: 2)

Natijahnya : Orang yang menyokong kumpulan yang menyalahgunakan kuasa juga akan dapat natijah yang sama iaitu dosa.

Antara lain sebab mengapa  UMNO Harus Berkubur dan Terkubur

Sebab per-1 :

Pemimpinnya yang lupa diri akan agamanya.

ke-2 :

Matlamat ada, perlaksanaan sangat bercanggah.

Ke-3 :

Lebih pentingkan Melayu dari Islam. Sikit-sikit melayu. Saya sangat berbangga dengan Melayu tapi tak ada apa pun sebenarnya kerana mati Melayu, andai Islam digadai, ke mana agaknya kita akan pergi ?

ke-4 :

Program pembangunan modal insan yang sangat pelik. Itulah UMNO. Mentarbiyah dan mengajak remaja berhibur secara berlebihan, dan mengikuti aktiviti lagho.

Buat orang UMNO, kalau terasa , baik  TINGGALKAN UMNO. Jika tidak, berkuburlah bersamanya.

Montaj Maulid Nabi 1432 H / 2011 M

Tayangan untuk majlis maulid nabi di SAMTTAJ Shah Alam .

« Laman SebelumnyaLaman Berikutnya »


" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 78,715 Pengunjung

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.