Arkib untuk 26 Julai 2009

26
Jul
09

Konsert JH Hidang Penari Seksi

123

Bismillah walhamdulillah,

26 hb Julai 2009, lebih kurang jam 10.15 malam, seperti biasa tv3 masih istiqomah menghidangkan hiburan melampau di dalam konsert Jom Hebohnya. Memperagakan penari wanita yang ’seksi’. Pencampuran antara laki dan perempuan.  Di mana halalnya pun saya tidak tahu. Walaupun isu konsert jom heboh ini pernah panas suatu maa dahulu, bagi saya ianya masih lagi panas dan perlu dihentikan. Macamana nak membina modal insan kalau beginilah rupanya. Kerajaan Abbasiah jatuh diantara sebabnya adalah budaya hiburan yang berlegar disekeliling masyarakat pada waktu itu.

Saya ingin mengingatkan diri saya dan semua agar tidak terjebak dengan program sedemikian.  Wallahua’lam

p3

“ Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang ‘aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya ”

26
Jul
09

Ibrahim Ali Mujahid Abad 21

ibrahim ali 2

ibrahim ali 3

Kenali Kezaliman ISA

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, maka api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah, kemudian kamu tidak akan mendapat pertolongan (Surah Huud : 113)

Akta keselamatan dalam negeri atau dikenali dengan I.S.A adalah undang-undang yang pada asalnya dirangka oleh R.H. Hickling pada tahun 1960. Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad.

ISA digunakan secara konsiten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai “keganasan putih” (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam. Hasilnya pada hari ini, akta tinggalan penjajah ini masih lagi diguna pakai walaupun sudah setengah abad tanah air kita merdeka  . Inilah bukti kekalahan kita terhadap penjajah *

Bernard Wales (orientalis)  ada berkata, Islam telah mengalami dua pukulan :

1 – kekalahan dengan tentera Tatar

2- kekalahan dengan penjajah barat

Pukulan kedua itulah realiti yang sedang melanda di kebanyakan negara-negara yang pernah dijajah khususnya negara umat Islam seperti Malaysia di mana mereka bukan sahaja telah menjajah negara, bahkan lebih dari itu. Antara perkara yang mereka telah jajah ialah melalui politik, pemikiran, gaya hidup mereka yang dibawa masuk ke tanah air, memperkenalkan manhaj pelajaran cara mereka, menghantar anak tempatan ke Eropah yang akan dididik dengan cara didikan mereka, mengasaskan sekolah-sekolah inggeris seperti Sekolah St. Convent dan yang seumpama dengannya, seterusnya mewujudkan institusi barat yang menerapkan ideologi mereka dan yang terakhir sekali ialah, mereka menggunakan pendekatan media massa dengan memaparkan benda-benda yang negatif dan boleh merosakkan minda masyarakat contohnya hiburan melampau.

Semua perkara yang telah disebutkan benar-benar berlaku dan kita dapat lihat bagaimana rosaknya institusi penting dalam negara ini terutamanya institusi kepimpinan kerajaan  yang merupakan salah satu faktor  kepada berlakunya kepincangan dalam negara baik dari aspek sosialn masyarakatnya, ekonominya dan sebagainya. Orang kata ‘nak seribu daya, tak nak seribu dalih’. Namun apakan daya, kuasa rakyat telah dimanipulasikan oleh pihak yang berkepentingan.

Ketahuilah sesungguhnya I.S.A adalah zalim. Membenarkan  sesiapa sahaja ditahan tanpa perbicaraan yang mana kuasanya diberi kepada Menteri Hal Ehwal Negeri secara mutlak. Inilah bukti yang menunjukkan bahawa ia adalah satu akta yang bercanggah dengan tuntutan Islam. Nampaknya kita benar-benar tertipu dan terpedaya dengan penjajah. Namun, itulah I.S.A ( Ikut Suka Akulah ) modal Pak Lah untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara.

* sumber diperolehi dari laman http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Keselamatan_Dalam_Negeri_1960

Moral :

Itulah ISA yang diperjuangkan oleh Sang Mujahid Abad 21,  Ibrahim Ali




12

Inilah Teratak Keluarga ku

dan Tempat Ku Dibesarkan

Arkib

 

Julai 2009
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Ayat Motivasi

" Sesungguhnya Allah Maha Pengampun

Lagi Maha Penyayang "

Life Of Aku Photos

Bersama Tok Guru

Bersama Rakan Seperjuangan

Tuan Guru di Hati

Gerai Anbakri

More Photos

Komuniti Blogger Azhari

Photobucket

Hits Counter

  • 48,522 Pengunjung