Bismillah walhamdulillah ,
Esok bermulanya hari peperiksaan dan tamat pada hari Jumaat. Saya mengharapkan doa dan sokongan dari sahabat-sahabat semua … Walaupun hanya 3 subjek saja, tapi bagi saya ianya sudah cukup mencabar mental dan fizikal saya yang sedia lemah ini. Pengalaman menyediakan kertas kerja, membuat presentation, menulis lapora, kajian tindakan dan bergiat di dalam persatuan begitu menguji keimanan saya. Di mesir, pengalaman aktif bersama persatuan sepatutnya menjadi panduan setibanya di bumi khatulistiwa yang banyak hutan bakau ini. Namun, ianya bukanlah semudah dan sesenang seperti yang dibayangkan.
Saya hampir putus semangat
Pagi yang bakal menjelang esok, mudah-mudahan memberi sinar kepada saya untuk terus bangun menghadapi ujian yang sekelumit cuma ini dengan penuh tabah tanpa lemah. Sekian Wassalam …





Komen Terkini