Arkib Pengarang untuk Life Of AKU The Episode

29
Sep
09

Masih Ada Eidulfitri

hariraya15

Bismillah walhamdulillah … salam kembali

Rasanya lama juga blog ni tak diupdate. Rasa rugi pun ada juga sebab tak sempat nak ucap salam eidulfitri kepada rakan-rakan … tahun ni raya pun tak berapa nak sempat hantar atau call kawan-kawan ucap selamat hari raya. Sedih juga. Namun, eidulfitri kali ini tak sama dengan yang lalu. Kalau dulu kampung cuma satu, tahun ni dah dua ada dua kampung. Apapun, eidulfitri tetap memberi makna kepada saya khususnya sebagai hamba Allah.

Sahabat-sahabat, teman-teman semua,

Adakalanya saya terfikir panjang, apakah nasib kita di akhir nanti ? ketahuilah wahai temanku, salah satu  asasnya ialah muhasabah. Kita tahu, dalam  Hidup kita pasti inginkan kejayaan. Manusia yang akalnya senteng saja yang tidak mahu kepada kejayaan. Maka, mana mungkin kan datang kejayaan tanpa ada muhasabah. Muhasabahlah yang membawa manusia kepada perubahan. Orang yang tidak mahu muhasabah maka bongkaklah namanya. Muhasabah membawa kita kepada ketaqwaan dan rasa takut kita kepada Allah. Orang yang bongkak , jauh sungguh ingin memuhasabah. Eidulfitri yang kita ra’i perlu kepada muhasabah supaya ianya penuh dengan hasanah lantas merobah segala sayyi’ah

Ukhuwwah Eidulfitri

Eidulfitri ini patut dijadikan medan untuk merapatkan ukhuwah dan saya merasainya pada eidulfitri kali ini. Kalau kita menganggap ziarah-menziarahi itu sebagai satu adat bukan ibadah yang boleh mengeratkan ukhuwwah, maka rugilah kita. Ucapan maaf itu juga bermakna buat kita. Sebab itu jangan malu untuk meminta maaf. Mintalah dengan seikhlas-ikhlasnya, apatah lagi kepada orang yang Terus membaca ‘Masih Ada Eidulfitri’

09
Sep
09

Meneladani Sikap Juang Tentera Badar

Dunia hari ini berbeza dengan dunia yang lalu. Oleh sebab itulah, hari ini bila kita berbicara soal sejarah,belum tentu kita berminat untuk mendengarnya apatah lagi untuk menyelaminya. Lebih dahsyat lagi, bila sejarah Islam semakin dilupakan dari minda masyarakat kita hari ini. Buktinya, ada dikalangan pemimpin kerajaan yang memperkecilkan zaman-zaman kegemilangan Islam yang lampau, sehingga menyatakan pendapatnya bahawa kita tidak perlu lagi untuk menyingkap sejarah-sejarah orang terdahulu akan tetapi kita hendaklah mencipta sejarah yg baru.

Inilah dia contoh golongan orang-orang yang tidak mahu masyarakat mengetahui kebenaran. Maka, tidak hairanlah jika masyarakat hari ini lebih berminat meniru gaya-gaya dan tingkah laku orang barat yang Terus membaca ‘Meneladani Sikap Juang Tentera Badar’

07
Sep
09

Kalaulah Lembu Berakal …

mad_cow_cartoonBismillah walhamdulillah,

Kalaulah lembu berakal, bukan kita yang pijak lembu, tapi lembu yang akan pijak-pijak kita. Titik perbezaannya adalah akal. Bayangkan kalau lembu dikurniakan akal, manakala manusia tanpa akal. Sudah tentu pepatah mengarut

” bodoh macam lembu ” tidak akan wujud, dan yang ada adalah sebaliknya iaitu ” bodoh macam orang “

Iya ! jika dibandingkan fizikal haiwan atau Terus membaca ‘Kalaulah Lembu Berakal …’

07
Sep
09

Mendidik Keluarga Ke Syurga

Bismillah walhamdulillah,

” ya allah ! kenapalah angah camni, keras kepala betul ” detik hati ahmad sambil menitiskan air mata mengenangkan tingkah adiknya yang suka melawan dan memarahi ibunya.

Kalau dalam drama atau filem, skrip seperti di atas mungkin kita pernah dengar. Itulah realiti kehidupan dulu sehinggalah sekarang. Kalau zaman dulu orang kata zaman yang tidak ada apa-apa, namun anak-anak seperti itu telah pun wujud,  apatah lagi zaman sekarang.

Adakalanya saya sendiri merasa sedih , sebab bukan saja saya gagal untuk mendidik adik-adik, bahkan saya juga belum berjaya untuk mendidik diri ini menjadi yang terbaik. Mungkin kita bukan ketua keluarga sepertimana ayah kita, tapi di bahu kita tetap Terus membaca ‘Mendidik Keluarga Ke Syurga’

02
Sep
09

3 Resepi Telur Dadar Orang Jawa

PC283233Bismillah walhamdulillah, salam ramadhan …

Hari ni saya ingin berkongsi satu resepi yang diperturunkan oleh kedua orang tua saya. Resepi telur dadar. Sebenarnya telur dadar merupakan menu simple dan sesiapa saja boleh melakukannya. Cuma teknik menggorengnya saja berbeza. Entri kali ini saya akan berkongsi tiga teknik menggoreng telur dadar.

1- Telur dadar Guz Hind

Ramuannya : telur 3 biji. ( bergantung kepada anda ) , ampas kelapa yang diparut (kuantitinya bergantung kepada jumlah telur dan Terus membaca ‘3 Resepi Telur Dadar Orang Jawa’

01
Sep
09

Politik : Dilema Blogger

13Bismillah walhamdulillah, salam ramadhan ….

Ini adalah pada hemat saya. Entri ini adalah entri pendek dan ditulis berdasarkan pandangan seorang ‘blogger mentah’.

Soal politik menjadikan blogger terbahagi kepada beberapa perwatakan :

1 – blogger yang tidak suka untuk menyentuh soal politik

2-blogger yang takut atau rigik untuk menyentuh soal politik atas sebab-sebab tertentu

3- blogger yang kaki politik

4-blogger yang seimbang

Persoalannya :

Benarkah ramai blogger  takut untuk Terus membaca ‘Politik : Dilema Blogger’

31
Ogo
09

Menu Berbuka Paling Disukai

Jus Kedondong Asam Boi

kedondongBismillah walhamdulillah,

Kalau sebut berbuka , siapa yang tak teruja. Berbuka kalau tak sebut pasal makanan mesti pelik. Kerana taklah namanya berbuka kalau tak makan. Berbuka puasa waktu bulan Ramadhan merupakan suatu kegembiraan bagi orang yang berpuasa. Namun, di sana ada juga yang perlu dijaga. Contohnya , waktu berbuka janganlah  makan terlalu banyak atau istilahnya bagi orang yang banyak makan ni ianya dipanggil ” syarhut to’am “.

Persediaan berbuka juga mestilah sederhana dan jangan ada pembaziran. Kalau membazir, nanti jadi saudara syaitan atau Terus membaca ‘Menu Berbuka Paling Disukai’

30
Ogo
09

Merdekakah Aku ?

child_merdekaBismillah walhamdulillah,

Merdekakah Aku ?

Soalan yang patut kita fikirkan. Saya sendiri tidak pasti dari sudut manakah kemerdekaan yang ingin ketengahkan. Secara umumnya , sebahagian besar rakyat Malaysia memahami erti hari merdeka. Paling kurang mereka akan mengatakan hari merdeka itu adalah hari di mana tanah melayu bebas dari cengkaman penjajah iaitu pada 31 Ogos 1957.

Adakah kemerdekaan yang kita perolehi benar-benar bermakna ?

Secara uumnya juga , semua akan mengatakan

” iya ! ianya begitu bermakna “

Namun, adakah kemerdekaan tanah melayu dari penjajah itu benar-benar dihayati sehinggakan setiap rakyat memaknakan erti merdeka lebih daripada itu ? Saya sendiri masih belum dapat berbuat begitu. Memaknakan erti merdeka bukanlah sekadar Terus membaca ‘Merdekakah Aku ?’

29
Ogo
09

Ramadhan Sia-Sia Tanpa Fokus

سسسسBismillah walhamdulillah, Salam ramadhan …. Sepertimana yang telah kita ketahui, bulan Ramadhan ada kelebihannya yang tersendiri yang tidak dapat di dalam bulan-bulan lain disamping tuntutan melaksanakan ibadah berpuasa yang menjadi trademark bulan Ramadhan. Kelebihan yang ada merupakan salah satu daripada banyak-banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita diantaranya, Allah menjadikan setiap bulan-bulan Islam itu ada kelebihan dan ceritanya yang tersendiri. Bagi bulan Ramadhan , ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain yang dilakui akan mendapat ganjaran pahala berganda. Ianya juga menjadi titik tolak kepada keberjayaan seseorang dalam mencapai pangkat ‘muttaqin’ sebagaimana yang disebutkan di dalam firman Allah s.w.t

kewajiban_puasa1

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (QS al Baqarah/2 : 183).

Iya ! Taqwa menjadi kayu ukur kepada pencapaian seseorang itu sebagai hamba Allah. Tanpa taqwa , hidup seribu tahun pun ia tetap tidak berguna. Maka apakah kunci taqwa ?

Salah satu jawapan yang boleh saya kongsi ialah Terus membaca ‘Ramadhan Sia-Sia Tanpa Fokus’




12

Inilah Teratak Keluarga ku

dan Tempat Ku Dibesarkan

Arkib

 

November 2009
I S R K J S A
« Sep    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Ayat Motivasi

" Sesungguhnya Allah Maha Pengampun

Lagi Maha Penyayang "

Life Of Aku Photos

Bersama Tok Guru

Bersama Rakan Seperjuangan

Tuan Guru di Hati

Gerai Anbakri

More Photos

Komuniti Blogger Azhari

Photobucket

Hits Counter

  • 48,183 Pengunjung