02
Sep
09

3 Resepi Telur Dadar Orang Jawa

PC283233Bismillah walhamdulillah, salam ramadhan …

Hari ni saya ingin berkongsi satu resepi yang diperturunkan oleh kedua orang tua saya. Resepi telur dadar. Sebenarnya telur dadar merupakan menu simple dan sesiapa saja boleh melakukannya. Cuma teknik menggorengnya saja berbeza. Entri kali ini saya akan berkongsi tiga teknik menggoreng telur dadar.

1- Telur dadar Guz Hind

Ramuannya : telur 3 biji. ( bergantung kepada anda ) , ampas kelapa yang diparut (kuantitinya bergantung kepada jumlah telur dan tak perlu terlalu banyak sangat, kalau dalam tiga biji letakkalah ampas kelapa dalam segenggam) , garam halus, bawang merah dipotong kecil-kecil dan cili padi serta minyak untuk menggoreng.

Caranya : masukkan telur terlebih dahulu dan kacau hingga sebati, kemudian masukkan kesemua ramuan kemudian gaulkannya,

Akhir sekali gorengkan di atas kuali. Resepi telur guz hind ada sebabnya. Guz hind berasal dari perkataan arab iaitu ampas kelapa. Biasanya orang-orang dulu campurfkan ampas kelapa dalam telur dadar sebab nak jadikan telur dadar tersebut tebal dan bolehlah dimakan ramai-ramai. Biasalah, dulu manalah mampu .

2- Resepi Telur dadar mayah

Resepi ini datangnya dari ayah saya. Telur dadar mayah diberi nama kerana air menjadi salah satu ramuannya. Dan mayah sebenarnya memberi maksud air yang berasal dari perkataan arab ‘ammi.

Ramuannya :

1- telur 2 biji

2- sebiji bawang merah dihiras

3- cili hijau jika mahu

4- sedikit garam

5- air

Teknik :

Campurkan semua ramuan kecuali air, kemudian kacaukan sehingga telur tersebut betul-betul sebati.

Kemudian baru renjiskan atau masukkan sedikit air ke dalam campuran tersebut. Akhir sekaliu gorenglah ia… Pasti sedap… jangan diigoreng terlalu masak dan garing. Makan dengan nasih putih dan berkuahkan kicap kipas udang pun  , pasti menyelerakan.

3- Resepi telur dadar basol :

ramuannya masih sama, namun bezanya tak gunakan air. Sebolehnya tak payah letakkan cili. Caranya, bawang yang dihiris ditumiskan terlebih dahulu sehinggalah seakan-akan layu keadaan bawang tersebut, barulah dimasukkan telur yang telah dikacau bersama garam. Kemudian gaulkan bawang yg ditumis tadi dengan telur. Kalau boleh minyak untuk menggoreng telur, dilebihkan sedikit. Rasanya pasti mengancam. Basol berasal dari perkataan arab iaitu bermaksud bawang.

Nama-nama resepi tersebut adalah nama yang diberikan oleh saya sendiri bagi memudahkan untuk membezakannya. Selamat mencuba….


2 Respon to “3 Resepi Telur Dadar Orang Jawa”


  1. September 2, 2009 at 9:31 pm

    ohh, goreng telur dadar pun byk resepi kan.


Tinggalkan jawapan




12

Inilah Teratak Keluarga ku

dan Tempat Ku Dibesarkan

Arkib

 

September 2009
I S R K J S A
« Ogo    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Ayat Motivasi

" Sesungguhnya Allah Maha Pengampun

Lagi Maha Penyayang "

Life Of Aku Photos

Bersama Tok Guru

Bersama Rakan Seperjuangan

Tuan Guru di Hati

Gerai Anbakri

More Photos

RSS Harian Metro

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Komuniti Blogger Azhari

Photobucket

Hits Counter

  • 48,707 Pengunjung