Bismillah walhamdulillah, salam ramadhan ….
Ini adalah pada hemat saya. Entri ini adalah entri pendek dan ditulis berdasarkan pandangan seorang ‘blogger mentah’.
Soal politik menjadikan blogger terbahagi kepada beberapa perwatakan :
1 – blogger yang tidak suka untuk menyentuh soal politik
2-blogger yang takut atau rigik untuk menyentuh soal politik atas sebab-sebab tertentu
3- blogger yang kaki politik
4-blogger yang seimbang
Persoalannya :
Benarkah ramai blogger takut untuk menyentuh soal politik di dalam blognya. Maaf, saya tidak khususkan siapakah blogger itu. Bagi hemat saya, blogger adalah pemilik blog sama ada mereka ini berada di tahap hadcore atau masih diperingkat novice. Saya menimbulkan persoalan ini kerana
” Apa itu blog ? ” tanya seorang cikgu
Pertanyaan itu saya jawabnya dengan penuh sungguh. Jawapan yang saya berikan adalah berdasarkan pemerhatian saya sepanjang mengikuti perkembangan alam maya khususnya dunia blogging. Jawapan saya bukanlah datang dari jawapan yang saya perolehi daripada kursus blog atau tutorial. Ianya adalah berdasarkan pemerhatian sahaja.
Waktu itu , cikgu tersebut sedang mencuba untuk create satu blog miliknya dengan menggunakan blogspot. Saya hanya memerhatikan dari jauh.
” orang boleh tahu ke siapa kita ? “tanya cikgu tersebut
” tak boleh ! itupun kalau kita tak masukkan profile sebenar kita. Bila view dekat item profile , pembaca blog akan hanya tahu apa yang kita muatkan dalam ruang profile itu sahaja ” jawab saya penuh yakin
” tak nak lah ! , saya taknak orang baca “
Itu antara jawapan yang diberikan. Saya terkejut juga. Kalau taknak orang baca, lebih baik tak payah berblog. Walaupun saya dah perjelaskan padanya yang blog bukan sahaja tempat untuk menyampaikan fikrah politik , bahkan sebahagian besar blogger menjadikan wadah blog sebagai diari dan tempat meluah rasa yang mana ianya boleh dibaca oleh semua orang.
” apakah kerana politik ? cikgu tersebut lansung memadam blog yang baru di ‘create’ nya ? ” detik hati saya
Kalau nak bersangka baik, mungkin cikgu tersebut belum benar-benar mengenali apakah itu blog. Saya juga sempat tunjukkan link-link blog yang terdapat dalam alam maya diantaranya blog-blog ilmiah, motivasi dan macam-macam lagi.
Peristiwa tersebut membuatkan saya tertanya-tanya betulkah ramai blogger takut untuk menyentuh politik di dalam blognya mengatasi ramainya blogger yang memang menjadikan blog sebagai medium penyampai info berkaitan dengan politik ? Jawapannya
” Ini adalah hak indidvidu “
Tapi bagi yang takut disebabkan alasan-alasan tertentu itulah yang menjadi persoalan. Bagi saya, saya pernah terfikir juga untuk tidak menyentuh lansung soal politik di dalam blog saya. Sebabnya saya bersangka bahawa nanti takkan ada lagi orang yang akan berkunjung ke blog saya. Walhal, kalau lihat ranking dalam wordpress pun, blog politiklah yang berada pada ranking tertas. Tapi, dangkal sungguhlah sebenarnya kalau blogger-blogger yang ada, menulis blog atas sebab nakkan populariti ataupun ranking semata-mata. Semua maklum, yang baik tetap baik dan tidak boleh dicampur adukkan dengan yang batil. Menulis di dalam blog mestilah ikhlas.
Berbalik pada kisah cikgu tadi, satu lagi persoalan yang timbul,
apakah dia memahami bila sebut blog, maka ia dikaitkan dengan politik?
Maka, disebabkan beliau berkhidmat dengan kerajaan, blog adalah tidak wajar baginya. Adakalanya saya hairan, mengapa perlu takut sekalipun menjadikan politik sebagai tajuk utama di dalam blog ? jawapannya, iya !
Kita kena berubah
Bagi yang baru mengenali dunia blog, teliti dan terokailah , bagi yang dah berkecimpung, tak perlu takut …. asalkan penulisan yang kita sampaikan itu berpaksikan kebenaran dan ikhlas . Wallahua’lam, salam ramadhan
” madrasah ramadhan momentum perubahan ”





post yang bagus…teruskanusaha anda
syukran madrozie