Bismillah walhamdulillah …
” puasa ‘yang yok’ pagi-pagi buka periuk ” sakat seorang ayah kepada anak perempuannya yang baru berumur 10 tahun
Bila menjelang puasa, biasa sangat saya dengari ungkapan itu. Puasa zaman sekolah dahulu bukanlah menjadi kenangan terindah buat sesetengahnya terutamanya bagi saya. Bagi saya, saya hanya ingat yang saya pernah menadah air paip ke dalam songkok hitam, lalu saya tekapkannya di atas kepala. Amalan tersebut kononnya boleh melegekan keperitan menahan lapar dan dahaga. Itu kepercayaan saya sewaktu di bangku sekolah. Saya begitu teruja dengan suasana Ramadhan kerana terdapat ketenangan di dalamnya.
Walaubagaimanapun, ketengan itu bukanlah bergantung pada tempat, masa dan suasana. Tapi atas iman kita. Manusia takkan tenang jika imannya celaru. Maka, tempat bukanlah menjadi ukuran tapi ianya sebagai pembantu dan batu loncatan. Anda maklum, manusia tidak sama dengan Tuhan yang sifatnya ‘qiamuhu binafsihi’ . Oleh itu, menggunakan segala kurniaan Tuhan adalah yang selayaknya. Iya ! Ramadhan adalah pembantu yang dapat melayakkan kita memperolehi sijil taqwa. Itupun jika puasa dan ibadah yang seumpama dengannya ditunai dengan sempurna disertai niat tulus mulus keranaNya.
Wallahua’lam.
Moral :
janganlah jadikan ramadhan anda dipenuhi dengan ‘puasa yang yok’. Madrasah ramadhan momentum perubahan …. Selamat menjalani ibadah puasa. Ramadhan Kareem ..
Komen Terkini