Perempuan Simpanan

12

” Kamal ! ko nak ikut pegi KL tak ? ” aril bertempik kuat nakkan kepastian dari kawannya itu

” buat apa ? ! ” Kamal bertanya kembali

” ingat nak pegi rumah member aku kat Setapak, Awin, Keri, Padil, Qutem semuanya pegi ” jawab Aril sambil meyakinkan Kamal

Aril dan Kamal jarang-jarang jumpa di kampung. Tapi bila mereka berjumpa, Kamal selalu jadi bahan usikan Aril dan kawan-kawannya. Kamal lebih dikenali sebagai ‘Ostat’ di kampung kerana dalam ramai-ramai kawan sekolahnya, cuma dia seoranglah yang masuk sekolah agama. Aril, Padil, Awin dan Qutem adalah nama yang sinonim dengan geng melepak di Kampung Gondang. Kamal sebenarnya malu-malu dengan mereka sebab dah lama mereka tak berjumpa. Memandangkan Kamal jarang-jarang pulang ke kampung, maka masing-masing merasa segan hendak bertegur sapa. Habis saja menduduki peperiksaan SPM, Kamal hanya duduk di kampung. Waktu itulah, Kamal cuba mendekati kawan-kawan sekolah dan sekampungnya yang dah lama ditinggalkan. Perbezaan antara Kamal dan rakan-rakannya adalah latarbelakang sekolahnya. Kamal yang selama ini hidup dengan tarbiyah agama ,manakala rakannya seperti Aril, Awin, Padil dan Qutem hanya lepasan sekolah dekat kampung. Tak tahu pula apa yang mereka dapat. Pendek kata, yang layak dipanggil Ostat sememangnya Kamal. Bagusnya Kamal ni, dia cuba nak dekat dengan kawan-kawannya yang kaki lepak sampai tengah malam itu. Tapi Kamal sendiri adakalanya terlupa yang dia membawa gelaran ‘ ostat’. Kadang-kadang, Kamal terpaksa menyorok tunduk bila join kawan-kawannya melepak kerana takut di pandang sinis oleh orang kampung. Semua orang kenal Kamal. Dia pernah jadi imam terawih di surau Haji Kasan dekat Jalan Mempelam. Sebab itu dia takut kalau orang nampak dia melepak, orang kampung akan kata bukan-bukan. Walaubagaimanapun, Kamal sentiasa beringat. Pernah kawan-kawannya ajak pergi ‘runner’ malam minggu ke Pantai Bagan Lalang konvoi naik motor. Kamal tak lepaskan peluang itu. Pengalamannya ‘join’ aktiviti kawan sekampungnya itu banyak memberi pengalaman dan pengajaran buat Kamal. Kadang-kadang ada polis yang mengejar. Lebih teruk lagi, Kamal melihat kawannya ‘menghirup air najis’ atau lebih dikenali dengan arak. Bagi Kamal, arak itu adalah najis. Dia pernah belajar dengan Kiyai Haji Rifaie kitab Feqh. Dalam kitab tersebut, mengkategorikan arak itu di dalam najis mutawassitah. Berdebar juga Kamal dibuatnya. Tapi, semua itu dilalui dengan penuh rasa keinsafan.

Aril ajak Kamal ke KL. Kamal belum pun buat keputusan lagi. Tapi ajakan itu buatkan Kamal gembira kerana dia merasakan kawan-kawannya sudi nak berkawan dengan budak sekolah agama. Kamal mengambil keputusan untuk ‘join’ sama jalan-jalan KL. Hari Sabtu minggu kedua selepas Kamal dan kawan-kawannya itu habis menduduki peperiksaan SPM, maka mereka semua pergi ke KL dengan menaiki kereta Honda Jerung milik Awin. Zaman itu, masing-masing sudah bercita-cita nak pakai kereta. Adakalanya Kamal berasa kerdil sebab baru pakai motosikal, itupun milik ayahnya. Kawan-kawan Kamal dah pakai kereta belaka.

Dalam perjalanan, ada saja yang menyakat Kamal. Maklumlah, dia orang memang gila-gila sikit, tapi dia kenal dan sedikit ‘tabik’ dekat Kamal. Sampai saja dekat kawasan apartment dekat Setapak, masing-masing turun kereta dengan rasa ‘macho’ nya. Tak sangka, rumah kawannya itu terletak dekat kawasan orang-orang ‘elite’. Sebelum masuk tadi, dah ada ‘pak guard’ yang soal siasat. Kamal lansung tak terfikir apa-apa, melainkan dia rasa gembira. Rumah yang nak dituju itu rupanya dekat tingkat 5 apartment tersebut.

” ting tong, ting tong ! ” bunyi loceng yang ditekan oleh Aril berikan isyarat kepada tuan punya rumah

Kawannya yang Setapak itu bernama Keyri. Kamal lansung tak mengenalinya. Entah bagaimana Aril , Awin , Qutem , Padil boleh kenal pun Kamal tak ambil tahu. Lama jugak , mereka tunggu depan pintu. Masuk kali ke 20 loceng ditekan, barulah mereka ‘kenampakan’ tombol pintu bergerak-gerak . Lalu, muncullah seorang budak yang tak pakai baju membuka pintu dan mengajak mereka masuk. Rupa-rupanya itulah Keyri yang dimaksudkan. Kamal masuk dengan malu-malu sebab tak biasa. Apatah lagi Kamal memang jenisnya pemalu. Apa yang Kamal terkejut, Kamal melihat ada seorang perempuan keluar dari bilik rumah itu, terus duduk dekat sofa depan mereka semua. Kamal tekun memerhati gerak-gerak perempuan itu. Aril, Awin, Qutem dan Padil sebuk bersembang dengan Keyri. Sekali sekali Kamal jeling kawan-kawannya , terjeling-jeling susuk tubuh perempuan misteri yang bertubuh montok.

” astagfirullah ” Kamal tak habis-habis beritighfar dan mulutnya kumat kamit.

Tapi Kamal cuba-cuba sangka baik. Dia anggap perempuan itu isteri kepada Keyri. Namun, degupan jantung Kamal semakin laju. Tak lama selepas itu, kedengaran pula suara azan berkumandang. Dalam keheningan bunyi azan yang tertutup dek suara gelak ketawa, mereka terus gelak terbahak-bahak tanpa rasa hormat dan insaf. Kamal banyak mendiamkan diri, kadang-kadang dijelingnya juga ‘possing-possing’ mengghairahkan yang dibuat oleh perempuan misteri itu.

” Ostat ! ko nak sembahyang ye ! ” tanya Aril kepada Kamal.

” aah ” jawab Kamal pendek

Pertanyaan itu membuatkan Kamal lega. Agaknya kalau Aril tak bertanya, boleh jadi Kamal tak solat. Kamal rasa berdosa dengan tindakannya itu. Apa tidaknya, di sebabkan malu sanggup perintah Allah di abaikan. Malunya itu disalah letak . Kamal tahu, yang patut ‘dimalui’ ialah Allah bukan manusia. Maksud Kamal, biarlah kita meletak malu itu pada temnpatnya. Pertanyaan Aril itu dijawab cepat-cepat oleh Kamal. Satu ketika

” Kamal, ko doakan kita orang ye ! ” jelas Aril sambil diikuti dengan ketawa kawan-kawanya

Kamal hanya tersengih-sengih sambil akalnya berfikir. Walaubagaimanapun, Kamal tetap dengan hajatnya itu dengan keadaan resah gelisah. Di benak fikirannya asyik bertanya-tanya siapakah sebenarnya perempuan itu. Usai solat, Kamal terus duduk balik di atas sofa dekat bahagian ruang tamu. Tak lama lepas itu, Aril dan yang lain-lain, ajak balik sebab selepas itu nak pergi ke tempat lain. Maka, masing-masing pun bersalaman dengan Keyri. Satu ungkapan yang Kamal dengar dari mulut Keyri sewaktu Kamal nak menuju keluar ialah

” Aril ! ko nak ke ? ayatlah budak tu ” bisik Keyri dekat Aril

Kamal mula syak sesuatu.

” Ostat ada ! seganlah ” Aril sibuk berbincang dengan kawan-kawannya yang lain kecuali Kamal.

Kamal hanya tersengih dalam kedosaan. Macam-macam yang Kamal fikir dan Kamal dah tahu yang perempuan misteri itu ialah perempuan simpanan Keyri.

” gila ! ni kalau ada jabatan agama ni, habis kena tangkap ” detik hati Kamal diiringi rasa ‘cuak’

Memang Kamal betul-betul diuji hari itu. Dia sendiri hampir ‘tergoda’ dengan aksi-aksi perempuan itu. Akhirnya, nasib baik niat Aril hanya sekadar niat dan pelawaan Keyri ditolak. Semuanya kerana Kamal @ Ostat ada dekat situ. Agak-agak kalau Kamal tak ikut, mungkin Aril dan kawan-kawannya yang lain dah ……

Kamal pulang dengan penuh rasa penyesalan. Kamal begitu tersentak atas apa yang telah dilaluinya. Dalam perjalanan pulang, Kamal hanya menyenyapkan diri melainkan bila ditanya atau disakat. Sejak hari itu, Kamal sedar, dia ada tanggungjawab yang besar. Kamal, selalu saja murung kerana memikirkannya. Dia merasa sungguh lemah. Sampai suatu ketika , dia langsung tak nak pergi ke mesjid sebab memikirkan bahawa dia tidak layak untuk jadi imam di surau. Hidup Kamal penuh dengan penyesalan. Kamal tak sangka yang dia hampir tewas dengan ujian itu. Apatah lagi kawan-kawannya yang dah banyak buat Allah murka. Sejak itu, Kamal tak sudah-sudah mengingati peristiwa itu dan adakalanya Kamal berusaha untuk mengajak kawan-kawannya itu jadi budak baik yang ingat pada dosa. Kamal jarang-jarang bercerita tentang agama kepada kawan-kawannya, tapi Kamal selalu-selalu mendekati mereka ketika bermain futsal di waktu petang. Setiap kali nak azan maghrib, Kamal pulang lebih awal. Cara itu sajalah yang dapat Kamal usahakan sebagai satu dakwah buat mereka. Kamal merasakan dia belum cukup kuat untuk semua itu. Kehidupan Kamal memang penuh cabaran yang menguji iman …..

” Dan jangan kamu hampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat ” al-Isra’ : 31

Tammat

Moral :

1- Inilah realiti remaja masa kini. Apatah lagi bila berjauhan dengan keluarga. Maka ibu bapa hendaklah terus-terus memainkan peranannya sebagai ‘murabbi’ yang paling dekat. Kalau kita gagal , kes Keyri simpan perempuan di rumah sudah pasti akan terus berlaku.

2- Kita yang ada kesedaran dan ada ilmu, cuba-cubalah mendekati mereka-mereka yang kita rasakan telah jauh dengan cara hidup Islam. Terutamanya ahli keluarga kita. Ketahuilah ianya adalah kewajipan bersama.

3- Malu biarlah bertempat. Buat baik tak perlu malu, tapi sebaliknya, bila buat jahat itulah yang patut dimalukan

4- Uslub berdakwah itu banyak, gunakanlah cara yang paling berhikmah. Moga dengannya mad’uu kita dapat menerima dan mendapat hidayang dariNya.

5- Sentiasalah bertaubat. Ketahuilah bahawa taubat itu wajib. Tiada seorang ulama’ yang mengatakan bahawa taubat itu tidak wajib.

6- Ini adalah kisah pengajaran yang mesti dicakna. Life Of Aku bercerita sekadar mengingatkan diri sendiri.

Wallahu a’lam.

10 Responses to “Perempuan Simpanan”


  1. 1 sya izz Jun 12, 2009 at 9:24 am

    best laa citer ni…insaf gak…hmm..remaja masa sekarang…

  2. 3 nazir Jun 12, 2009 at 8:19 pm

    nasib baik kat Kg Gondang..tp mcm hampir2 je dgn satu Kg tu..

  3. 4 Life Of AKU The Episode Jun 12, 2009 at 10:40 pm

    Maksud ustz nazir ?

  4. 5 nazir Jun 12, 2009 at 11:26 pm

    tukarkan huruf G ke K.. Masyarakat Jawa menuturkan Kundang dengan Gondang..huk2..

    • 6 Life Of AKU The Episode Jun 13, 2009 at 12:07 am

      Ust Nazir said :
      tukarkan huruf G ke K.. Masyarakat Jawa menuturkan Kundang dengan Gondang..huk2..

      ooo … haah, orang jawe lah tu ..

  5. 7 prince arie Julai 31, 2010 at 4:32 am

    kehidupan zaman sekarang..smue u dh jd kebiasaan.

  6. 8 www.Nenna.at Mei 17, 2013 at 1:49 pm

    WOW just what I was searching for. Came here by searching for relationship advice for
    couples

  7. 9 linked resource site Jun 7, 2013 at 11:55 pm

    Good information. Lucky me I discovered your site by chance (stumbleupon).
    I’ve bookmarked it for later!

  8. 10 lovefamilyguy.yolasite.com Julai 22, 2013 at 2:49 pm

    Patty Schemel, the topic of Hit So Hard has basically been among my biggest inspirations in
    that. One such example is a brilliant app, which offers to
    pullup the 1st wall post of users. This scam involves someone sending a phishing email to a large number
    of email addresses.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 99,779 Pengunjung

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: