07
Sep
09

Kalaulah Lembu Berakal …

mad_cow_cartoonBismillah walhamdulillah,

Kalaulah lembu berakal, bukan kita yang pijak lembu, tapi lembu yang akan pijak-pijak kita. Titik perbezaannya adalah akal. Bayangkan kalau lembu dikurniakan akal, manakala manusia tanpa akal. Sudah tentu pepatah mengarut

” bodoh macam lembu ” tidak akan wujud, dan yang ada adalah sebaliknya iaitu ” bodoh macam orang “

Iya ! jika dibandingkan fizikal haiwan atau binatang seperti lembu dengan fizikal manusia, tentu saja secara logikalnya manusia akan tewas bila beradu tenaga. Tapi, maha hebatnya kuasa Allah, Dia memuliakan manusia dengan  akal. Ini bermakna, fizikal sebesar bukit pun belum tentu dapat menewaskan akal yang sekecil guli.

Moral  perbezaan antara haiwan yang bernama lembu dengan manusia adalah akal.

Ada orang pijak kepala lembu, sebagai simbolik bodohnya manusia seperti lembu memang ‘ menarik ‘ perhatian. Tapi, mereka tidak tahu, hakikatnya, manusia boleh menjadi lebih teruk daripada lembu . Itupun sekiranya ada yang mahu memikirkan tentangnya.

Bersyukurlah atas pemberiannya

Ketahuilah bahawa Allah telah memuliakan keturunan nabi adam dengan gelaran  sebaik-baik makhluk dan menamakannya sebagai insan. Itulah kita

” Boo – boo “

Kalau anak-anak kecil, mereka akan mengatakan itu suara lembu. Tapi, hakikatnya, lembu manalah ada akal untuk ” memboo” MB Selangor tanda protesnya terhadap cadangan plan pembinaan kuil di seksyen 23 shah alam. Maknanya, itu adalah manusia. Pepatah ada mengatakan

” masuk ke kandang lembu mengelembu, masuk kandang kambing mengembek “

Tetapi kalau masuk ke majlis ‘musyawarah’ apakah yang sebaiknya? menjadi seperti lembu atau kembali kepada fitrah manusia ? fikirkan bersama

Moral :

Jangan sia-siakan akal yang dikurniakan Tuhan. Gunalah ke arah kebenaran dan keadilan dan menginsafi kebesaran Tuhan

Wallahua’lam.


2 Respon to “Kalaulah Lembu Berakal …”


  1. September 9, 2009 at 8:43 am

    Salam..Aganya lepas diorang pijak tu diorang pakat masak sup…kerja2 org goblog ikut nafsu x pakai akal……..

  2. 2 Life Of AKU The Episode
    September 9, 2009 at 2:20 pm

    agaknya lah kak ….


Tinggalkan jawapan




12

Inilah Teratak Keluarga ku

dan Tempat Ku Dibesarkan

Arkib

 

September 2009
I S R K J S A
« Ogo    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Ayat Motivasi

" Sesungguhnya Allah Maha Pengampun

Lagi Maha Penyayang "

Life Of Aku Photos

Bersama Tok Guru

Bersama Rakan Seperjuangan

Tuan Guru di Hati

Gerai Anbakri

More Photos

RSS Harian Metro

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Komuniti Blogger Azhari

Photobucket

Hits Counter

  • 48,707 Pengunjung