Arkib untuk 13 Jun 2009

13
Jun
09

Al-Fatihah Buat Dr Fathi Yakan

Berita rasmi dari laman web Dr Fathi Yakan bertarikh 13 Jun 2009 mengumumkan bahawa telah kembalinya ke Rahmatullah Dr Fathi Yakan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Al Fatihah buatnya….

p/s : selepas membaca surah al-Fatihah, eloklah dibacakan doa di bawah * pesan Tuan Guru Haji Hadi

” allahummaghfirlahu war hamhu, wa ‘aafihi, wa’fu ‘anhu “

Di bawah adalah diantara gugusan kitab nukilan Dr Fathi Yakan yang masyhur iaitu ” maza ya’ni intimaie lil islam ( apa ertinya saya menganut Islam ) , ” qowaribunn najah (bahtera penyelamat ) ” dan banyak lagi kitab-kitab yang dihasilkannya menjadi rujukan kepada umat Islam.  Semoga ilmunya itu memberi manfaat kepadanya dan kita semua. Ameen ya Rabb

fat2 fatji

13
Jun
09

Keadaan Sebenar Dr Fathi Yakan

1_663296_1_34

” (iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah (malapetaka) mereka berkata : Innalillahi wa inna ilaihi raaji’uun. ( bahawa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kita kembali kepadaNya ) Untuk mereka itu selawat (berkat) dari Tuhannya serta rahmat, dan mereka itu mendapat petunjuk ” Surah al-Baqarah : 156-157

Sekejap tadi saya baru publish entri berkenaan berita kematian Dr Fathi Yakan. Namun, selepas membaca beberapa laman, di antaranya Al-jazeera memberitahu bahawa keluarganya menafikan berita kematian Dr Fathi Yakan. Namun begitu , keadaanya yang Terus membaca ‘Keadaan Sebenar Dr Fathi Yakan’

13
Jun
09

PAS Perlu Buat Muktamar Sekali Lagi

Bismillah walhamdulillah,

Undian ini dibuat secara peribadi. Bukan atas nama parti, pertubuhan atau mana-mana NGO. Ianya sekadar ingin melihat respon pembaca. Sekiranya perlu, keputusan undian ini boleh juga diambil perhatian oleh mana-mana pihak yang berkaitan. Blog ini sekadar blog biasa yang tidak mempunyai autoriti apa-apa.

Bagi pemilik blog ini, dan selaku orang yang sayang pada Parti Islam , dirasakan perlu dianjurkan muktamar samaada terbuka atau tertutup atau apa jua namanya yang melibatkan ahli dan pimpinan bagi membincang isu-isu yang berkaitan khususnya kerajaan perpaduan atau mana-mana isu yang boleh membawa bahaya kepada Parti PAS. Ia juga bertepan dengan tuntutan agama yang menyuruh kita agar menganjurkan perbincangan atau musyawarah terhadap sesuatu perkara. Jangan biarkan musuh mengambil kesempatan merobek segalanya. Biarlah segalanya diluahkan di dalam muktamar dengan cara berhemah dan berhikmah. Wallahua’lam

* p/s : undian ini khusus untuk penyokong dan pendokong PAS, namun dibolehkan juga untuk sesiapa yang berminat untuk mengundi dan memberikan pandangan. Sekian terima kasih




12

Inilah Teratak Keluarga ku

dan Tempat Ku Dibesarkan

Arkib

 

Jun 2009
I S R K J S A
« Mei   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Ayat Motivasi

" Sesungguhnya Allah Maha Pengampun

Lagi Maha Penyayang "

Life Of Aku Photos

Bersama Tok Guru

Bersama Rakan Seperjuangan

Tuan Guru di Hati

Gerai Anbakri

More Photos

Komuniti Blogger Azhari

Photobucket

Hits Counter

  • 48,490 Pengunjung