Arkib untuk Jun 2009

15
Jun
09

Piala Konfederasi : Mabruk Ya Misr

r1322907065

Maaf jangan salah sangka. Saya bukan penyokong Husni Mubarak. Saya hanya penyokong bola sepak Mesir secara kebetulan.

Pengalaman yang lalu ketika berada di bumi padang pasir lagi berdebu itu, telah terimbau kembali dengan berlansungnya Terus membaca ‘Piala Konfederasi : Mabruk Ya Misr’

14
Jun
09

One Malaysia : Vote For It

Bismillah walhamdulillah,

One Malaysia @ satu Malaysia. Saya sendiri masih belum dapat memahami apakah dia yang sebenarnya. Salah satu sebabnya ialah saya sendiri malas nak ambil tahu dan kerana satu slogan yang sentiasa saya ingat iaitu

” Islam Hua Al-hal ” Islam adalah jalan penyelesaian

One Malaysia hanya untuk malaysia. Tapi Islam untuk semua.

Anda bagaimana ?

14
Jun
09

Geng Gagak Hitam : Taubatnya Farouq

22

” Barangsiapa dikehendaki Allah akan menunjukkannya, nescaya dilapangkan dadanya bagi Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah akan menyesatkannya, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seolah-olah dia hendak naik ke langit. Demikianlah Allah mengadakan seksaan untuk orang-orang yang tidak beriman.

” Farouq ! lari Farouq ! polis datang ! ” tempik Blorong kepada Farouq dan beberapa gengnya yang lain.

Semacam itulah kehidupan Farouq dan geng-gengnya. Selalu saja Polis datang menyerbu ke rumah tempat Farouq dan geng-gengnya tinggal. Kehidupan mereka tak ubah seperti arab badwi yang asyik berpindah randah. Ada saja rumah-rumah baru yang di sewanya sebagai langkah mengelak daripada buruan polis. Mereka adalah suspek yang Terus membaca ‘Geng Gagak Hitam : Taubatnya Farouq’

13
Jun
09

Al-Fatihah Buat Dr Fathi Yakan

Berita rasmi dari laman web Dr Fathi Yakan bertarikh 13 Jun 2009 mengumumkan bahawa telah kembalinya ke Rahmatullah Dr Fathi Yakan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Al Fatihah buatnya….

p/s : selepas membaca surah al-Fatihah, eloklah dibacakan doa di bawah * pesan Tuan Guru Haji Hadi

” allahummaghfirlahu war hamhu, wa ‘aafihi, wa’fu ‘anhu “

Di bawah adalah diantara gugusan kitab nukilan Dr Fathi Yakan yang masyhur iaitu ” maza ya’ni intimaie lil islam ( apa ertinya saya menganut Islam ) , ” qowaribunn najah (bahtera penyelamat ) ” dan banyak lagi kitab-kitab yang dihasilkannya menjadi rujukan kepada umat Islam.  Semoga ilmunya itu memberi manfaat kepadanya dan kita semua. Ameen ya Rabb

fat2 fatji

13
Jun
09

Keadaan Sebenar Dr Fathi Yakan

1_663296_1_34

” (iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah (malapetaka) mereka berkata : Innalillahi wa inna ilaihi raaji’uun. ( bahawa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kita kembali kepadaNya ) Untuk mereka itu selawat (berkat) dari Tuhannya serta rahmat, dan mereka itu mendapat petunjuk ” Surah al-Baqarah : 156-157

Sekejap tadi saya baru publish entri berkenaan berita kematian Dr Fathi Yakan. Namun, selepas membaca beberapa laman, di antaranya Al-jazeera memberitahu bahawa keluarganya menafikan berita kematian Dr Fathi Yakan. Namun begitu , keadaanya yang Terus membaca ‘Keadaan Sebenar Dr Fathi Yakan’

13
Jun
09

PAS Perlu Buat Muktamar Sekali Lagi

Bismillah walhamdulillah,

Undian ini dibuat secara peribadi. Bukan atas nama parti, pertubuhan atau mana-mana NGO. Ianya sekadar ingin melihat respon pembaca. Sekiranya perlu, keputusan undian ini boleh juga diambil perhatian oleh mana-mana pihak yang berkaitan. Blog ini sekadar blog biasa yang tidak mempunyai autoriti apa-apa.

Bagi pemilik blog ini, dan selaku orang yang sayang pada Parti Islam , dirasakan perlu dianjurkan muktamar samaada terbuka atau tertutup atau apa jua namanya yang melibatkan ahli dan pimpinan bagi membincang isu-isu yang berkaitan khususnya kerajaan perpaduan atau mana-mana isu yang boleh membawa bahaya kepada Parti PAS. Ia juga bertepan dengan tuntutan agama yang menyuruh kita agar menganjurkan perbincangan atau musyawarah terhadap sesuatu perkara. Jangan biarkan musuh mengambil kesempatan merobek segalanya. Biarlah segalanya diluahkan di dalam muktamar dengan cara berhemah dan berhikmah. Wallahua’lam

* p/s : undian ini khusus untuk penyokong dan pendokong PAS, namun dibolehkan juga untuk sesiapa yang berminat untuk mengundi dan memberikan pandangan. Sekian terima kasih

12
Jun
09

Tuan Guru Melenting ?

” Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar “

Bismillah walhamdulillah,

Saya juga tercari-cari, benarkah ? Berita tuan guru melenting pasti membuatkan sesiapa saja tersentak walaupun ianya Terus membaca ‘Tuan Guru Melenting ?’

12
Jun
09

Perempuan Simpanan

12

” Kamal ! ko nak ikut pegi KL tak ? ” aril bertempik kuat nakkan kepastian dari kawannya itu

” buat apa ? ! ” Kamal bertanya kembali

” ingat nak pegi rumah member aku kat Setapak, Awin, Keri, Padil, Qutem semuanya pegi ” jawab Aril sambil meyakinkan Kamal

Aril dan Kamal jarang-jarang jumpa di kampung. Tapi bila mereka berjumpa, Kamal selalu jadi bahan usikan Aril dan kawan-kawannya. Kamal lebih dikenali sebagai ‘Ostat’ di kampung kerana dalam ramai-ramai kawan sekolahnya, cuma dia seoranglah yang masuk sekolah agama. Aril, Padil, Awin dan Qutem adalah nama yang Terus membaca ‘Perempuan Simpanan’

11
Jun
09

Bala Ustat Kadir

lebai2

Wak Yatin. Siapa tak kenal dengannya. Tokei kedai runcit yang bermulut durja. Sebut saja Wak Yatin, semua penduduk Kampung Ketapang tahu dia bermusuh sangat-sangat dengan Ustat Kadir. Ustat Kadir bukanlah berasal dari kampung Ketapang. Dia berasal dari Sabak Bernam dan bertugas sebagai guru sekolah KAFA di kampung tersebut.

Ustat Kadir seorang yang hebat, bukan saja pandai mengajar, tapi dia juga pandai mengubat orang yang terkena rasuk hantu, dan macam-macam penyakit. Namun, dia masih belum dipertemukan jodoh. Keilmuannya merentasi kerjayanya sebagai guru KAFA. Ustat Kadir pernah ‘mondok’ di Kelantan, pernah juga bertalaqqi di masjid-masjid bersama ‘Masyaikh’ di Mesir dan Terus membaca ‘Bala Ustat Kadir’




12

Inilah Teratak Keluarga ku

dan Tempat Ku Dibesarkan

Arkib

 

Jun 2009
I S R K J S A
« Mei   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Ayat Motivasi

" Sesungguhnya Allah Maha Pengampun

Lagi Maha Penyayang "

Life Of Aku Photos

Bersama Tok Guru

Bersama Rakan Seperjuangan

Tuan Guru di Hati

Gerai Anbakri

More Photos

Komen Terkini

adiq_zah pada Mendidik Keluarga Ke Syur…
ahmad al-jawi pada Guest Book
M.ZULFIRMAN ARIFIN pada Peperiksaan Akhir
hj razak mat amin pada Malaysia bukan “boleh…

Komuniti Blogger Azhari

Photobucket

Hits Counter

  • 47,887 Pengunjung