
Bismillah walhamdulillah … salam kembali
Rasanya lama juga blog ni tak diupdate. Rasa rugi pun ada juga sebab tak sempat nak ucap salam eidulfitri kepada rakan-rakan … tahun ni raya pun tak berapa nak sempat hantar atau call kawan-kawan ucap selamat hari raya. Sedih juga. Namun, eidulfitri kali ini tak sama dengan yang lalu. Kalau dulu kampung cuma satu, tahun ni dah dua ada dua kampung. Apapun, eidulfitri tetap memberi makna kepada saya khususnya sebagai hamba Allah.
Sahabat-sahabat, teman-teman semua,
Adakalanya saya terfikir panjang, apakah nasib kita di akhir nanti ? ketahuilah wahai temanku, salah satu asasnya ialah muhasabah. Kita tahu, dalam Hidup kita pasti inginkan kejayaan. Manusia yang akalnya senteng saja yang tidak mahu kepada kejayaan. Maka, mana mungkin kan datang kejayaan tanpa ada muhasabah. Muhasabahlah yang membawa manusia kepada perubahan. Orang yang tidak mahu muhasabah maka bongkaklah namanya. Muhasabah membawa kita kepada ketaqwaan dan rasa takut kita kepada Allah. Orang yang bongkak , jauh sungguh ingin memuhasabah. Eidulfitri yang kita ra’i perlu kepada muhasabah supaya ianya penuh dengan hasanah lantas merobah segala sayyi’ah
Ukhuwwah Eidulfitri
Eidulfitri ini patut dijadikan medan untuk merapatkan ukhuwah dan saya merasainya pada eidulfitri kali ini. Kalau kita menganggap ziarah-menziarahi itu sebagai satu adat bukan ibadah yang boleh mengeratkan ukhuwwah, maka rugilah kita. Ucapan maaf itu juga bermakna buat kita. Sebab itu jangan malu untuk meminta maaf. Mintalah dengan seikhlas-ikhlasnya, apatah lagi kepada orang yang telah kita aniyai, zalimi, sakiti atau sebagainya. Ruh eidulfitri perlu di hayati dengan erti kata yang sebenar khususnya dalam konteks mengeratkan hubungan persaudaraan sesama Islam.
Kasih sayang
Eidulfitri adalah platform untuk berkasih sayang diantara satu sama lain. Kalau bulan lain malu nak minta maaf, nak ucap kata-kata mulia kerana takut digelar ‘berlagak’ ,’poyo’ atau buang tebiat, tapi eidulfitri tidak. Semua orang tahu, eidulfitri hari istimewa untuk bermaafan. Melaluinyalah kasih sayang dapat dijalinkan khususnya dikalangan kaum keluarga. Kalau dulu anak dengan mak bergaduh sakan, tapi eidulfitri mereka bermaafan dan akhirnya terjalinlah kasih sayang. Iya ! keluarga betapa memberi makna. Apatah lagi kedua orang tua yang telah membesarkan kita. Jangalah berat tangan untuk menghulur tangan memohon ampun. Kerana kasih sayang tak akan terbit bagi orang yang tidak memaafkan dan dimaafkan. Sifat pemaaf Nabi Muhammad s.a.w membuatkan orang sayang kepadanya. Sifat pemaaf juga adalah ciri orang bertaqwa. Nabi yusuf tidak berdendam dengan saudaranya yang membuangnya ke perigi kerana sifat pemaafnya. Maka, salah satu kunci kasih sayang ialah saling bermaaf-maafan.
Ucapan
Dikesempatan ini, saya ingin mencuri waktu yang agak terlewat untuk mengucapkan salam eidulfitri kepada semua kawan-kawan, rakan-rakan dan ahli keluarga dengan ucapan salam eidulfitri maaf zahir batin dan juga kepada semua blogger-blogger … samaada dikalangan rakan-rakan yang saya kenali mahupun tidak. Wassalam …





setuju..tapi bro tak bestlah sebab tak sempat gathering raya ngan budak kelas kita section 1
salam bro ijat, yeke ? ade gathering sec 1 ? tak tahu pun , bile ? …